Sedap ke Menu Terbaru Nasi McDonalds Dengan Kuah Kari ?



Pada hujung minggu lepas, huda bersama dua rakan blogger iaitu Sis Gee dan Mek Yunie "dating" di McDonalds Kuala Terengganu untuk mencuba menu terbaru di McDonalds iaitu Nasi McDonalds dengan kuah kari. Sedap ke ???





Huda order orang satu set dengan encik suami. Setiap set Nasi McD ni didatangkan dengan nasi, seketul ayam, coselow, kuah kari dan secawan air iced lemon tea. Lengkap satu hidangan untuk lunch, mahupun dinner. Dijadikan menu berbuka dan bersahur pun okay jugak ni!



Review huda lepas habis makan sebekas Nasi McD yang terbaru ni adalah....
.
Huda dan suami sangat sukakan kuah kari yang pekat dan pedas!
Serius kitorang plan nak repeat makan lagi nasi McD ni, kena dengan selera kitorang yang suka makan pedas. Kalau korang yang suka makan pedas tu, wajib try okay!! 
.


Lepas habis makan nasi McD ni, jangan lupa try jugak Mcflurry Blueberry yang terbaru di McDonalds. Untuk huda yang pengemar tegar blueberry ni, memang rasa tak cukup satu!

Makan pedas dah, makan manis pun dah, huda mencuba Ice Blended Mocha pula!



Perfect meal di McDonalds, tiada tandingan di tempat lain!
Jom ajak family dan kawan-kawan makan di McDonalds berhampiran.

Thank you McDonalds Kuala Terengganu! Layanan terbaik pasti kami akan berkunjung lagi. 

Post a Comment

1 Comments

Radhia Razali said…
suka blended mocha mcd