Oh Free Food - Aplikasi Mudah Untuk Memberi Sedekah Kepada Sesiapa Sahaja


Oh Free Food - Aplikasi Mudah Untuk Memberi Sedekah Kepada Sesiapa Sahaja | Salam 10 Ramadan 1440H. Bulan Ramadan memang sinonim dengan bulan bersedekah sebab ganjaran bersedekah di bulan ini dilipat gandakan. Rugi tau kalau tak bersedekah bulan berkat ni. Hari ini huda nak kongsi satu aplikasi mudah yang memberi peluang kepada sesiapa sahaja yang memberi sedekah dan memberi peluang kepada sesiapa sahaja untuk menerima sedekah. Macamana tu?? 

Pengenalan Aplikasi Oh Free Food


OhFreeFood adalah aplikasi yang membolehkan kita berkongsi dan meminta makanan secara percuma. Iyer, secara percuma!! Menarik kan?? 

Aplikasi ini menyediakan platform yang sangat mesra pengguna dan platform yang membolehkan kita semua melakukan amal semudah ABC, semuanya berada di hujung jari kami. 

Platform ini menggalakkan orang ramai dari semua peringkat umur yang berada di mana sahaja untuk berkongsi samada lebihan makanan, atau makanan sengaja dibeli lebih untuk diberikan kepada orang lain.

Pemberi makanan mempunyai hak untuk memilih kepada siapa yang perlu diberi makanan dan mereka juga boleh menentukan di mana penerima makanan harus mengambil makanan sama ada di rumah mereka atau hanya bertemu di tempat untuk ditentukan.


Cara Menggunakan Aplikasi Oh Free Food


1) Muat turun Aplikasi Oh Free Food di Google Playstore atau Apps Store.
Untuk muat turun boleh klik 


2) Daftar . Huda pilih cara paling mudah mendaftar dengan klik LOGIN VIA FACEBOOK. Tak perlu isi sebarang info pun lepas klik button tu..

 3.  Boleh terus guna!
Klik Share a food untuk berkongsi makanan.
Klik Grab a food untuk dapatkan makanan secara percuma
Klik Request & Post Status untuk ketahui siapa yang request makanan yang telah kita kongsikan.

Mudah sangat, semua hujung jari jer!




Jom kita sama-sama menghidupkan Ramadan dengan berkongsi makanan melalui aplikasi yang sangat mudah ni. Tiada alasan lagi , jom sama-sama kita elakkan pembaziran sepanjang Ramadan ini. 



Pengalaman Huda menggunakan Aplikasi Oh Free Food 



Untuk maklumat lanjut korang boleh layari laman web rasmi http://www.ohfreefood.com/ dan follow media sosial Oh Free Food


Post a Comment

14 Comments

Cik Lily Putih said…
bagus jugak ni, bolehlah kita berkongsi makanan daripada membazir terbuang begitu saja. ermm nowdays macam-macam aplikasi yang keluar ek...
Memang bagus sangat ada aplikasi macam ni menggalakkan bersedekah dan elak membazir especially dibulan puasa ni kan.
saidila said…
memang dah jangka apps ni pasti akan dapat sambutan ..ramai yang boleh elakkan pembaziran makanan dan ramai yang dapat berkongsi makanan dengan mudah sejak wujudnya apps OH Free Food
Mahamahu said…
Kita pun firstime dengar tentang aplikasi macam ni hehehe boleh kongsi makanan yang kita ada lebih atau juga memang kita nak derma pada orang bagus lah bulan mulia ni kena bejimat dan tidak membazari...
FM said…
wah bagusnya app ni boleh beramal disamping kurangkan pembaziran, tapi yelah..mungkin yang meminta tu segan pulak nka mintak..hehe
Julia Mahir said…
Found out about this app kat twitter hari tu and rasa mmg awesome sangat! Harap dapat bantu kurangkan pembaziran disamping membantu org lain.
Hanny Abdullh said…
Pernah dengar gak pasal apps ni. Bagus ide ni. Daripada kita membazir makanan boleh jugak kita salurkan kepada yg memerlukan.
Zharif Azis said…
wahhh bagusnya aplikasi seperti ini. tak sangka ada yang inovasikan aplikasi seperti ini. tak terfikir pulak. so that makanan tak membazir. boleh sedekah ke org2 yang memerlukan. nak download lah apps nie
Farhana Jafri said…
Dulu pernah nampak negara luar create apps macamni, tak sangka malaysia pun dah ada and alhamdulillah for this helpful apps!
Nina mirza said…
Kak nina memang pengguna apps OHFreeFood ni. Bagus bermanfaat apps ni.. Selain memberi kita pun boleh menerima. Rezeki kannn memang untuk dikongsi
Dikbee said…
Eh, ada ekk apps macam ni? bagus la sebab dapat juga mengelakkan pembaziran terutama di bulan puasa ni. Mesti banyak makanan lebih. Dari dibuang ke tong sampah baik la kita memberi pada orang lain kan
mrsliez said…
bagus la siapa yg fikir pasal app mcm ni..mmg sekarang org membazir makanan. tambah-tamabh bulan ramadhan ni. sekurangnya dapat bantu org lain dan dapat pahala. tak de la buang dalam tong sampah.
CXopportunities said…
Bagus ada apps oh free food ni. Banyak manfaat dia. Ramai juga yang cx tengok dok guna sekarang ni. Nanti cx nak download la. Dapat tolong ramai org. Dapat pahala sedekah juga . Bestnya
Emi said…
Bagusnya aplikasi ni. satu inisiatif yg bagus untuk elakkan pembaziran di bulan mulia ni. disamping membantu insan2 yg lebih perlu.