Pengalaman Manis Pertama Kali Bercuti di Legoland Hotel Malaysia


Pengalaman Manis Pertama Kali Bercuti di Legoland Hotel Malaysia| Bila sebut jer Legoland Hotel Malaysia, semua orang akan excited tak kira lah dari kanak-kanak hingga orang dewasa. Tengok dari luar sahaja dah tahu hotel Legoland ni memang best dan merupakan lokasi Hotel Theme Park yang terkenal di seluruh dunia! Bagaikan mimpi yang menjadi kenyataan saat kami memasuki ruang parking hotel ini. Huda dan suami memang merahsiakan trip kami kali ni, nak bagi anak-anak extra dose happiness pada diorang. Reaksi diorang masa lihat hotel ini dari jauh, kemudian makin lama makin dekat dan kereta masuk ke ruang parking, sangat-sangat teruja. Semoga percutian kami di Legoland Hotel kali ini menjadi satu kenangan manis yang tak dapat di lupakan sampai bila-bila. 


Hajat hati nak ambil gambar The Arifs di hadapan hotel tapi tengah upgrading proses, maka tak dapatlah kami bergambar dengan Dragon di hadapan hotel. InshaAllah mana tahu ada lagi rezeki lepas ni stay di Hotel Legoland..hehe.. 


Kami sampai di Legoland Hotel dalam pukul 11.00 pagi. Lepas huda berjumpa PR yang in charge untuk event SEALIFE Malaysia, dia bagi huda tiket masuk ke Legoland Theme park dan water park untuk 2 hari dan juga kupon makan untuk 2 hari . Di sebabkan bilik di hotel masih belum ready, maka huda di sarankan untuk tinggalkan beg dahulu di lobby dan berjalan-jalan dahulu ke Legoland Theme park sehingga pukul 2 petang. 

Boleh baca perkongsian cerita huda di Terokai Legoland Theme Park -Part 1

Masa untuk check in pun sudah tiba, maka huda pun bergegas ke Legoland Hotel dari theme park. Alhamdulillah, huda request nak bilik tema Kingdom dan dapat pun bilik idaman hati kami.

Aktiviti pertama anak-anak bila masuk jer bilik adalah membuka treasure chest. Diorang memang dah tahu awal-awal dalam bilik ni ada treasure chest. Biasa lah anak blogger, diorang pun dah study awal-awal tentang hotel Legoland ni sebelum jejakkan kaki ke sini. 



Selepas hampir 30 minit, dengan drama The Arifs yang masing-masing nak betul jer, akhirnya treasure berjaya di buka. Dan excited lah diorang dapat hadiah lego dalam tu. Mujur ada dua, maka dapat sorang satu. 

Okay, huda nak cerita pula tentang kemudahan yang terdapat dalam bilik di Hotel Legoland Malaysia ni.



Kami menginap di bilik jenis standard room yang boleh memuatkan 5 orang, maksimum 3 dewasa dan 2 kanak-kanak. Terdapat 1 king bed dan 1 bunk bed dan 1 unit trundle bed.
Macam-macam kelengkapan yang ada di dalam bilik antaranya safety box, torch light, hair dryer, kettle dan pelbagai pilihan minuman panas yang boleh di bancuh sendiri ( Milo 3 in 1, Nescafe , Nescafe Decaf, 3 jenis teh dah gula dan creamer) . Peti sejuk juga ada di bawah meja study. Ada dua unit televisyen, satu di ruang tidur anak-anak, satu di ruang tidur utama. Ada juga sekotak lego untuk anak-anak main sepanjang berada di dalam bilik.

Dalam bilik air pula lengkap dengan toiletries untuk 2 orang dewasa dan 2 orang kanak-kanak seperti dental kits, vanity kit , lotion, shampoo, conditioner dan shaving kit.  Dalam bilik air, ada dua sinki, satu dewasa dan satu untuk kanak-knak, memang suka la The Arifs gosok gigi sebab sinki rendah.







Di Hotel Legoland ini juga di sediakan lengkap dengan bath robe untuk dewasa dan kanak-kanak berserta 4 unit selipar bilik, untuk dewasa dan juga kanak-kanak. The Arifs teruja sebab first time diorang pakai bath robe kanak-kanak ni..






Amacam best sangat kan kemudahan dan dekorasi dalam bilik Legoland Hotel tema Kingdom ni. Terasa bagaikan seorang ratu yang beristirehat di singahsana yang berinspirasikan lego. Alhamdulillah, one of 2019 wishlist granted!

Selepas berehat seketika dan solat jamak qasar, kami sekeluarga bersiap untuk ke Legoland Water Park. Cerita tentang Legoland Water Park nanti huda buat satu entry khas yer. 

Dinner di Bricks Family Restaurant


Selepas selesai bersuka-ria mandi manda di Legoland Water Park kami balik bilik bersihkan diri dan bersiap-siap untuk makan malam di hotel. Pada bulan Februari yang lepas ada promosi Buffet Dinner di Bricks Family Restaurant, harga untuk dewasa RM 158 per pax dan kanak-kanak RM 80 per pax.
Serius banyak sangat menu best di Buffet Dinner di Bricks Family Restaurant. Sampai tak tahu nak start makan apa dulu. Last-last mampu makan lauk jer. Antara makanan yang huda makan sepanjang 1 jam lebih lepak di Bricks Family Restaurant. 



Hotel Legoland kan memang kids-friendly kan, dan huda sangat suka bila anak-anak diberi kemudahan mewarna dan membuat aktiviti sambil makan-makan dengan family. Dapatlah diorang lama sikit dok diam kat atas meja makan tu.. 




Breakfast di Bricks Family Restaurant



Seawal 6.30 am , juadah breakfast sudah mula tersedia di Bricks Family Restaurant ini. Tapi sebab dah kenyang makan malam tadi pun masih terasa, huda dan family hanya makan juadah yang agak light.
Bila bercuti dan confirm akan makan macam-macam menu, penting amik supplement yang tinggi serat dan tingkatkan metabolisma badan seperti Kapsul Peria Plus.  Kami turun awal breakfast sebab pukul 8 pagi dah plan nak bawa anak-anak swimming di swimming pool. Pukul 9 pagi huda pula bersiap untuk event SEALIFE Malaysia.  Walau sebenarnya teramat banyak pilihan menu untuk breakfast dari masakan tradisional, makanan barat dan makanan Asian. Berbaloi sangat-sangat untuk pengunjung yang menginap di Hotel Legoland ni. 


Aktiviti Menarik di Hotel Legoland Malaysia.



Hotel Legoland ni huda boleh katakan ia LEGO Heaven untuk anak-anak. Bayangkan lah betapa seronoknya anak-anak bermain dengan "lautan" lego tak kira masa sepanjang menginap disini, dari pagi ke lewat malam tak pernah puas bermain. Lebih dari 100,000 LEGO bricks terdapat di kawasan children's play area ini.




Bagi mereka yang mempunyai anak-anak kecil , boleh bermain bongkah lego yang besar dan tak keras.




Ada tayangan movie Lego juga di kawasan anak-anak bermain. Banyak tempat duduk untuk parent berehat sambil memantau anak-anak bermain. 


Swimming pool juga disediakan untuk kemudahan tetamu yang terletak di tingkat 5. Di swimming pool ini disediakan life jacket kanak-kanak dan foam LEGO Bricks. Memang syok anak-anak bermain lego sambil berendam dalam air. 

Selain itu, terdapat juga kedai yang menjual pelbagai jenis LEGO, pakaian dan aksesori jenama LEGO. Istimewa untuk pengunjung yang menginap di Hotel Legoland ini, dapat 20% diskaun bila membuat pembelian. Memang berbaloi sangat.

Huda juga tak melepaskan peluang menyaksikan pertunjukan Magic pada malam sabtu, jam 8.30 malam di kawasan lobby hotel.


2 hari 1 malam di Legoland Hotel terasa begitu pantas berlalu. Mestilah tak puas, wish dapat extend one more night.. Hehe, tapi tengok harga 4 angka.... krik..krik.. jer lah. Semoga murah rezeki anak-anak dapat bercuti ke Hotel Legoland lagi pada masa akan datang. InshaAllah....


Tips Tempah Hotel Legoland Harga Murah!

Huda sebenar banyak kali search harga murah untuk Hotel Legoland ni dan siap2 berangan bila tabung penuh nanti terus nak booking hotel. Antara tips yang huda boleh kongsikan adalah tempah pada hari weekday dan tempah awal ( dalam 1- 3 bulan awal) . Korang boleh dapatkan rate harga serendah RM 550.00 jer tau 1 malam! Tapi ni without breakfast, kalau nak sekali breakfast harganya mencecah RM 720.00. Still okay lah kan, below 1k. Tapi kalau weekend dan cuti sekolah ke, minta maaf la yer, memang tak dapat harga bawah 1k ni.. So rancang percutian anda!



Untuk maklumat lanjut tentang Hotel Legoland dan tempahan boleh di buat di atas talian di laman web rasmi https://www.legoland.com.my/legoland-hotel/hotel/

Post a Comment

25 Comments

YB Shehan said…
menariknya. siap bathrobe utk kanak2 sekali tu.. harap dapat stay juga sini one dya
Tengkubutang said…
woww.. bestnya kalau boleh bawak harraz ke sini.. huhu.. tapi tunggu dia besar dulu la kan.. ada hotel sekali rupanyanya.. siap pilih tema kingdom lagi tu.. menarik tuu..
Chris_Sella said…
wowwwww besarnya katil. mmmmmmmmm alahai ingatkan kalau cuti sekolah dapat la harga RM500++ tu.
Hunny Kitty said…
Legoland ni mmg best kalau anak2 dapat main semua benda dalam theme park tu baru puas hati. Last time ai pergi anak yg kecik tak leh main semua benda sebab ketinggian & umur tak berapa nak adhere the terms. Tapi mmg akan p repeat.
Huda Halid said…
i story tentang hotel legoland bukan theme park... hmmm..confuse i baca komen u..
Huda Halid said…
InshaAllah, semoga lepas ni turn shehan pula dapat rezeki bercuti ke sini
Zandra Zane said…
tak pernah nak try bermalam kat hotel legoland. Nampak sini macam best jugak. Tapi serious lawa bilikkkkkkkk.
Ezna Khalili said…
Pernah menginap sekali kat Hotel Legoland ni sebab nak merasa pengalaman. Kebetulan birthday Dania. Seronok dia. Kami dapat adventure theme jadi bilik tu ala ala tema Indiana Jones. Cafe tempat makan pun cantik, bilik cantik. Best lagi kalau dapat bergambar dengan maskot Legoland. Hehe
Rawlins GLAM said…
Kalau Rawlins bawa anak-anak saudara, mau ada yang tak nak balik nie. Tak sangka kelengkapn bilik dia sempurna kan. Cantik plak tu. Nie buat makin teringin nak pergi nie.
Lia Hasty said…
Lia pun teringin nak menginap kat hotel legoland ni . Ni bukan kanak2 je suka orang dewasa pun excited kan . Kita pernah lalu kat depan je .Heheh
Mimie said…
Siapa je yang tak suka bercuti dan bermalam di hotel Legoland ni. Teringin nak bawa kids bercuti dekat sini tapi tak berpeluang lagi .Kalau bercuti di Legoland ni memang macam macam boleh buat kan. Hotelnya pun cantik siap deko ikut tema tertentu kan
Fadzi Razak said…
Last pergi legoland masa baru baru kahwin. Dulu masa anak dah besar sikit dalam umur 2 tahun gitu konon nak bawak die pergi main situ. sekali pregnant. tak larat. dah keluar anak baru ni tunggu anak baru besar sikit baru pergi
Nadia Johari said…
Rindu dengan legoland.. Last pergi masa fariza setahun.. Dia dahla anak legoland. .hehehe.. Moga ade rezeki datang ke sini.. Hotel kingdom tak pernah duduk lagi.. Besar bilik dia ye. .Harap dapat merasa lagi hotel ni. .Makanan pun sedap. .Ade boleh lepak dlm ruangvlobi sebb bnyk lego kan
AZni said…
Huda, kak azni tunjuk gambar huda share kt faceboook masa g legoand ni kan siap dia sebut sebut bila nak p? Huhuhu... byk kali dah sebut... ada rezeki nnt boleh bawak masa besday dia tahun depan. Geram tgk gambar bilik ni cantik katanya
Mahamahu said…
Bestnya dapat bercuti dan tidur kat Hotel Legoland kita tak pernah lagi dapat tidur kat sini hehehehe teringin sangat kalau ada yang nak kasi wakakakaka...
Emme Marina said…
Menarik but skip haha. First time jugak tahu pasal ada hotel legoland ni, nice sharing
mrsliez said…
amboi seronok anak-anak dapat g legoland ye? dapat tidodekat hotelnya lagi bestkan..liez mmg plan nak ke legolandthis year.. sbb nakanak-anak berseronok selepas penat belajar..banyak games yang boleh diaorg main
Wawa Ashihara said…
Seronoknya dpt ke legoland.. Kita org johor pon xjejak lagi kesini tau. Hahaha... Siap ada hotel berdekatan ni yg best.. Xyh susah2 nk kuo awl2 ke legoland.. Heheh.. Boleh la plan ke sini nnti dgn ank buah.
Julia Mahir said…
Wow everthing LEGO! The kids are gonna love this. Bila ntah na dapat pegi jugak Legoland yg nun jauh di sana ni Huhu
seronoknya dapat bercuti kat sini..macam2 tempat boleh explore kan..pernah sampai kat sini satu masa dulu tapi lama dah..tentu sekarang ni lebih menarik dan best kan..
Syamimi Saad said…
Bestnya tengok bilik hotel yang besar macam tu.
Rumah sendiri pun tak seindah macam tu.
Haha..
Kalau diberi rezeki lebih, boleh la bawa anak anak ke sana..
Sebab anak anak memang akan double happy la kan..
Legoland resort memang family paradise! Singgah kat Legoland resort pun dah best gila! Legoland theme park dengan water park memang banyak aktiviti yang sesuai utk seisi keluarga!
JESS said…
Hi Admin & Kawan-kawan. :) apa kata, mari join "Singapore Tour 1-Day Trip" from JB serendah RM109 dengan sis / Backpacker Trip Jelajah SG serendah RM90-RM60...

Juga ada promosi; Tiket Masuk Singapore (USS-SEA Aquarium-SKYLUGE-more than 30 TYPE) All at %Discount Price!

Bole WHATSAPP ke +6012-7760219 (JESS) - Agent SG & JB, Love Travel *Contact: +6012-7760219

*Silakan lawat >> FB.COM/LOVETRAVEL86
salam.. nak tanya, jika kami datang dengan 2 kereta. parking dikira mcm mana ya
Huda Halid said…
hye cikgusuyanti dewi. masuk jer di parking dulu di hotel. kemudian boleh tanya pihak hotel. rasanya boleh jer dapat free parking nanti.