Tips Murah Ke Sabah Dengan Bajet Kurang RM500 untuk 3H2M

Assalamualaikum. Siapa nak ke Sabah tapi masih belum cukup budget? ( huda dah angkat tangan, korang pun angkat tangan ke?) . Huda sangat tertarik dengan perkongsian oleh Fasihah Syahirah di laman facebook beliau tentang bajet percutian yang tersangat murah! Berkali-kali huda baca dan siap pm fb dia lagi tau! Ok, meh huda kongsikan lebih detail di entry ni setelah mendapat kebenaran untuk dipost semula di blog huda. 

Post asal boleh KLIK SINI


Tips Murah Ke Sabah Dengan Bajet Kurang RM500 untuk 3H2M 


Total pax : 9

Transportation
  • Flight KUL - LBU - KUL RM88
  • Feri Labuan - Kota Kinabalu RM23.50
  • Van 14 seat RM500
  • Bas Kota Kinabalu - Menumbok RM18.00
  • Menumbok - Labuan RM8

Hotel
  • Blue Mountain Lodge RM100
  • Asiana Hotel RM100

🌸 Harga tiket air asia waktu tu murah teramat. Return boleh dapat RM36. Tapi sebab waktu tu weekdays kitorang ambil yang weekend return RM88. Just nice. Kalau direct pergi KK paling-paling pun RM300 lebih pergi balik.

🌸 Aku pergi total dalam 9 orang. Ramai-ramai jimat. Jimat untuk transport la mostly. Tapi kalau berempat pun bagi aku just nice. Boleh share bilik kat dalam hotel. So dapat murah. Hehe..

🌸 Hotel, aku prefer Agoda. Saja.


ITINERARY SABAH 3 HARI 2 MALAM



9 Mac 2019
Bertolak ke Labuan. Aku ambil tiket awal pagi. Sampai Labuan Terminal Airport dalam pukul 10.30 pagi. Ok kat sini aku nak highlight feri Labuan ni 2 kali sehari. Pukul 8 dan pukul 1 tengahari. So kalau korang terlepas yang ni, alternatif satu lagi naik Speed Boat dari Labuan ke Menumbok.

Kat sini korang boleh pilih nak naik apa untuk ke Labuan.
1.Feri Labuan - KK 4 jam
2.Speed boat Labuan - Menumbok 20 minit
Dari Menumbok - KK kena naik bas 2 jam.

Sampai je KK, kitorang gerak terus ke Kundasang. Sebab risau dah malam. Tak nampak jalan. Jalan dia gelap dan berbahaya. Kena berhati-hati.

Basically first day memang agak kelam kabut . Dari atas awan ke darat dan di atas laut. Semua kitorang sapu.

Okay aku nak share pengalaman stay di Blue Mountain Lodge. Alhamdulillah tempat yang aku pilih selesa sangat. Walaupun takde tv tapi aku tak kisah sangat sebabnya tujuan kitorang hanya untuk bermalam. Tempat tu sahaja ada pantry. So kalau nak masak elokla. Dan yang paling penting ada iron. Korang kena mintak. Macam mana coverage kat sana? Aku pakai umobile so langsung takdak line. Tapi celcom, unifi alhamdulillah ada. So korang jangan risau ya. Mohon pau hotspot dengan kawan korang. Hahaha



10 Mac 2019
Esoknya, bangun pagi korang dah boleh view sunrise dalam 6.15-6.30 gituuu. Gunung Kinabalu tu depan mata je. Sumpah lawa.

Desa Dairy Farm (RM3)
Fish spa (Luanti fish spa terlampau jauh so kitorang ambil dekat-dekat)
Rumah terbalik RM12
Makan lokan bakar di Sepanggar. Yang ni sedap. Kalau yang tak makan seafood ada puding kelapa. Itupun sedap jugak.
Lepas tu kitorang rushing nak kejar sunset di Tanjung Aru.

Pusing-pusing bandar KK, singgah di Pasar Kraf dan makan seafood dekat gerai-gerai berdekatan. Aku takmau recommend tempat makan sebab waktu kitorang pergi makan kat salah satu gerai, rasa dia tawar. Not recommended at all. 😌

Lepas makan dan beli ole-ole untuk yang tersayang kitorang balik ke Hotel. Memandangkan aku pilih Asiana Hotel. So far hotel tu selesa cumanya dalam bilik tu plug elektrik satu je dan kalau gegirls nak iron baju korang kena sewa iron. RM10 hokayyy. Kalau nak sharing dapatlah murah.

11 Mac 2019
Hari terakhir. Memandangkan flight kitorang malam dan berlepas di Labuan takdela kelam kabut sangat.
9 pagi kitorang dah bertolak pergi ke salah satu pulau di Kota Kinabalu (Tunku Abdul Rahman National Park), iaitu Pulau Mamutik. Tak jauh je dari KK.

Bayar RM27 (boat) + RM5 (entrancee fee pulau)

Pukul 11, Habis snorkelling bergegas balik sebab nak kejar bas dari KK ke Menumbok.
Okay kat sini kalau korang nak balik ke Labuan tolonglah jangan beli last minute. Memang tak ada. Nak taknak korang kena beli setibanya korang berada di Terminal Jesselton Point atau Terminal Labuan kalau nak jugak balik ke Labuan / KK naik feri. Beli awal.

Dan kalau korang rasa boleh tunggu untuk 4 jam ambil je feri. Aku pergi dengan feri balik naik bas. Nak rasa yang mana lebih okay.. Dan aku lebih prefer untuk naik bas. Tak lama. 2 jam dan 20 minit naik speedboat di Menumbok ke Labuan. Bear in mind speedboat dia macam rollercoaster. Dasat gila. Memang terduduk terbangun semua ada.

Pukul 12.45 tengahari tepat bas dari
KK akan bertolak ke Menumbok. Aku tak sure next bas pukul berapa. Aku ambil awal sebab takut apa-apa terjadi. Plus Labuan aku tak sempat pusing pun.

Memandangkan anggaran masa dari KK ke Labuan menggunakan bas dalam 2 jam 20 minit. Aku tiba di Labuan dalam pukul 4 lebih. Sempat pusing dan singgah di UMS Kampus Labuan. Oh ya, kalau korang nak beli coklat murah aku cadangkan beli coklat di Ujana Kewangan. Dekat sangat dengan airport.

Ni bajet yang aku habis sepanjang aku kat sana.

  • Tix flight = RM88
  • Feri LBU = RM23.50
  • Sewa van - RM500/9 = RM55.50
  • Bas= RM18
  • Speedboat = RM8
  • Hotel - 200/2 = RM100
  • Makan = RM100++
  • Entrance fees = RM20
  • Lain-lain = RM30
Jumlah = RM443.50 (roughly sebab ada masalah sikit tang driver. Ehe 🤭)

*notakaki: kitorang memang niat nak ke Sabah, untuk pergi ke Kundasang. Saja nak acah New Zealand. So kalau korang berhajat nak pergi semua pulau di KK better stay 4 hari. InsyaAllah sempat je.


Cane ni... sudah terpengaruh nak ke Sabah dengan cara naik flight turun ke Labuan instead of direct ke Kota Kinabalu. Semoga wishlist nak ke sana dipermudahkan... Amin....

Post a Comment

1 Comments

Hayati Suki said…
seronoknya cuti2..harga pun murah..