Tembikai Kuning untuk Anak Mama..

Sekarang cuaca yang agak panas,dan memang banyak orang jual tembikai di tepi jalan. Dah jadi macam menu wajib setiap hari makan tembikai. Tapi kelmarin Arif Haikal request nak makan tembikai kuning, bosan katanya asyik makan tembikai merah.

Alhamdulillah, rezeki anak mama, ada orang jual tembikai kuning dan papa pun belikan untuk Arif. Thank you papa!

Ini dia tembikai kuning untuk anak mama.







Walaupun hanya sekadar tembikai kuning yang takdelah mahal, dalam RM 6.00 sebiji ni, tapi bila tengok anak mama makan dengan berseleranya dan juga muka excited sebab request dia dipenuhi..

the feeling is priceles.....

Rasa bahagia sangat bila dapat tunaikan permintaan Arif ni. Semoga mama sentiasa murah rezeki dapat tunaikan segala hajat anak mama..

Semoga Arif ingat tembikai kuning ni sampai dia besar, dan setiap kali makan ingat kat mama dan papa. Kelak mama papa dah takde, Arif sentiasa ingat untuk doakan mama papa yer..  I love my sons 3000.

“Each day of our lives we make deposits in the memory banks of our children.”

1 comment:

  1. Sedapnya tembikai kuning. Tapi anak anak saya lebih suka tembikai merah

    ReplyDelete