Kemeriahan Majlis Perlancaran Karnival Kewangan Kuala Terengganu oleh MB Terengganu| Pada 4 April 2019 yang lepas huda luangkan masa hadiri majlis perasmian Karnival Kewangan Kuala Terengganu oleh Menteri Besar Terengganu YAB Dr Ahmad Samsuri bin Mokhtar. Karnival Kewangan Kuala Terengganu yang berlangsung selama 3 hari bermula 4 sehingga 6 April 2019 di TH Hotel & Convention Centre Kuala Terengganu. Karnival kewangan sebelum ini sudah berlangsung di negeri Sabah, Sarawak dan utara Semenanjung yang bertujuan untuk meningkatkan kesedaran berhubung dengan produk dan perkhidmatan kewangan, celik kewangan dan memperkukuhkan keupayaan pengurusan kewangan dalam komuniti di Pantai Timur menerusi pusat sehenti untuk belajar sambil berhibur (edutainment).
Pada Majlis Perlancaran Karnival Kewangan Kuala Terengganu , Menteri Besar Terengganu YAB Dr Ahmad Samsuri bin Mokhtar telah melancarkan beberapa projek antaranya :-
1) Perasmian website MyWakaf dan MyWakaf Payment Getaway oleh AIBIM yang berlangsung di pentas utama.
Pelancaran Karnival Kewangan Terengganu dan Portal MyWakaf oleh Menteri Besar Terengganu, YAB Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar diiringi Penolong Gabenor Adnan Zaylani Mohamad Zahid, Penolong Gabenor Abu Hassan Alshari Yahaya dan wakil-wakil institusi kewangan.
Seterusnya huda luangkan masa hadiri sidang media yang di hadiri oleh Menteri Besar Terengganu YAB Dr Ahmad Samsuri bin Mokhtar dan Penolong Gabenor, Encik Abu Hassan Alshari bin Yahaya.
Huda bersama rakan-rakan blogger dari Kuala Terengganu yang sama-sama terlibat sebagai media pada hari perlancaran Karnival Kewangan Kuala Terengganu.
Bertemakan "Utamakan Keperluan Kewangan Anda", Karnival Kewangan Terengganu membawa bersama lebih 45 institusi kewangan dan agensi kerajaan dalam mempamerkan pelbagai produk dan perkhidmatan kewangan. Ini termasuk produk perbankan Islam, pembiayaan PKS, perlindungan insurans / takaful dan e-pembayaran. Masyarakat tempatan akan mendapat pencerapan mendalam tentang pelbagai perihal berkaitan kewangan seperti perancangan kewangan, penipuan kewangan dan saluran bantuan penyelesaian kewangan.
Karnival Kewangan Kuala Terengganu ini sangat sesuai untuk seluruh keluarga kerana konsep edutainment. Belajar sambil berhibur! Banyak betul aktiviti yang boleh di buat disini.
Tahniah Bank Negara Malaysia kerana kejayaan Karnival Kewangan siri kelima ini di Terengganu yang meriah! Semoga ada lagi program seumpama ini di masa hadapan.
Kredit : Gambar dari Karnival Kewangan.
3 Comments