Resepi Karipap Ikan Terengganu - Kisah & Cerita Huda

Post Top Ad

Resepi Karipap Ikan Terengganu

Resepi Karipap Ikan Terengganu

Share This


Tahun ni, dah nak genap 7 tahun kahwin dengan orang teganu kite dan genap 5 tahun menetap di bumi bertuah nan cantik dan indah ni.. Maka, haruslah huda upgrade skill memasak makanan yang orang teganu suka makan. Kali ini huda mencuba untuk pertama kalinya buat Karipap Ikan Terengganu. 

Teringat masa mula-mula makan karipap ikan ni.. Boleh tahan sedap, dan tak pernah ada niat pun nak buat, sebab kuih di teganu murah-murah jer, jadi beli jer senang. Tapi 2 minggu lepas, huda ada shopping ikan murah di LKIM di Pulau Kambing dan terbeli 1 kilo ikan selayang RM5.00. Huda beli sebab ikan ni nampak segar dan murah sangat. Masa beli tak plan nak buat apa pun.. Semalam huda misi nak clearkan peti sejuk. Jadi huda keluarkan ikan selayang ni dan fikir nak buat apa yer dengan ikan ni. Nak makan buat lauk, huda kurang gemar. Jadi idea datang nak buat karipap ikan, lagi pun memang dah lama huda tak makan. So why not, try jer buat kan?? yang penting misi nak clearkan peti dari ikan yang dah 2 minggu beli tu tercapai. 


RESEPI KARIPAP IKAN TERENGGANU


1) Kulit Karipap

Bahan-bahan:- 

  • 1/2 kg tepung gandum 
  • 1/2 cawan minyak masak
  • 1/2 cawan majerin 
  • 1 cawan air sejuk dari petiais} lebih kurang 
  • 1 sudu kfc garam masukkan ke dalam air
Cara membuat kulit karipap:

Panaskan minyak dan majerin kemudian curahkan ke dalam tepung. Adun sehingga sebati. Kemudian masukkan air dan uli sehingga menjadi doh.

Simpan doh di dalam peti sejuk dalam 1 jam.



2) Inti Karipap Ikan

Bahan-bahan:


  • 10 ekor ikan selayang ( saiz kecil, jika saiz sederhana kurangkan kuantiti)
  • 1 cawan santan pekat ( kalau suka berlemak lagi boleh tambah 1 cawan lagi santan)
  • 1/2 inci halia - dimayang halus
  • 1 ulas bawang besar ( atau 5 ulas bawang merah)
  • 1 sudu kecil halba
  • gula dan garam secukup rasa
Cara - cara :

Ikan direbus dan ambil isinya. Kemudian ,kisar isi ikan dgn santan hingga hancur. Masukkan bahan kisar ke dlm kuali. Kacau hingga hampir kering. Masukkan gula, garam, halia, bawang merah dan halba. Kacau hingga sebati dan kering boleh lah diangkat. 
* Jangan terlalu kering, asal santan dah kering boleh angkat, lembab-lembab sikit lagi sedap intinya.

Okay, dan siap kulit dan inti karipap ikan, boleh la buat karipap macam biasa. 


Tips: Goreng karipap dgn api yg sederhana supaya kulitnya licin dan rangup..( Tapi huda suka goreng api besar dulu, lepas tu baru slowkan api, sebab suka tekstur kulit karipap yang ada "bubbles" )

Senang kan resepi ni? So korang boleh juga try pelbagaikan menu minum petang bersama keluarga tersayang. InshaAllah next time huda sharing resepi lain pulanya. 

4 comments:

  1. halba tu memang bubuh sebiji-biji ek kak? takyah tumbuk?

    ReplyDelete
  2. Nampak sedap la...ok SA simpan resepi ni nak cuba nanti..thanks for sharing Huda

    ReplyDelete
  3. First time dengar dan tengok karipap ikan..bolehlah cuba kalau jumpa nanti.

    ReplyDelete

Post Bottom Ad

Pages