Program Komuniti McDonalds : Shopping Raya Untuk Anak Yatim - Pra Tahfiz Perkaya Kuala Terengganu dan Tahfiz Beladau Kolam


Pada 12 Mei 2019 bersamaan 7 Ramadan 1440H, huda luangkan masa sertai Program Komuniti McDonalds Kuala Terengganu dan Syarikat Senang Sensasi Sdn Bhd meraikan 46 pelajar ( Pra Tahfiz Perkaya Kuala Terengganu dan Tahfiz Beladau Kolam) berbelanja kelengkapan baju raya di Mydin Mall Kuala Terengganu.


Program tahunan ini di taja sepenuhnya oleh Syarikat Senang Sensasi Sdn Bhd yang telah dilaksanakan sejak tahun 2012. Sekolah tahfiz yang terlibat merupakan sekolah anak angkat kepada Syarikat. Alhamdulillah, semoga dengan bantuan perbelanjaan hari raya ini dapat mengembirakan anak-anak yatim yang menuntut di sekolah tahfiz ini. 


Setiap kanak-kanak di peruntukkan RM 150 seorang untuk membeli kelengkapan lengkap untuk hari Raya. Huda berpeluang membantu anak-anak yang kurang bernasib baik ni memilih baju raya, tudung raya dan kasut raya. Tersentuh rasa hati melihat gelagat mereka memilih dengan teruja. Dan terbit juga rasa syukur. Hati ibu yang rapuh ini tersentuh melihat anak-anak yatim ini. Semoga sumbangan kelengkapan hari raya ini dapat mengembirakan mereka. 


Ini merupakan kali pertama huda sertai program seperti ini. Jadi pada awalnya huda agak kekok, sebab huda tak pernah shoppingkan baju raya untuk kanak-kanak perempuan, yer la anak huda dua-dua lelaki. Shopping pun memang simple, tak payah cari baju dan kasut yang matching. Ini pengalaman yang cukup bermakna untuk Huda. Sebab puas round sana sini, mencari baju raya yang mereka berkenan, fitting baju, cari tudung yang matching, kemudian kasut raya, dan selepas penggiraan ada lagi baki dari RM150 yang diperuntukkan, anak-anak ini sambung shopping anak tudung, stokin dan handsock pula.




Tersenyum huda melihat gelagat anak-anak yatim ini. Semoga Allah sentiasa murahkan rezeki mereka dan terangkan hati mereka untuk terus menghafal Al-quran walau hidup di uji dengan kehilangan ibu bapa. 



Selesai shopping anak-anak tahfiz ini singgah McDonalds Kuala Terengganu untuk dapatkan pek berpuasa ikhlas sumbangan dari McDonalds Kuala Terengganu. Bukan main seronok mereka, sebab dapat berbuka dengan McDonalds nanti. 


Terima kasih tidak terhingga kepada penaja program ini. Ia memberi inspirasi kepada kita semua agar bersifat pemurah di Bulan Ramadan dan sentiasa bersyukur dengan rezeki kurniaanNya. 

Post a Comment

0 Comments