Jerebu Datang lagi! Baca ni, Apa Tindakan Harus Kita Buat Ketika Musim Jerebu.

Musim Jerebu datang lagi. Ratusan sekolah sudah di tutup, namun syarikat atau kedai masih tetap beroperasi. Jadi orang yang berkerja kena ambil tahu tentang tindakan yang harus dibuat ketika jerebu.

 
Panduan bacaan kualiti Udara/ Bacaan IPU


  •  0 dan 50 dikategorikan baik,
  •  51 hingga 100 (sederhana), 
  • 101 hingga 200 (tidak sihat),
  •  201 hingga 300 (sangat tidak sihat) 
  •  300 ke atas berbahaya



TINDAKAN SEMASA JEREBU dari Kementerian Kesihatan Malaysia


  • Kurangkan aktiviti di luar rumah dan cuba berada di dalam bangunan
  • Pakai penutup muka ( P100 atau N95) 
  • Banyakkan minum air kosong sekurang-kurangnya 8 gelas sehari
  • Basuh muka dan tangan dengan air bersih dan sabun setelah melakukan aktiviti luar
  • Apabila memandu , gunakan penghawa dingin pilih mode kitaran udara dalaman
  • Pastikan udara di dalam rumah, bangunan sentiasa bersih. Kurangkan sumber pencemaran dalaman seperti asap rokok.

    Semoga masalah jerebu ini cepat-cepat reda dan kita semua dapat menikmati udara yang segar dan bersih. Huda pun rindu dah nak bawa anak-anak keluar rumah dan melakukan aktiviti luar. 
Jom kita sama-sama doa dengan sepenuh hati dan mengharapkan pertolongan dari Allah, hanya dengan izin dan limpahan rahmatNya masalah jerebu akan hilang.



Post a Comment

0 Comments