The Arifs dan The Azfars suka ria di Donhu Jurassic Park Muar - Kisah & Cerita Huda

Post Top Ad

The Arifs dan The Azfars suka ria di Donhu Jurassic Park Muar

The Arifs dan The Azfars suka ria di Donhu Jurassic Park Muar

Share This


Assalamualaikum. Hari ni huda nak kongsi antara perkara wajib The Arifs lakukan setiap kali balik kampung huda di Muar, iaitu melawat Donhu Jurassic Park. Pada cuti sekolah yang lepas, The Arifs bersama best friend diorang bila balik kampung, iaitu cousin diorang,  The Azfars bersuka ria di Donhu Jurassic Park Muar. Fuh, rasa bawa anak empat orang datang sini. Meriah! 


Nak tahu apa yang best sangat Donhu Jurassic Park ni?


#1- Masuk PERCUMA

Jimat duit huda..hehe. Biasa kalau nak pergi tempat macam ni kena bayar kan? Tapi di sini, semua orang boleh masuk percuma jer tau. 

Teringat dua tahun lepas bawa The Arifs tengok pameran Dinosour, berpuluh2 ringgit gak habis kat tiket jer. .

The Arifs memang suka Dinosour, so memang excited datang tempat macam ni.



#2 Terdapat pelbagai species Dinosaur yang bergerak yang menarik

#3 Terdapat pertunjukan dinosour di pentas

#4 Bermain menunggang dinosour 



Untuk bermain ni, tak percuma tau..  Sekali naik kena bayar RM5. 

Ok la tu, anak-anak happy naik dinosour comel ni dah pusing2. Asah skill diorang kawal ke kiri ke kanan.

#5 Shopping mainan dinosour 





Ok, huda nak kongsi 5 fakta menarik tentang Donhu Jurassic Park Muar


#1 - Don Hu Jurassic Park Garden yang dahulunya dikenali sebagai Don Hu Nursery

#2 - Heng Chiang Hwee , pemilik Don Hu merupakan seorang pengusaha pokok semaian yang minat mendalam terhadap haiwan prasejarah . inisiatif sendiri menghias kebun perusahaan pokok semaian miliknya dengan patung dinosaur yang ditempah khas dari China.

#3 - Harga bagi sebuah patung dinosaur bergantung kepada saiz yang ditempah daripada seorang kenalan dari Guangzhou, China. dalam anggaran RM10,000 hingga RM30,000 

#4- Pameran barang antik dan juga lawatan ke ladang ayam dan itik miliknya di tanah seluas 5.6 hektar itu.

#5 - Beliau membuka taman ini lebih kepada untuk mendapat kepuasan dan kongsi bersama orang ramai.  Beliau gembira apabila melihat ramai orang berkunjung ke tamannya.


Baik hatinya yer lah uncle Heng Chiang Hwee ni kan... Jadi korang, jom bawa anak-anak berkunjung ke sini. berbaloi  sangat.



No comments:

Post a Comment

Post Bottom Ad

Pages