Resepi Daging Blackpepper Mudah dan Sedap!



Resepi Daging Blackpepper Mudah dan Sedap! | Mood memasak dalam kamus hidup seorang suri rumah macam huda bukan sentiasanya rajin . Ada masa malas betul nak keluar pergi beli bahan kat kedai, guna apa yang ada di rumah. Malas tapi lapar, maka harus jugalah memasak. Asyik nak pau encik suami makan kat luar pun tak elok juga, air tangan isteri dan ibu la pengikat kasih sayang dalam keluarga. Lagi pun baru-baru ni adik ipar huda kena keracunan makanan selepas makan di luar. Jadi, huda lebih berhati-hati untuk makan di luar.




Okay hari ni nak kongsi resepi daging blackpepper mudah dan sedap, yer korang konfem sedap tau!

Bahan-bahan yang diperlukan pun sikit jer iaitu :- 

1) Daging ( huda suka rebus dulu seketul daging, lepas tu hiris-hiris nipis)
2) Bebawang dan halia untuk menumis
3) Sos Blackpepper Jalen
4) Kicap Jalen


Cara-cara memasak Daging Blackpepper Mudah


1) Tumis bawang merah, bawang putih dan juga halia yang sudah di hiris halus. Tumis sehingga kuning keemasan. 

2) Masukkan daging dan secawan air rebusan daging. 

3) Masukkan 3 sudu Sos Blackpepper Jalen dan 2 sudu Kicap Jalen.

4) Biarkan mendidih seketika , kemudian masukkan bawang besar.

Dah siap!


Rasa yang sedap buatkan lauk simple ni sangat lazat di nikmati dengan nasi panas. Lepas ni nak cuba guna ayam pula. Resepi yang mudah, cepat dan pastinya SEDAP!!

Sekian bebelan seorang suri rumah di pagi khamis ni...
p/s ~ Esok lusa weekend, kena fikir menu nak masak apa untuk anak-anak hujung minggu di rumah

Post a Comment

4 Comments

Suria Amanda said…
Sedapnya daging blackpepper, lama dah tak makan daging, SA tengah pantang makan sekarang ni...
Nieyla Nadia said…
Mudahnya..sedap sesekali makan kan ngan nasi panas...
Julia Johari said…
Juju pun suka Jalen tau...mmg pakai brand ni...ok nanti nak beli black pepper tu belum pernah cuba...sedapnya lauk ni huda masak!
Hayati Suki said…
sedap dan mudah je masak daging black pepper ni..boleh la cuba nanti..