Pengalaman Bermain di Legoland Water Park Malaysia


Pengalaman Bermain di Legoland Water Park Malaysia | Pada hujung minggu lepas huda dan keluarga berkesempatan meluangkan masa di Legoland Water Park Malaysia. Selepas urusan check in Hotel Legoland selesai, kami bersiap sedia untuk menerokai tarikan di Legoland Resort yang kami belum pernah jejaki sebelum ini. Alhamdulilah, rezeki dapat tiket combo park, jadi haruslah masuk Legoland Water Park ini!


Signature Rides Legoland Water Park 


Joker Soaker 



Tarikan utama di Legoland Water Park ini adalah Joker Soaker, yang sangat menyeronokan tak kira umur. Ada pelbagai jenis gelungsur air, ada yang straight dan rendah untuk kanak-kanak, sehingga yang tinggi berpusing-pusing. Di sini juga terdapat LEGO jester model yang meyimbahkan air sebanyak 350 gallons! Memang best main air di sini.

   Arif Haikal paling seronok, semua jenis gelongsor dia main. Nampak dia makin berani main air selepas pergi kelas swimming awal tahun hari tu.

  Family wefie - kenangan kami pertama kali jejakkan kaki di Legoland Water Park Malaysia


    ❤️❤️The Arifs with Mama💗💗

Gelungsur air paling tinggi, kena naik banyak anak tangga untuk sampai ke sini!
Huda tak berani naik pun..hehe.. Perasan tak ada khemah-khemah di bawah sana. Itulah private cabana, boleh sewa untuk kemudahan dan berehat selepas main air. 



Build-A-Raft-River



Selepas puas bermain di Joker Soaker  , seterusnya The Arifs main di Build-A-Raft-River iaitu lazy river yang dipenuhi soft LEGO bricks. 


Berehat sambil menikmati keindahan Legoland Water Park Malaysia

  Main kumpul - kumpul LEGO bricks sepanjang sungai, sampai penuh pelampung 



  Kami sekeluarga naik satu pelampung  menyelusuri sungai sambil kutip LEGO Bricks. 


Bila sampai ke penghujung dan puas bermain air, buang semua LEGO bricks yang dah kutip tadi.. bagi orang lain main pula yer...


LEGO Wave Pool




Seterusnya kami menaiki anak tangga menuju ke tarikan yang seterusnya di Legoland Water Park Malaysia iaitu LEGO Wave Pool.

Di sini juga terdapat restoren Beach Grill. Masa huda datang sini dah pukul 5.45 pm, dah nak tutup dah. Tak de rezeki nak makan-makan kat sini. InshaAllah next time datang sini nak singgah makan kat sini.



Sebelum masuk pool, anak-anak kena pakai life jacket yang di sediakan di sini, ada pelbagai saiz dan warna.


Great Family Time here! Sambil main air, berkumandang lagu-lagu rancak. 
Seronok The Arifs main air sambil menari dalam pool ni.

Duplo Splash Safari 



The Arifs juga tak lepaskan peluang bermain di Duplo Splash Safari yang mana ianya sesuai untuk kanak-kanak kecil berumur 1- 3 tahun dengan kedalaman air 0.4 meter sahaja.

 
Ada mainan tembak-tembak air dengan memutarkan handle yang terdapat di atas replika haiwan di sini.

 Di sini juga terdapat banyak LEGO bricks. memang heaven LEGO, semua tempat ada LEGO!


Di sini juga ada slide yang selamat sebab di bahagian bawah slide ada soft padded landing stage. So anak-anak yang main bila jatuh ke bawah, takde la sakit kena lantai.


Orang dewasa nak main dengan anak-anak di sini pun boleh, sebab saiz gelongsor ni besar.


Di sini juga ada gelongsor air yang sesuai untuk kanak-kanak lebih besar untuk main. Ada padded landing stage yang warna biru muda di bawah. First time huda jumpa ada benda ni di water park. Legoland Water Park ini sangat bagus, mesra kanak-kanak!

Jujurnya, huda luangkan masa di sini sangat sekejap, sejam lebih jer.. Walau ada 2 hari di Legoland Resort, tapi nak cover semua attraction , jadi huda harus rancang waktu sebaik mungkin. Semoga ada rezeki kami sekeluarga untuk bermain air di Legoland Water Park lagi di masa akan datang. 

Soalan yang biasa orang akan tanya lepas huda share gambar-gambar kami bercuti di Legoland, berapa yer harga tiket?? Di bawah huda senaraikan harga untuk rujukan korang yer..

Harga Ticket Combo LEGOLAND Theme Park + Water Park
  • RM 278.00 ( Umur 12 - 59 tahun)
  • RM 221.00 ( Umur 3 - 11 tahun)
  • RM 221.00 ( Umur 60 tahun ke atas)
Harga Ticket Combo LEGOLAND Water Park
  • RM 157.00 ( Umur 12 - 59 tahun)
  • RM 128.00 ( Umur 3 - 11 tahun)
  • RM 128.00 ( Umur 60 tahun ke atas) 

TIPS JIMAT untuk bercuti ke Legoland Resort Malaysia!

Dapatkan promosi ANNUAL TRIPLE PARK PASS EARLY BIRD PROMOTION dengan harga yang sama dengan 1-day combo ticket iaitu RM 278 untuk dewasa! Syok giler, boleh masuk ke semua tarikan di LEGOLAND sepanjang tahun dengan satu harga sahaja!!

Untuk maklumat lanjut tentang Legoland Resort dan tempahan tiket boleh di buat di atas talian di laman web rasmi https://www.legoland.com.my

Post a Comment

0 Comments