Pengalaman Pertama Hadapi Banjir 2018


Memori 17 Disember 2018, ku semat di sini, untuk kenangan dan ingatan...


Hujan membasahi bumi tanpa henti dari malam semalam. Lepas solat subuh, seperti biasa, buka pintu bagi udara segar masuk... Alangkah terkejutnya tengok garaj kereta sudah dipenuhi air. Dalam hati, masih tenang. Mungkin banjir sedikit sahaja. Namun....


Sangkaan ku meleset. Jam 8 pagi, air banjir sudah melimpah masuk ke ruang dapur. Melihat kabinet dapur di tenggelami air, terus rasa gelabah. Serabut tak tahu apa nak buat dulu. Anak-anak pula bangun, seperti biasa minta makanan untuk breakfast. Aduh! Bagaimana nak sediakan breakfast jika nak masuk dapur pun tak boleh, dengan paras air semakin naik. Peti sejuk di tutup suis. Pening fikir makanan yang ada dalam peti semua kena keluarkan... 

Suami pula, awal pagi keluar alihkan kereta dari garaj ke tempat yang lebih tinggi. Melihat jiran-jiran semua dah alihkan kereta. Selepas suami pulang, operasi angkat barang ke tempat tinggi. Meja makan di gunakan sebagai platform utama. Kami naikkan tilam dan barang-barang penting yang lain. Sofa pula kami naikkan di atas bangku IKEA. Rasanya semua barang penting dah alihkan.



Jam 9 pagi air mula masuk ke ruang tamu kedua di bahagian tengah rumah. Air banjir makin naik di garaj kereta seakan-akan menanti masa masuk ke ruang tamu utama. Suami mula bersuara. 

Jom kita pergi rumah mak, kemas baju sekarang!

Fuh, baju setimbun tak berbasuh sebab seminggu lepas hujan, konon hari ini baru nak pergi dobi. Seminggu lepas agak sibuk kejar dateline kerja selepas balik bercuti dari Desaru. Tanpa buang masa, Huda packing baju apa yang ada. 




Jam 9.30 pagi, kami anak-beranak meredah air banjir setinggi lebih dari 1 kaki menuju ke kereta yang terletak 150 meter dari rumah. Meninggalkan rumah dengan 1001 rasa. Sesungguhnya aku redha dan bertawakal kepada Mu, Ya Allah. 

Perjalanan menuju ke rumah Mak yang terletak di area bandar Kuala Terengganu juga mencabar. Hujan lebat dan ada juga jalan yang di tutup sebab banjir. Mujur suami memang expert selok-belok jalan area Kuala Terengganu. Hampir 1 jam baru kami anak-beranak dapat menarik nafas lega dan tumpang berteduh di rumah Mak sementara menunggu banjir surut.

Hujan terus membasahi bumi sehingga petang. Apakah nasib rumah kami yang di tinggalkan kami tak tahu.. Hanya mampu pasrah..

Suami hubungi jiran dan bertanya perihal banjir. Alhamdulillah, sebelah petang air banjir mula surut. 

Namun kami decide keesokan paginya baru pulang dan bersihkan rumah.

18 Disember 2018.

Pulang ke rumah dengan penuh debaran. Garaj sangat kotor dengan serpihan daun kering yang di bawa air banjir semalam. Saat kaki melangkah ke rumah, terasa lembab dan lantai melekit. Sampai-sampai jer terus bersihkan bahagian dapur yang paling teruk terjejas. 

Alhamdulillah, syukur, air banjir yang masuk ke rumah mungkin sedikit sahaja. Barang-barang semua selamat. 

Setelah berakhir episod banjir ni... bermula pula episod keraguan dalam diri ini. 

Perancangan untuk bercuti ke Langkawi minggu hadapan terasa berat untuk di laksanakan. 

Adakah minggu depan akan hujan dan berlaku yer banjir lagi?

Bagaimana pula jika terkandas di tengah jalan ketika menuju ke Utara dari Timur dengan menaiki bas bersama anak-anak? 

Aduh, urusan kerja yang sepatutnya di laksana pada Isnin dan Selasa lepas terpaksa di bawa ke minggu berikutnya... bagaimana nak bercuti dengan keadaan yang serba tak kena???

Suami turut meluahkan kerisauan yang menganggu fikiran ini.

Adakah perancangan yang hampir setahun untuk ke Langkawi ini harus di biarkan berlalu di bawa arus banjir.....

Setiap berlaku penuh hikmahnya. Kami akur dan yakin dengan instict yang Allah terbitkan dalam hati kami. Hidup ini penuh ujian dan ada masanya pengorbanan itu harus di lakukan... 

Semoga ujian hari ini, membuka pintu kesenangan yang tidak terjangka di masa hadapan.

19 Disember 2018.
Hujan masih membasahi bumi, doakan agar banjir tidak berulang lagi..... Namun jika ia berlaku, kami Redha. Sesungguhnya, hidup sebagai hamba Allah ini tidak pernah lekang dari ujian. 

Post a Comment

5 Comments

mas saari said…
Akak pernah hadapi banjir besar tahun 2014, memang sedih tengok semua barang dalam rumah arwah mak abah musnah. Tak sempat langsung nak selamatkan. Moga Huda tabah hadapi semua ni!
Nadia Johari said…
Pernah hadapi bnjir masa nad masih sekolah dulu.. Masuk rumah.. Nasb ade rumah atas.. Tapi masa nk bershkan meg pergh.. Penat.. Harao2 ruma akk tak teruk
afizlatif said…
Fuh, memang first time ni rase. Rasa semua benda nak angkat tinggi. Nasib baik barang tak banyak. haha
Ben Ashaari said…
Semoga huda sekeluarga dilindungi Allah
zain said…
Rumah saya ada masalah seperti ini juga dan saya dedang mencari servis sewa lori barang untuk pindah barang saya buat sementara. I hope everything will be okay for everyone :D