Review Avengers Endgame - Buat Jiwa Berkecamuk weh!



Hari yang di nanti sejak tahun lepas... Ingat lagi tarikh 25 April 2018, lepas habis jer movie Avengers: Infinity War,  memang tak tenang fikir apakah kesudahan yang bakal terjadi di Avengers : Endgame. Semalam genap setahun, 25 April 2019 , huda dah selamat tonton movie yang di nanti setahun lamanya... Jika di tanya apakah review tentang Avengers : Endgame... jawapan huda , movie ini berjaya buat jiwa huda berkecamuk!

Bagi peminat tegar filem Marvel, huda dan suami pasti akan menjadi yang terawal untuk menonton filem Avengers : Endgame ni. Sebelum menonton filem ni, kami sempat throwback filem-filem Avengers yang terdahulu, supaya lebih feel dan dapat faham kronologi filem Avengers : Endgame. 


Review Avengers Endgame


GENRE: Action / Adventure / Fantasy / Superhero

Durasi: 185 Minutes

Pelakon: Scarlett Johansson, Robert Downey Jr, Josh Brolin, Chris Hemsworth, Chris Evans, Paul Rudd

Sinopsis:

Filem sekuel Avengers ini adalah kesinambunga kisah yang berlaku di Avengers Infinity War.  Ahli pasukan Avengers yang masih hidup berjuang habis habisan dengan semangat " Whatever it takes" untuk memusnahkan musuh utama mereka iaitu Thanos. Dalam filem ni segala persoalan akan terjawab sama ada Thanos akan terus berkuasa atau akan kalah? Dan adakah populasi penduduk bumi yang lenyap akan terus hilang atau akan kembali...

Best ke Avengers Endgame??


Plot filem Avengers: Endgame pada awalnya agak "slow" dengan mood yang agak sayu bila ramai orang menderita sebab kehilangan kawan dan keluarga angkara Thanos yang menghapuskan separuh hidupan di planet bumi dengan alasan kononnya mahukan keseimbangan yang terbaik.


Moment sebak yang pertama yang meruntun jiwa bila Ironman dapat kembali ke bumi dengan pertolongan Captain Marvel. Sebak sangat bila Tony dan Pepper dapat bersatu, kalau korang ingat masa awal2 babak Avengers Infinity War, diorang berdua tengah plan macam2 dan Tony bermimpi dapat anak. Tapi segala planning diorang hancur sebab Tony Stark pergi naik kapal ke angkasa lepas dan tak boleh balik ke bumi... Akhirnya dapat juga balik dengan bantuan Captain Marvel yang power.. Happy dan sebak moment ni.



Kemudian jalan cerita semakin menarik bila Ant man berjaya keluar dari Quantum Realm selepas 5 tahun.  Kemudian satu demi satu superhores yang masih hidup berkumpul dan bersatu dalam menjayakan misi mengumpulkan Infinity Stones menggunakan Time Machine.

Plot berkembang dengan agak smooth dan sekali lagi emosi terusik sebab seorang superheroes terkorban.. Siapa? Aduh rasa bersalah pulak kalau tulis spoiler movie ni banyak sangat.

Babak pengorbanan tadi membuktikan tali persahabatan yang sejati....
Memang sedih....

Emosi sedih kemudiannya bertukar menjadi gembira "sekejap" bila matlamat Avengers yang masih hidup tercapai apabila mereka berjaya mengembalikan manusia yang dilenyapkan oleh Thanos 5 tahun lepas... Part happy yang bertahan sangat2 sekejap. Boleh la senyum dalam sesaat dua, lepas tu...semuanya berkecai...

Kemudian kemuncak Avengers Endgame yang sangat epik!
Tak boleh nak describe macamana best nya bila semua ahli Avengers muncul dan bersatu untuk kalahkan Thanos. Silalah tengok sendirinya. Meremang bulu roma weh tengok part kemuncak Avengers Endgame ni...

Dan plot menuju ke pengakhiran yang menyedihkan...seorang lagi Avengers berkorban. Part ni, memang terdengar tangisan di segenap ruang panggung wayang.. ( Huda nangis sikit jer tau... kesat air mata kat baju En.Suami jer..hihi..)




Begitu lah berakhirnya Avengers Endgame...segala persoalan yang bermain di fikiran selama bertahun terjawab. Emosi berkecamuk sepanjang 3 jam menonton filem ni.. Lagi emosi berkecamuk sebab gigih la tunggu end credit, sampai ke sudah takde...haha...

Bertambah lagi emosi tak best, bila keluar wayang, semua lampu tutup, kawasan dah gelap walau masa tu baru pukul 6.15 petang. Huhu, nak bergambar dengan poster Avengers pun tak cantik. Baru tahu, wayang kat terengganu ni tutup untuk hormat waktu solat Maghrib gak yer.. entah lah, sebab memang jarang pergi wayang kat teganu ni..




Berapa bintang Avengers Endgame?
Huda bagi 8 /10 . Sebab mungkin expectation tinggi sangat kot.. Overall movie ni serius best dan rasa macam nak repeat tengok lagi.

So pergi la tengok, peminat Marvel pasti wajib tengok, kalau tak jiwa korang tak tenang, hehe...

Next movie Mavel???
Spiderman Far From Home yang bakal di tayangkan 4 Julai 2019 akan datang.

Post a Comment

2 Comments

Cik Nor said…
kelantan xde panggung wayang..huwaa..baca sinopsis jer la..:)
Samiullah said…
I’m excited to uncover this page. I need to to thank you for ones time for this particularly fantastic read !! I definitely really liked every part of it and i also have you saved to fav to look at new information in your site. avengersendgamehdmovie