Review Faraa Lip Butter By Fara Hanim Razak | Alhamdulillah, another wishlist granted! Hajat hati lama dah nak beli lipbalm brand Faraa Lip Butter, sebab adik huda guna sejak tahun lepas, dia kata best! Biasa la bila adik beradik dah kata best ni, cepat betul terpengaruh kan? Alhamdulillah, rezeki huda dapat suprise box dari stokis Faraa Lip Butter - Naturally Beautiful By Shera. Huda dapat 3 variasi Faraa Lip Butter iaitu Caramel Mint, Orchid Vanilla dan .... . Agak-agaknya mana satu yang menjadi favourite huda???
Review Faraa Lip Butter By Fara Hanim Razak
Sebelum huda cerita lebih lanjut tentang Faraa Lip Butter ni, nak cerita dulu lah tentang founder produk ni.

Founder Faraa Lip Butter ini adalah Fara Hanim Razak, seorang model Muslimah dan personaliti tv dan juga isteri kepada Dr. Arif dan ibu kepada bayi kembar yang cute Amina Raissa dan Amira Raissa.
Keistimewaan Faraa Lip Butter

Faraa Lip Butter atau nama panjangnya Faraa Antioksidan Lip Butter di formulasi istimewa lain dari yang lain! Produk ini diformulasikan oleh bahan-bahan yang berkualiti tinggi dan mempunyai agen antioksidan untuk kesihatan bibir.
Antaranya bahan-bahan yang terkandung dala, Faraa Lip Butter ini adalah olive oil, sunflower seeds, jojoba oil dan beeswax. Gabungan bahan-bahan ini dapat membantu membuang sel kulit mati pada bibir, menyempurnakan aliran darah pada bibir, melembapkan bibir, menghilangkan bibir hitam, seterusnya mengelakkan bibir dari kering menggelupas serta berdarah.
Ada satu lagi keistimewaan Faraa Lip Butter yang huda suka adalah selepas menggunakannya, memang jelas menaikkan seri warna bibir merah jambu semulajadi dan mengikut suhu badan dan juga jenis darah.
Faraa Lip Butter ini boleh membantu mengatasi masalah bibir berikut dengan penggunaan pagi dan malam :-
👄bibir gelap
👄bibir kusam
👄bibir sensetif
👄bibir kering
👄bibir menggelupas
3 Variasi Menarik Faraa Lip Butter
Rasanya semua wanita kalau tengok packaging Faraa Lip Butter ni pasti akan jatuh cinta sebab sangat menarik dan comel!

1) Caramel Mint
Kandungan :
i) Sunflower Seed - Membuang sel kulit mati pada bibir untuk bibir yang segar dan lembut
ii) Beeswax - Memberikan 24 jam kelembapan semulajadi pada bibir supaya tidak kering menggelupas
iii) Jojoba Oil - Diperkaya dengan agen antioksidan untuk menyihatkan bibir kehitaman
iv) Olive Oil - Membantu aliran darah semulajadi pada bibir supaya bibir cantik kemerahan.
2) Orchid Vanilla

Kandungan :
i) Argan Oil - Nutrient yang terkandung dalam argan oil membantu melembapkan kulit , cantik kemerahan dan segar.
ii) Vitamin E - Memberikan perlindungan kepada bibir dari sinaran UV berbahaya supaya bibir tidak kering menggelupas dan kehitaman.
iii) Shea Butter - Berfungsi untuk mengatasi bibir pecah. Ia membantu menyembuhkan dan menghidrasi bibir.
iv) Orchid Extract - Berfungsi sebagai aromatherapy setiap kali pemakaiannya pada bibir. Campuran bau bunga orkid dan vanilla memberi ketenangan dan mood gembira serta berangin pada bibir.
3) Cherry Velvet

i) Palm Kernel Oil - Nutrient yang terkandung dalam Palm Kernel Oil bertindak sebagai anti penuaan supaya bibir kekal berseri dan tidak kusam.
ii) Beeswax - Memberikan 24 jam kelembapan semulajadi pada bibir supaya tidak kering menggelupas
iii) Shea Butter - Berfungsi untuk mengatasi bibir pecah. Ia membantu menyembuhkan dan menghidrasi bibir.
iv) Castor Oil - Membantu menghasilkan sel-sel tisu baru pada bibir supaya bibir sentiasa lembut, tidak kering dan segar. Ia juga membantu mengatasi masalah bibir hitam.
Review Huda Selepas Menggunakan Faraa Lip Butter

Sebelum huda pakai Faraa Lip Butter ni, korang pun boleh nampak kan, bibir pucat dan kering.
Alhamdulillah, lepas pakai Faraa Lip Butter memang best sangat sebab :-1) Mudah dipakai dengan tekstur yang ringan tak melekit
2) Rasa sejuk "mint" ( lepas guna Caramel Mint dan Orchid Vanilla)
3) Terus rasa muka berseri lepas pakai Faraa Lip Butter ni, sebab bibir akan berubah warna mengikut darah dan suhu
4) Bibir terasa lembab dan segar
5) Bau yang wangi dan menenangkan.
Betullah semua testimoni orang lain yang pernah guna Faraa Lip Butter ni, sekali pakai mesti akan jatuh cinta! Yes, huda pun dah jatuh cinta dengan Faraa Lip Butter ni! Warna bibir yang semulajadi still nampak cantik berseri. Bukan sekadar cantik jer, siap merawat lagi setiap kali penggunaan. Memang berbaloi huda gunakan Faraa Lip Butter ni!
Harga Faraa Lip Butter
Promosi istimewa dari Natural Beautiful By SheraRM 55.00 sahaja untuk seunit Faraa Lip Butter ni, berserta dengan FREE Gifts!
Harga untuk Combo Triple Faraa Lip Butter
- RM165 FREE postage & surprise FREE Gifts
Untuk pembelian dan maklumat lanjut boleh terus hubungi Stokis Faraa Lip Butter
Link Whatsapp : https://linktr.ee/naturallybeautifulbyshera
Instagram : https://www.instagram.com/naturallybeautifulbyshera/
26 Comments
Memang boleh buat orang jatuh hati la.
Tapi kita tak pernah lagi cuba. Harga pun boleh tahan juga ya..