Wah Menariknya Buffet 4 in 1 di Grand Bluewave Shah Alam - Ada BBQ & Grill, Makanan Jepun, Italy dan Melayu


Wah Menariknya Buffet 4 in 1 di Grand Bluewave Shah Alam - Ada BBQ & Grill, Makanan Jepun, Italy dan Melayu  | Hujung minggu memang biasa bawa family makan di luar, luangkan masa berkualiti bersama dengan makan sedap-sedap diluar. Tapi kan, kadang kala, selera si ayah nak makan makanan Melayu, si ibu pulak nak makan Beef Steak, si abang pulak nak makan Sushi , manakala si adik suka makan pizza. Fuh, peningkan nak turutkan selera masing-masing ni. Huda nak cadangkan satu tempat yang anda boleh dapatkan semua pilihan iaitu di Buffet 4 in 1 di Grand Bluewave Shah Alam.


Ekslusif pada bulan Oktober ni , bermula 1 sehingga 31 Oktober 2019 ini , anda semua boleh menikmati Buffet 4 in 1 di Royale Songket Restaurant, Grand BlueWave Hotel Shah Alam.



Jom huda kongsikan pilihan menu makanan yang pelbagai yang anda sekeluarga mahupun bersama rakan boleh nikmati bersama sehingga puas!


Pembuka Selera


Sebelum makan menu-menu utama, apa kata cuba dulu pembuka selera atau starter.
Antara hidangan pembuka selera dan salad bar yang boleh dinikmati seperti Salad, Mixed Lettuce, Tomato, Cucumber, Carrot, Caesar Station, Gherkin, Oliver, Kalamata, Sunday Tomato, Boil Eggs, Croutons, Kidney Bean, Corn, Gado – Gado, Tossed Mozzarella Cheese, Tomato & Basil Salad with Olive Oil, 7 Herbs Dressing dan Condiments.

Menu Utama - Buffet Makan Malam 4 Dalam 1 

BBQ & Grill

Seafood on Ice

Mini Pizza

  • Tumpuan utama bufet makan malam di Royale Songket Restaurant, Grand BlueWave Hotel Shah Alam  semestinya BBQ & Grill di gerai ‘Potong dan Hidang’ (carving station). 
  • Terdapat hidangan seperti Grill Lamb Cutlet, Beef Steak Ribs, BBQ Chicken dan Mini Pizza. 
  •  Gerai Seafood on Ice yang menghidangkan Udang Harimau dan Kupang.

  • Selain daripada gerai ‘Potong dan Hidang’ (carving station) dan seafood on ice, sajian bufet ini turut menghidangkan menu kegemaran Malaysia. Antaranya, Satay Ayam, Ayam Masak Lemak, Dhall Sayur, Nasi Goreng Ayam bersama Sayur & Kacang Gajus, dan Ikan Goreng Masam & Manis.

  • Terdapat juga Gerai Jepun yang semestinya menarik minat pencinta makanan Jepun seperti Sushi, Sashimi, Tempura, Teppanyaki dan Sup Miso. 
  • Selain itu, di Gerai Grill Section Meat & Seafood terdapat masakan Barat seperti Black Pepper Steak, Lamb with Rosemary & Garlic, Grilled Seasonal Squid and Mussel 


  • Masakan Itali yang menjadi salah satu tema bufet makan malam ini juga boleh di dapati di gerai Sri Tanjung BBQ dengan pilihan menu seperti Spaghetti Bolognaise bersama Cream Sauce dan Mexican Nachos. Di gerai ini juga, terdapat pelbagai pilihan masakan lain seperti Arizona Baked Beans, Roasted Potatoes with Capsicum & Cajun Spices, French Fries, Corn on Cobs, Cheezy Meatball, Arabic Shawarma dan Burger Mini. 

  • Antara menu lain yang ditawarkan ialah Mee Mongolian BBQ, Udang Maha Celup Tepung dan Ketam Celup Tepung.

Pencuci Mulut 


Tak lengkap hidangan buffet makan malam tanpa pencuci mulut kan? Di sini pelbagai jenis pencuci mulut sedia untuk di nikmati. Antaranya, Coconut Pudding, Chocolate Panna Cotta, Baked Pineapple & Caramel Tart, Mixed Berry Financiers, Longan & Honeydew Melon Terrine, Chilled Red Bean & Sago Soup, Mango – Mandarian Pudding dan banyak lagi!




Harga Buffet 4 in 1 di Royale Songket Restaurant di Grand BlueWave Hotel Shah Alam.


 4-in-1 Buffet Dinner di Royale Songket, Grand BlueWave Hotel Shah Alam berlangsung pada setiap Jumaat dan Sabtu dari jam 6.30 petang sehingga 10.30 malam.

Harga yang ditawarkan ialah RM 95.00+ bagi seorang dewasa, manakala, RM47.00+ bagi setiap kanak-kanak dari umur 4 tahun hingga 11 tahun.


Untuk maklumat lanjut dan tempahan sila hubungi Telepemasaran di talian 03-55111833 sambungan. 2723, 2724, 2606 atau hantarkan email ke telemarketing@bluewavehotels.com. Layari laman web kami www.bluewavehotels.com untuk maklumat lanjut.

Post a Comment

2 Comments

Sue Izza said…
nampak menyelerakan menu2 nya tapi mknn jepun di bluewave ni memang sedap di tekak cik sue
Mama aiman said…
Owhh ini la die makanan 4in1 tue..nmpk sedap la..semua peberet kita tau..mcm2 boleh rasa kan..ade sushi, bbq n grill, makanan western itali pn hadoo..