Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. Syukur sangat-sangat, wishlist huda nak bawa anak terokai Taman Tamadun Islam di Kuala Terengganu sudah tercapai semalam. 6 tahun lepas masa baru kahwin , huda dan suami pernah datang ke sini. Dulu datang berdua, kini datang ke sini berempat. 


Jom Terokai Edutainment Park, Taman Tamadun Islam Terengganu


Jom korang kita sama-sama terokai Taman Tamadun Islam yang terletak di Kuala Terengganu. Seronok bawa anak-anak ke sini kerana terdapat pelbagai tarikan menarik di sini seperti Taman Monumen, TTi River Cruise dan santai makan-makan di Restoren B'benteng 

Taman Monumen, Taman Tamadun Islam




Seawal 9 pagi, huda dah terpacak di depan pintu masuk taman monumen ni tau. Maklumlah, hari sabtu, hujung minggu mesti ramai kan yang datang. Lagi-lagi Taman Tamadun Islam ada buat promosi sempena Terengganu menjadi juara SUKMA baru-baru ini. 

Apa yang korang dapat bila terokai taman monumen di TTi ini?

Taman Monumen TTi menawarkan pengalaman unik untuk pengunjung dengan menikmati keindahan senibina 23 monumen Islam yang hebat dan mengimbas kembali zaman kebangkitan Islam sebagai sebuah agama global. 

Antara monumen Islam yang korang boleh tengok di sini adalah : -

  1. National Mosque, Malaysia
  2. Kudus Minar, Central Jaya, Indonesia
  3. Pattani Central Mosque, Thailand
  4. Sultan Omar Ali Saifuddin , Brunei Darussalam
  5. Taj Mahal, Agra India
  6. Badshahi Mosque, Lahore Pakistan
  7. Kubbah As-Sakhrah , Baitul Muqqaddis, Palestin
  8. Great Mosque of Samarra, Iraq 
  9. Sheikh Lutfallah Mosque, Iran
  10. Abu Nasr Parsa, Afganistan
  11. Al- Haram Mosque, Mecca
  12. Aleppo Citadel , Syria
  13. Mosque of Mohamed Ali, Egypt
  14. Nabawi Mosque, Madinah
  15. Suleyman Mosque, Turkey
  16. Great Mosque of Qairawan, Tunisia
  17. The Palace of Al- Hambra, Granada, Spain
  18. Kalyan Minarect, Uzbekistan
  19. Kul Sharif Mosque, Kazan Rusia
  20. Great Mosque of Agadez, Niger
  21. Xian Mosque, China
  22. Sultan Mosque , Singapore



Alhamdulillah. The Arifs dah round "satu sedunia " dengan melihat 22 monumen masjid yang terkenal serata dunia  serta satu monumen Kincir Air TTi yang dibina berdasarkan teori Al-Jazari, iaitu pakar mekanikal pada zaman keagungan Islam. 


Suka tengok Arifs teruja ketika berkunjung ke monumen Masjidil Haram. Hati ni terpangil-pangil dah nak ke sana. Korang doakan huda berjaya kumpul duit untuk bawa The Arifs ke tanah suci yer. 



InshaAllah, hari nya akan tiba anak-anakku. Mama akan usahakan korang sampai ke sini satu hari nanti.....


TTi River Cruise



Setelah puas berjalan menikmati keindahan monumen di Taman Monumen, kami teruskan eksplorasi kami ke TTi River Cruise. Fuh, first time ni nak naik river cruise dengan The Arifs.  The Arifs sibuk tanya , mama nanti ada bumpy-bumpy macam pergi Pulau Perhentian hari tu ke?



Korang jangan risau, naik River Cruise ni memang santai, relax-relax jer. So anyone leh naik. Cruise menyelusuri sungai slow jer..  sepanjang perjalanan ada pegawai yang akan bercerita tentang fakta menarik tentang pulau-pulau dan tarikan yang ada di Kuala Terengganu. Best naik cruise ni!




Alhamdulillah, lepas turun dari bot, ada pegawai yang baik hati bantu amik gambar family. Kenangan indah kami bersiar menaiki cruise dan menikmati keindahan senibina Masjid Kristal, masjid tercantik di Asia.

Menjamu Selera di Restoren B'Benteng TTi


Setelah penat berjalan ke sana sini, pasti perut korang lapar kan? Jom singgah makan di restoren B'Benteng yang terletak bersebelahan dengan River Cruise. Syok makan tepi laut dengan perut yang lapar, hehe..



Masa huda datang sini, cuaca panas terik, jadi menu pertama yang huda order adalah ABC. Serius sedap ABC kat sini. tak cukup satu cawan..hehe . Masa huda tengah minum ABC , dengar juga orang meja sebelah borak tentang kesedapan ABC ni.. 


Kalau korang tak nak makan nasi kat sini pun ada mee sup yang sedap! Ni menu adik hakim. Dia mengada konon tak nak makan nasi. 


Oppss, menu favourite huda. Memang pantang nampak, memang akan sambar. Lagi lah kat sini murah jer tau, satu pinggan ni RM10 sahaja, dah la udang segar dan besar saiznya. Puas hati makan =) 


Ikan Celup Tepung ( ICT) juga antara menu wajib cuba yer di sini. 



Dah perut melayu, haruslah makan nasi berlauk untuk lunch. Best kat sini macam-macam lauk ada. Semua sedap-sedap belaka


Huda memang peminat tomyam, nampak ada tom yam panas-panas baru masak, huda terus amik semangkuk. Pergh, kuah tomyam pekat dan sedap. Berbaloi-baloi tau makan kat sini. 


Sempat lagi wefie, buat kenangan kami bercuti di Taman Tamadun Islam. 

 

Last but not least, makan "desert" pau coklat kat sini. Sedap. Perfect meal kat sini, semua ada tau. Harga pun okay. Taklah mahal walau tempat cantik. Pendek kata berbaloi-baloi lah.




Tips Bercuti ke Taman Tamadun Islam



Taman monumen di TTi adalah outdoor, jadi sebelum datang pastikan korang pilih pakaian yang nipis, bawa topi dan juga air mineral yer. 


Baca map betul-betul, supaya takde monumen menarik yang korang terlepas pandang. Rugi tau kalau terlepas. 




Pada waktu hujung minggu sahaja korang boleh berkunjung ke Monumen Masjidil Haram dan jumpa akak jual air ni. Hehe, memang syok dapat minum air sejuk lepas puas berjalan di bawah panas terik. 


Cek dahulu waktu operasi dan harga tiket. Sila sediakan duit ekstra sebab....


Di dalam taman monumen ada di sediakan kemudahan untuk bersiar tapi kena bayar yer. Boleh rujuk jadual di atas. 


Sekian perkongsian huda hari ni. Semoga korang juga teruja nak bawa family berkunjung ke destinasi menarik di Kuala Terengganu ini. 

Untuk maklumat lanjut layari www.tti.com.my dan follow media sosial 
Instagram : tamantamadunislam