Cerita 3 Hari 2 Malam - H& M Family Day 2018

Salam hujung minggu untuk semua. Hari ini huda nak kongsi cerita family day minggu lepas di Desaru Johor. Tak silap dah 14 tahun huda tak jejakkan kaki ke sana. Alhamdulillah, perancangan family day tahun ini berjalan lancar. Bahagia dan gembira dapat luangkan 3 hari 2 malam bersama keluarga tersayang yang 3 bulan tak jumpa! 

Cerita 3 Hari 2 Malam - H& M Family Day 2018



H & M adalah gabungan nama abah dan mak ; HALID & MUNIRAH. Alhamdulillah, kini ahli keluarga kami sudah 29 orang. Memang best bila semua berkumpul bawah satu bumbung. 
Lokasi penginapan kami boleh rujuk artikel >> Penginapan H&M Family Day di Desaru Homestay <<


Hari Pertama


Perjalanan dari Kuala Lumpur menuju ke Desaru mengambil masa lebih kurang 5 jam. Tapi disebabkan banyak singgah dan jem , hampir 7 jam baru huda sampai ke Desaru Homestay.



Smpai jer di homestay, huda terus ke dapur. Lapar nasi, tak sabar nak makan nasi beringin dan rendang ayam. Bekal makanan yang di masak dari kampung oleh mak dan adik beradik huda yang ada di kampung cuti sekolah ni. 

Lepas solat asar , layankan The Arifs dan cousin dia mandi dalam inflatable swimming pool. Pool ni along yang bawa dari kampung. Syok kanak2 berendam dalam ni sampai lewat petang. 


Kemudian kami semua solat magrhib jemaah, di susuli bacaan yaasin dan tahlil untuk arwah ahli keluarga terdekat.

Dinner hari pertama, menu sama macam petang tadi dan juga menu nasi jagung , ayam masak merah pemberian jiran depan homestay kami. Alhamdulillah murah rezeki kami sekeluarga. 


Bila 10 beradik berkumpul, sampai ke malam masih rancak berborak dan juga pastinya tak berhenti makan. Hehe.. menu supper kami Spicy korean chicken wings. Untung ada adik beradik suka masak, dapat lah huda makan macam-macam.


Hari Kedua


Picnic di Tanjung Balau.




Antara aktiviti keluarga yang kami lakukan selain masak dan makan bersama, kami juga bermain sukaneka. Anak-anak pula bermain pasir, bermain lumba lari dan juga menaiki kereta sewa elektrik .




Seronok sangat semua , sebab rasanya ini kali pertama kami semua join main sama-sama. Sakit perut gelak, sakit kaki berlari dan juga panas terik di tepi pantai menjadi kenangan indah untuk huda dan keluarga. 

Santai Petang di Pantai Batu Layar


Lokasi seterusnya, kami sambung santai-santai di tepi pantai di Batu Layar. Pantai di sini lebih tenang dan tidak sibuk seperti Tanjung Balau.

Anak-anak seperti biasa, mana reti duduk diam santai-santai ni. Mereka terus bermain tanpa kenal erti penat. Hanya The Arifs dan The Azfars jer yang masih bertahan.Yang lain ada yang dah balik homestay dan tidur dalam kereta kepenatan. 



Pada sebelah malam pula, kami  main indoor family game dan juga pemberian hadiah kepada setiap ahli keluarga. Seterusnya, acara suprise birthday untuk December Boys




Hari Ketiga


Misi kemas rumah yang besar ni ramai-ramai. Anak-anak main di playground yang bersebelahan dengan homestay kami duduk.





Check out homestay tepat jam 12.30 tengahari.

Next lokasi bergerak ke Masjid Senai, kemudian ziarah saudara di Senai. Tapi huda tak dapat nak join, sebab driver kurang sihat. Adik beradik yang lain, ada yang terus balik ke Shah Alam, ada yang sambung bercuti ke Port Dickson dan ada extend stay di Johor Bahru. Huda pula direct balik ke kampung.

Cepat jer masa berlalu, dah habis 3 hari 2 malam berfamily day. Semoga tahun depan murah rezeki, panjang umur dapat kami semua 10 beradik berkumpul lagi. InshaAllah.

Gonna miss all of them.... 

Post a Comment

0 Comments