Masalah Jerawat? Jom Cuba Tera Skincare dan alami 10 Kesan Hebat Untuk Kulit Flawless


Hye Semua! Lagi sebulan nak raya , selain sibuk dengan persiapan baju raya, handbeg raya, kita orang perempuan ni mesti concern pasal penampilan dan kecantikan kulit kan? Paling tak best bila kita hadapi masalah jerawat kat muka...Yer la, nak jumpa sanak saudara yang setahun sekali jer bersua, haruslah kena tampil cantik dan yakin. Jom huda kongsikan satu produk terbaru Tera Skincare yang mampu memberi 10 kesan hebat untuk kulit yang flawless!



Jom Kenali 4 Produk dalam Tera Skincare

Tera Skincare ini mengandungi 4 jenis produk yang melengkap My Magical Skincare Routine huda untuk atasi masalah jerawat dan menjadikan kulit flawless


1) CARROT SOAP


Kandungan :-
  • Carrot
  • Daucus carota
  • Glycerin
Kelebihan :- 
  • Mencerahkan kulit
  • Mengecilkan pori
  • Melambatkan penuaan kulit
  • Memberi kesan anjal pada kulit wajah
  • Mengekalkan kelembapan wajah
  • Sesuai digunakan untuk semua jenis kulit


2. SOFT PEARL PEELING TONER



Kandungan :- 
  • Aqua
  • Arbutin
  • Allatoin
Kelebihan :- 
  • Menanggalkan kulit mati
  • Merangsang pertumbuhan kulit baru secara semulajadi
  • Meratakan tona kulit

3) FLAWLESS DAY CREAM


Kandungan :- 
  • Cera alba
  • Carrot
  • Paraffinum liquidum

Kelebihan :- 
  •  Menegangkan kulit
  • Melindungi kulit dari sinar UV berlebihan
  • Mencegah kulit dari kering dan berminyak
  • Boleh dijadikan makeup base


4) STARDUST NIGHT CREAM


Kandungan :- 
  • Glycerin
  • Arbutin
  • Aqua
Kelebihan :- 

  •  Mencerahkan dan memutihkan kulit
  •  Memudarkan jeragat
  • Menghapuskan jerawat
  • Merawat kulit wajah dari dalam
  • Mengecilkan pori
  • Melicinkan kulit
  • Menegangkan kulit
  • Anti penuaan

Huda rekemen korang yang hadapi masalah kulit wajah berikut untuk cuba Tera Skincare :- 

.-Berjerawat
.-Berjeragat
.-Parut
.-Kusam
.-Biji kolestrol
.-Pori terbuka

Sebabnya, lepas korang amalkan Tera Skincare korang akan alami 10 Kesan Hebat Untuk Kulit  Flawless

  1. Mencerahkan kulit
  2. Mengecilkan pori
  3. Melambatkan penuaan
  4. Menganjalkan kulit
  5. Mencegah kulit kering
  6. Menghapuskan jerawat
  7. Memudarkan jeragat
  8. Menanggalkan kulit mati
  9. Merangsang kulit baru
  10. Melindungi sinar UV 

Bagaimana Tera Skincare membantu anda miliki kulit cantik dan flawless?



Tera Skincare merupakan produk skincare yang menggunakan kaedah peeling skincare atau pengelupasan kulit. 

Pengelupasan kulit wajah penting untuk membuang lapisan atas kulit mati epidermis yang sentiasa terhasil setiap minit. Dianggarkan sel kulit dibina sebanyak 1 juta per minit atau 5 bilion sel setiap hari. Pengumpulan sel-sel mati ini akan menyebabkan lapisan kulit kelihatan kusam dan tidak bermaya, malah menyumbang kepada pembentukan masalah umum kulit seperti jerawat, jeragat, ‘open pores’ dan ‘blackheads’.

Antara penyebab utama sel kulit ini mati adalah disebabkan oleh kecederaan kesan kuat sinar UV matahari selain daripada kecederaan fizikal mahupun bahan-bahan kimia yang menyentuh permukaan kulit. Dengan mengamalkan perawatan pengelupasan kulit yang betul mengikut kekerapan yang dicadangkan, kulit akan sentiasa kelihatan segar, bersih, anjal dan mulus serta menyeimbangkan ton warna kulit.

Lapisan kulit epidermis-atas (sel-sel mati) yang menebal menyebabkan kulit kelihatan kusam dan tidak bermaya serta menjurus kepada pembentukan pigmentasi/ jeragat. Manakala pengelupasan dalam (peringkat dermis kulit) pula mampu meningkatkan pembentukan semula kolagen bagi menganjalkan kulit, menghilangkan kedutan dan garis halus serta parut jerawat.

Maka Tera Skincare mampu mengurangkan jerawat/parut jerawat, jeragat/pigmentasi kulit,  kedutan/garis halus,  kesan parut luka/ bedah, Seimbangkan ton warna kulit, kecilkan liang pori-pori serta mengawal blackheads & whiteheads.


Proses Peeling melalui rutin skincare ini adalah cara yang paling efektif dan selamat.


Jenis-Jenis Pengelupasan

Ada tiga jenis pengelupasan berdasarkan kedalamannya.

1. Pengelupasan luar. Pengelupasan ini merupakan jenis paling ringan dari pengelupasan secara kimia dan dapat digunakan pada semua jenis kulit. 

Pengelupasan luar biasanya digunakan untuk memperbaiki penampilan perubahan pigmen di kulit, bekas jerawat, kerosakan ringan akibat matahari,atau kedutan halus untuk semua jenis kulit. Pengelupasan luarab mungkin dapat mengurangi, tetapi tidak dapat menghapus kerosakan akibat matahari dan tanda-tanda penuaan. Hasilnya juga tidak terus dapat dilihat, tapi ketika hasilnya muncul, mungkin hanya minimum.

2. Pengelupasan medium. Pengelupasan ini menembusi kulit lebih dalam daripada pengelupasan luaran dan dapat menyebabkan luka terbakar level dua pada kulit. Pengelupasan medium digunakan untuk menyembuhkan kedutan halus sampai kedutan tahap sedang, kerosakan akibat matahari 

dalam jangka waktu lama, perubahan pigmen, dan luka menjelang kanser pada kulit, yang biasanya disebabkan karena sinar matahari yang berlebihan.Rawatan susulan sangat diperlukan sehingga 6 bulan untuk mendapatkan kesan yang terbaik.

3. Pengelupasan dalam. Pengelupasan dalam menembusi beberapa lapisan kulit dan menyebabkan luka terbakar level dua pada kulit. 

Pengelupasan ini biasanya dilakukan hanya pada kulit wajah. Pengelupasan dalam digunakan untuk menghilangkan beberapa kedutan, kerosakan akibat sinar matahari dalam jangka waktu lama, perubahan pigmen, dan luka dan pertumbuhan kulit.

Namun tidak semua orang boleh melakukan pengelupasan dalam terhadap kulit wajah mereka. Biasanya pengelupasan dalam ini tidak boleh dilakukan pada jenis kulit yang gelap kerana hasil dari pengelupasan dalam ini menjuruskan kepada pemutihan. Tentu anda tidak ingin kulit anda berbelang-belangkan? Pengelupasan dalam ini pun hanya dapat dilakukan sekali sahaja seumur hidup.

Jenis bahan pengelupasan yang selalu digunakan dan tidak berbahaya adalah

  • Glycolic Acid(AHA)
  • Salicylic Acid (BHA)
  • Kojic
  • Lactic Acid
  • Resorcinol
  • TCA (Trichloracetic Acid)
Bahan pengelupasan boleh :-
  • membantu menghilangkan kulit rosak akibat matahari
  • menghilangkan garis-garis halus
  • membaiki stuktur kulit
  • menghilangkan black dan white head

Cara-cara mengunakan Tera Skincare : 

  • Carrot Soap - cuci muka 2x sehari (pagi & malam)
  • Peel Toner - Sapu nipis di bahagian bermasalah (bahagian jerawat dan jeragat)
  • Flawless Daycream - Pakai nipis selepas mandi
  • Stardust Nite Cream - Pakai nipis sebelum tidur




 Testimoni Tera Skincare 









Untuk maklumat lanjut dan pembelian Tera Skincare hubungi :-
Intagram : teraskincarehq
Telefon : 016 963 3443

Post a Comment

20 Comments

Illya LeYa said…
Ceria dan cantik di pagi raya. Pastilah menjadi idaman setiap wanita. Bagus juga produk Tera Skincare ni. Semua kelebihan ade. Memang terbaik!
Faries said…
Wah cm best je produk ni. Boleh try ni. Packaging die cantik warna warni. hehehe
Tengkubutang said…
Carrot soap tu macam menarik je TB tengok.. sesuai tak dengan kulit sensitif yea.. rasa nak cuba la pulak.. Tapi kan.. TB paling suka nak koemn pasal packaging dia.. nampak lain dari yang lain.. lawaaa.. design pada packaging tu menarik, color dia.. cun
Farhana Jafri said…
First time jumpa product guna carrot, tak sangka banyak rupanya khasiat dia. Selama ni tahu guna untuk kesihatan mata je.

Farhana Jafri
nikkhazami said…
wow.. salicylic acid pun ada juga ya? bagus kandungan ni. sesuai untuk menghilangkan jerawat dan mencegahnya.. nampak mcm sesuai dgn kulit muka sy
Wawa Ashihara said…
Oh ada krim siang dan malam ke??tapi xsemua org sesuai pakai krim mlm kan.. Tapi kita tertarik dengan packaging dia nampak comel je warna dia..
Hanny Abdullh said…
Tak pernah dengar pasal produk ni. Nampak comel je. Sis dah lama tak pakai krim malam..sb takut menggelupas..kulit sis ni alah sikit..so malam2 just pakai pelembab je. Sabun pun pakai yg biasa2 jual kat guardian tu
Maya said…
Banyaknya produk baru di pasaran. Rangkaian Tera skincare ni boleh dapatkan di mana ya? Sebab biasanya saya lagi banyak shopping do drugstore je. Tu yang banyak jenama saya tak kenal
First time dengar nama Tera Skincare ni. Packaging comel nau. Carrot soap pun first time i dengar. Menarik gak ni.
Syamimi Saad said…
Produk baru ke Tera Skincare ni?
Orang kata nak dapatkan kulit yang cantik peloles tu, kena pakai dengan konsisten then pakai dengan complete set. Baru dapat hasilnya kan.
Mimie said…
First time dengar nama produk ni . Nampak menarik untuk dicuba. Nak hasil yang memuaskan kenalah pakai konsisten kan kalau tak ,taklah nampak hasil
Balqis Athirah said…
Carrot soap tu macam best je kalau nak try. Kebetulan skincare Qiss dah habis, so boleh la Qiss cuba skincare yang ni. Nak raya ni, nak peloles jugak. Nak usha jap produk-produk dia.
Emi said…
First time ni emi tahu pasal jenama ni. Jenama tempatan ke? Carrot soap dia tu unik la, emi tak pernah jumpa lagi carrot soap macam ni dari jenama lain sekalipun.
Zharif Azis said…
wahhh soap carrot tu nampak macam best betul. betul ke boleh atasi masalah jerawat nie ? okay nanti nak cuba lah sebab lately banyak pulak jerawat keluar
Mahamahu said…
Flawless sangat hehehehe kita nak juga lah guna nak standby raya nanti biar terbeliak orang kampung tengok muka kita yang makin flawless dan putih gebu hehehehehe boleh kan laki guna...
mek yunie said…
macam banyok feedback positif nii
alahai comelnye packaging tu. nampak fresh & cantik. bagus tera bagi tips jaga penjagaan kulit wajah terutama remaja yang baru faced masalah kulit muka. teringat masa first time naik jerawat kat muka, mengelabah risau berjangkit tumbuh jerawat kat hidung haha
Sunshine Kelly said…
I read many positive reviews about this products too, but i personally belum cuba lagi. Will check it out and their packaging pun menarik kan.
Absolute Yana said…
Mesti menakutkan time process pealing tu. Yana tak berani nak cuba..sebab pernah sekali cuba produk lain sampai 6 bulan jerawat besar tak hilang dari muka...makin bertumbuh ada lah...memang susah nak keluar rumah sebab tak konfiden.
Unknown said…
Bagaimana cara pesannya lewat wa