SEA LIFE Malaysia Bakal Di Buka April 2019


Pada hujung minggu lepas, Huda berpeluang menghadiri sebuah majlis " SEA LIFE Malaysia First Fish Arrival" di Legoland Resort. SEA LIFE Malaysia mengalu-alukan lebih daripada 23 spesies ikan termasuk Bala Sharks, Rasboras dan Tinfoil Barbs ke zon habitat Rainforest Malaysia, zon habitat eksklusif yang hanya terdapat di SEA LIFE Malaysia. Pembinaan SEA LIFE Malaysia, LEGOLAND® Malaysia Resort sudah memasuki fasa ketiga maka ia selangkah lebih dekat untuk melancarkan tarikan barunya pada April 2019.

Sebagai sebahagian daripada komitmen LEGOLAND® Malaysia Resort untuk membawa tarikan baharu kepada para tamu, SEA LIFE Malaysia akan menampilkan 13,000 hidupan marin dari 11 zon habitat yang berbeza termasuk Stingrays, Zebra Sharks, Black Tip Reef Sharks and seahorses. 

Ocean Tank merupakan tangki terbesar dengan lebih 400,000 liter air yang mempunyai terowong di mana pengunjung boleh melihat jerung dan hidupan laut lain berenang di sekitar zon habitat terbesar di aquarium. SEA LIFE Malaysia juga akan mempunyai kolam sentuhan interaktif yang memberi peluang dan pengalaman untuk berinteraksi dengan hidupan laut secara dekat. 

SEALIFE Malaysia yang kini dalam proses pembinaan fasa terakhir dan bakal siap menjelang April 2019. Ia terletak berhadapan dengan kaunter tiket masuk dan bersebelahan dengan Legoland Hotel. 

Menurut Kurt Stocks, Pengurus Besar LEGOLAND® Malaysia Resorts. :- 

"Ketibaan ikan yang pertama ini menandakan satu lagi peristiwa penting dalam pembinaan SEA LIFE Malaysia, menjelang pembukaan besar pada April 2019. Aquarist SEA LIFE telah berusaha gigih untuk memastikan bahawa air, kesihatan dan keselamatan hidupan di SEA LIFE yang diperlukan menepati piawaian yang ditetapkan. Apabila kumpulan ikan pertama terbiasa dengan persekitaran baru mereka, kami akan membawa ikan yang lebih besar seperti Stingrays dan jerung pada minggu-minggu akan datang." 

"Melalui SEA LIFE Malaysia, anak-anak kita akan dapat mempelajari kepentingan pemuliharaan hidupan laut melalui pengalaman interaktif yang direka di akuarium. Di samping itu, SEA LIFE Malaysia akan menjadi satu-satunya SEA LIFE di rantau ini yang akan menggabungkan konsep akuarium interaktif dengan unsur-unsur unik LEGO®. 


Ikan yang bakal di lepaskan ke dalam habitat Rain Forest SEALIFE Malaysia


  Acara melepaskan ikan oleh Junior Ranger SEALIFE Malaysia

Junior Ranger SEALIFE Malaysia

EARLY BIRD PROMOTION ANNUAL PASS - TRIPLE PARK PASS DENGAN HARGA TIKET KOMBO!

Untuk meraikan pelancaran SEA LIFE Malaysia, LEGOLAND Malaysia menawarkan promosi Early Bird yang sangat menarik! Untuk tempoh masa terhad pemegang MyKAD boleh memiliki Annual Pass dengan harga tiket kombo iaitu RM263 untuk orang dewasa dan RM209 untuk kanak-kanak berusia antara 3 - 11 tahun  . Rakyat  Malaysia yang  mendapat Annual Pass atau pas tahunan ini akan mempunyai akses tanpa had sepanjang tahun ke Taman Tema dan Taman Air LEGOLAND®. Sebaik sahaja SEA LIFE Malaysia dibuka pada April 2019, pemegang pas tahunan juga akan mendapat akses percuma ke akuarium. Pas tahunan baru boleh didapati untuk pembelian di laman web rasmi LEGOLAND® (https://www.legoland.com.my/ ).
Untuk maklumat terkini serta promosi dan aktiviti akan datang, ikuti sosial media  LEGOLAND®.

Instagram : https://www.instagram.com/legolandmalaysia/
Facebook : https://www.facebook.com/LEGOLAND.my/


Sangat cantik SEALIFE Malaysia ni, tak sabar nak datang sini semula bulan April nanti!

Post a Comment

21 Comments

Ai said…
Baru tau kat legoland ada aquarium.
sitirohaida said…
lama jugak mereka nak siapkan ni..tak sabar nak tunggu april ni...mesti best kan
Ezna Khalili said…
Ikan yang bakal dilepaskan tu macam sejenis ikan jerung je ye tapi yang tu anak dia je. Konsep sama dengan Aquaria la kan cumanya sekarang ni boleh tengok kat Legoland pulak. Nanti dah siap boleh la ajak family ke sini.
SEA LIFE Malaysia ni macam aquaria la kan.. Tapi SEA LIFE Malaysia lagi havoc tempatnya ... harga tiket pun boleh tahan jgak ya.. Bila dh siap sepenuhnya nanti boleh la balik msia tgk tempat ni. .hihi 😊
Wow! Ada SEALIFE Park ni! Mesti makin happening ni!
adianiez AIDA said…
wow. semakin mahal la nak masuk legoland ha ha ha ha...
lom masuk lagi. dok tunggu ijat besar skit, huda.
sempat la menabung lagi sebab nak masuk gak sea life ni alang-alang, kan.
ia nya ala-ala aquaria la ye.
cukup tak ekk sehari ke legoland ni dgn semua ni? hu hu hu hu hu...
Suria Amanda said…
Ada la tambahan tempat menarik kat Legoland nanti kan..ada aquarium plak..lagi menarik la nanti..ure jadi tarikan ramai nanti kan..
mek yunie said…
tak smpai sampai lagi kat sini. bila agaknya nak smpai niiii
untungla dapat visit SEA LIFE Malaysia First Fish Arrival event with family. sure the whole fam had a good time there. good job to the brand for extending their facilities
khai artzfar said…
wah! berseronok sambil belajar. baguslah kempen macam ni secara tak langung mendidik anak2 kite untuk belajar something . keep it up!
Cik Min said…
Bagus la boleh berseronok sambil belajar hehe mesti suka anak2..
Tekkaus said…
Good to know about this. Another new attraction in the city of bricks right? Can't wait for the official launching. :)
Hanny Abdullh said…
Tak pernah masuk Legoland lagi lagi. Dengar kata banyak tarikan..now datang lagi tarikan terbaru. Harap-harap lah sis dapat ke sana satu hari nanti
Ruby said…
Fuhhh macam-macam ada di LEGOLAND. Cuma ruby belum berkesempatan ke sana. Masa dulu dapat ke sana masa ada water park. Lepas tu tak pergi dah. InsyaAllah nanti nak pergi dengan anak-anak. Tunggu mereka besar skit.
Menariknya! Mungkin akan jadi salah satu tarikan lagi utk orang datang bercuti ke legoland. Sejak anak2 dah besar ni mmg lama x jengah legoland huhuhu
Mawardi yunus said…
Oh dah buka ya sealife ni. Dah lama tak pergi legoland. Masa last p last year masih dalam pembinaan lagi.
Syamimi Saad said…
Legoland pun tak sampai lagi.
Adakah lepas ni kena terjah sekali untuk tengok kehidupan laut ni.
Buat ala ala aquaria ye.
Bestnya. Teringin nak tengok kehidupan laut tu secara dekat.
Kalau bawa anak anak ni memang teruja ni kan.
Julia Mahir said…
Woww bestnya. Ni ala-ala underwater world langkawi tu ke nanti? Bertambah la tarikan nak pegi ke Legolang nanti ye. Menarik ni.
Mimie said…
Alamak tak sampai lagi ke zlegoland ni. Sekarang ni macam macam ada ya .Dah ada sea life plak. Kalau bawa anak anak datang sini memanf diorang bertambah seronok sebab boleh tengok macam maam hidupan laut
Absolute Yana said…
Alaaa..nak pergi jugak...tapi entah bila jer boleh pergi ke legoland...T.T jauh...but i really want to see all the fishies...since i am a mermaid..hahhaa
Emi said…
Wahhh syoknya sesekali dapat merasai pengalaman sebegini. Bukan selalu dapat rasa kan. Entah bila emi nak sampai ke sini.