Tips Parenting - Bermula dari Makanan yang Pertama. - Kisah & Cerita Huda

Post Top Ad

Tips Parenting - Bermula dari Makanan yang Pertama.

Tips Parenting - Bermula dari Makanan yang Pertama.

Share This
Salam Hujung Minggu. Target huda nak kongsi setiap hujung minggu ilmu dan tips parenting untuk semua pembaca blog ceritahuda.com. Alhamdulillah, hari ni teruja nak tulis perkongsian tips parenting tentang satu isu yang sangat penting dalam hidup iaitu MAKAN.  Jadi hari ini mari berkongsi ilmu dalam alam keibubapaan - bermula dari makanan yanag pertama yang masuk ke mulut anak anda , dan bagaimana kita mampu elakkan masalah picky eater dan terlalu bergantung pada gadget ketika makan seperti yang biasa kita lihat di kedai makan zaman sekarang.


Tips Parenting - Bermula dari Makanan yang Pertama. 


Tips Pertama

Semua tahu kan , bayi yang baru lahir sehingga umur 2 tahun adalah fasa mereka "vunerable" 
Jangan beri anak anda makan apa apa selain susu badan atau susu formula pada 6 bulan pertama hidup mereka . Memang pilihan utama susu ibu sepenuhnya, namun bukan semua ibu dimurahkan rezeki untuk menyusukan anak sepenuhnya. seeloknya susu badan) sebelum umur 6 bulan.


Ibu bapa harus faham yang perut anak-anak pada usia ini masih belum matang untuk hadam makanan. 
Allah kurnia susu badan lengkap dengan nutrisi untuk bayi bawah 6 bulan. So dont worry anak-anak membesar dengan sihat dengan nutrisi yang terkandung dalam susu.

Adik selepas menyusu terus tertidur , syok dok tepi pantai. =) Rezeki anak bongsu huda, dapat fully-breastfeed sampai umur 2 tahun. 


Tips Kedua

Selepas anak menginjak usia 6 bulan ke atas , mulakan dengan satu jenis makanan sahaja dahulu untuk ajar anak makan solid foods. Jangan terus bagi dua tiga jenis.
Langkah step by step ini perlu supaya kita boleh tahu dia ada alahan terhadap sesuatu makanan dan dia tak keliru dengan makanan yang diberi.

Tips Ketiga

Jangan delay beri solid foods. Maksudnya jangan tunggu sampai lebih 7 bulan untuk ajar anak solid foods.
Kerana di usia ini, bayi memerlukan makanan lengkap dan perutnya sudah mula matang untuk terima makanan. Susu sahaja sudah tidak mencukupi untuk memberi nutrient yang secukupnya untuk tumbesaran yang sihat.

Tips Keempat

Dari segi kebersihan penyediaan makanan anak-anak harus di titik beratkan. Basuh bahan basah dengan elok. Basuh ayam, ikan, daging, udang, telur, sayuran dan buah buahan dengan betul sebelum masak. Ini untuk mengurangkan berlakunya pencemaran yang masih bersisa di atas makanan basah tersebut.

Tips Kelima

Jadikan waktu makan adalah family time yang sangat bermakna untuk setiap ahli keluarga luangkan masa bersama. Jadi, pastikan anak anda makan sekali dengan anda di meja makan dengan mewujudkan suasana yang seronok dalam keluarga kita. Bila waktu makan, semua orang ada di meja makan dan makan. Makan dan bercakaplah dengan ahli keluarga bukan makan dan semua tengok gadget masing masing termasuklah bayi anda. Sedihkan tengok zaman sekarang, ibu bapa buka youtube nak bagi anak diam kononnya time makan. Satu kesilapan besar ibu bapa dalam memanfaatkan gadget dalam dunia parenting.

Jom ajar bayi kita yang masa makan adalah untuk makan sahaja!!

Tips Keenam

30 minutes rule - iaitu jangan beri anak anda makan lebih dari 30 minit. Jika sudah cukup 30 minit, berhent beri dia makan. Jangan paksa. Nanti anda boleh beri dia snacks ( buah atau biskut) pula. Ini untuk mengajar bayi anda yang makan tak perlu lama lama.

Tips Ketujuh

Fahami selera anak-anak anda. Jangan paksa anak anda makan. Lihat apa yang dia nak makan.

Tips Kelapan

Ketahui berapa banyak nak letak dalam pinggan anak-anak. Contohnya letak portion makanan anak anda 1/3 atau 1/4 dari makanan orang dewasa. Jangan terlalu banyak, nanti anak jadi tidak selera untuk habiskan makanan yang terlalu banyak.

Tips Kesembilan

Be Creative & Colourful - Gunakan kreativiti dan tarikan warna untuk makanan anak anda. Anak anak mudah diransang dengan warna. Contoh gabungan buah-buahan epal hijau, anggur berwarna ungu dan juga oren, pasti menarik minat anak-anak untuk makan.

Tips Kesepuluh

Double DONT's
i)  Janganlah asyik beri makanan yang sama sahaja. Pelbagaikan jenis makanan dia. Kalau tak nanti dia akan takut untuk cuba makanan lain.
ii) Janganlah asyik ini tak boleh itu tak boleh. Biarlah anak anda merasa makanan itu sendiri. Dia pun manusia juga. Biar dia rasa baru dia belajar. Bagi sedikit secubit sahaja dulu untuk anak teroka sendiri rasa makanan yang baru.

Jadi semua ibu bapa please take note 10 tips yang huda dah kongsi di atas yer. Bila anak sudah makin membesar, dan pandai kenal makanan favourite dia, bawa sekali mereka shopping. Biar anak-anak tunjuk mana sayur dan buah yang dia suka makan. Anak-anak akan lebih teruja nak makan bila balik rumah nanti, sebab mereka yang pilih sendiri, bukan paksaan ibu bapa untuk mereka makan.

Semoga perkongsian ilmu parenting huda ini dapat memberi panduan kepada semua ibu bapa diluar sana. Zaman sekarang banyak penyakit yang bermula dari makanan, jadi tanggungjawab kita mendidik anak-anak sejak dari bayi demi kesihatan dan kesejahteraan hidup mereka masa akan datang.

Kredit : Idea Asal Perkongsian tips kesihatan dari Dr. Erna di laman sosial beliau.

4 comments:

  1. Terima kasih huda .Idea byk sgt membantu .
    .
    setuju jangan bagi makanan yg sama je, takut anak tak berani cuba makanan lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama, jom kita jadi parent yang terbaik untuk anak-anak kita

      Delete
  2. Tips ke-6 baru tahu walau dah 3 orang anak. Haha. Thanks for sharing! Semua sangat membantu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ilmu parenting ni luas, lagi kita membaca, baru kita tahu banyak lagi kita tak tahu. huda pun cetek ilmu sebab tu huda baca dan akan kongsi di blog. takut baca nanti lupa kena tulis baru melekat kat otak.

      Delete

Post Bottom Ad

Pages