Rezeki datang tanpa henti. Permintaan dari hati tercapai tanpa disedari.



Alhamdulillah. Alhamdulillah.  Alhamdulillah. 
Syukur sangat-sangat. 
Sebenarnya banyak sangat benda nak bersyukur, dari nikmat bangun tidur, nikmat bernafas , nikmat kesihatan dan nikmat rezeki makanan yang ada setiap hari. Tak sempat nak rasa lapar. Ada jer makanan. ada yang orang bagi dan ada yang kena beli dengan duit yang Allah hadiahkan.

Hari ini mood nak menulis tentang kehebatan rezeki dari Allah. Jika nak sesuatu , kita minta dalam doa. Namun ada ketikanya kita hanya terdetik dalam hati inginkan sesuatu dan dengan izin Allah pintasan keinginan dan kemahuan yang terbit dari hati itu, Magic! Allah makbulkan. SubhanaAllah, Allah memang Maha Pemurah dan Maha Pemberi. 

Huda selalu ingatkan diri sendiri, semakin banyak nikmat Allah beri, semakin huda kena rajin bersyukur, perbaiki solat dan tingkatkan amalan sunat.  

Esok , lusa dan beberapa hari akan datang, huda dan keluarga akan berjalan. Jalan-jalan dalam Malaysia jer. Nak pergi oversea kena unlock satu level travel yang utama iaitu pergi umrah. 

Sungguh, esok lusa nak berjalan ni memang takde langsung dalam planning jalan-jalan cuti sekolah Disember ni. Semua nya datang melalui permintaan hati kecil ni... 

Rasanya nak dekat 6 bulan huda tak pergi mana-mana event. Pastu terdetik dalam hati.. Rindu yer nak pergi event.. nak pergi job berbayar

Lepas tu dapat emel invitation untuk job berbayar di satu lokasi shopping mall, kemudian dapat pula emel invitation untuk event best. 

Tunjuk kat suami, dia kata pergi lah. Sebab event esok ni dalam wishlist The Arifs. So kira 2 in 1. Pergi event dan tunaikan hasrat anak-anak. 

Dah dapat green light apa lagi, terus bagi details untuk RSVP.

Lepas dah dapat invitation untuk event dan job berbayar... Demand lagi hati kecil huda ni.. Rindu yer nak pergi food review.  

Tak sampai sehari, dapat rezeki jemputan food review di lokasi yang huda nak sangat pergi ! Kat mana? Tunggu lusa huda update yer.

Rasa macam mimpi jer semua ni. Yer la nak rasa semua event review ni huda kena ke KL.  sangat lah jarang untuk ke sana. Bila dapat 1 job kemudian job lain datang bertimpa-timpa rasa macam, syok yer la. Jom pulun settlekan 3 job review 2 hari akan datang ni. 

Sungguh, tiada satu benda pun yang mustahil. Dan dengan izin Allah , pintu rezeki terbuka satu demi satu. 

Betullah, amalan jemput rezeki lebih mudah untuk kita menarik rezeki datang pada kita. 



Banyak amalan menjemput rezeki yang boleh kita buat sebenarnya. 
Cuba istiqamah buat yang satu ni pun dah hebat rezeki yang Allah hadiahkan. 
Nak apa yang satu tu?

SOLAT di awal WAKTU. 


Tahu tak, perbezaan orang yang solat dan orang berusaha solat di awal waktu ibarat langit dan bumi. 

Jom kita sama-sama amal kan amalan menjemput rezeki dengan solat, amalan sunat dan macam-macam lagi ikut kemampuan diri dan yang paling penting istiqamah. 

Segala rezeki datang dari Allah, maka jangan lupa untuk bersyukur setiap detik. 

Alhamdulillah. Segala Puji bagi Allah. 

Semoga perjalanan huda ke KL kemudian ke Johor dipermudahkan. InshaAllah. Amin...


Post a Comment

2 Comments

sitirohaida said…
terima kasih atas perkongsian ni huda..
Unknown said…
Thanks for good sharing.