Bahaya Tidur Dalam Kereta - Boleh Membawa MAUT!

Rutin pagi huda, sementara tunggu Arif bersiap ke sekolah, huda buka TV3 dengar berita waktu pagi. Pagi ni, kita di kejutkan dengan berita tentang dua remaja dijumpai meninggal dunia didalam kereta yang disangka tidur! Korang boleh baca berita penuh di Harian Metro , KLIK sini >> dua-remaja-ditemui-mati-dalam-kereta <<

Kronologi Kes Kematian Dua Remaja Dalam Kereta 

Pukul 11.46 pagi - Mohd Fitri Haimin dan Mohd Helmi Muhammad, keduanya 19 tahun ditemui mati di kerusi hadapan kereta yang dipakir di tepi jalan raya kampung terbabit.

Ketua Polis Daerah Kinabatangan Superintendan A. Sahak Rahmat berkata, sebaik menerima panggilan kecemasan sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kinabatangan segera dikerahkan ke lokasi kejadian.

- Siasatan awal di tempat kejadian menjumpai sebuah kereta warna putih diletakkan ditepi jalan.
- Enjin kereta masih hidup dan terdapat dua lelaki di bangku hadapan dalam keadaan berbaring (tidur).
- Setelah diketuk cermin dan pintu kenderaan, kedua dua lelaki tersebut langsung tidak bergerak
- Usaha membuka pintu gagal dan Bomba Kinabatangan kemudiannya membantu.
-Pintu kenderaan berjaya dibuka dan pemeriksaan awal tiada kecederaan luaran pada kedua-dua mereka.
-Mangsa telah disahkan mati di dalam kenderaan oleh pegawai perubatan Hospital Kinabatangan yang membuat pemeriksaan keatas kedua-dua mangsa yang masih berada di dalam kenderaan.

Bahaya Tidur Dalam Kereta - Boleh Membawa MAUT!


  1.  Apabila buka aircond dan tutup tingkap semasa kereta tidak bergerak, oksigen akan circulate di dalam kereta.
  2. Oksigen tersebut akan makin berkurang apabila kita bernafas. Sekiranya kita lama hentikan kereta, paras oksigen makin berkurang.
  3. Apabila paras oksigen dah berkurangan ke 16% sahaja,kita akan rasa sesak nafas. Sekiranya kita tidur nyenyak, tak bangun dan tidak keluar dari kereta,maka kita akan collapse atau tidak sedarkan diri.
  4.  Paras oksigen makin berkurangan kerana semasa tidak sedarkn diri itu kita masih bernafas dan apabila mencapai 10%, oksigen sudah tidak dapat dihantar ke otak dan sistem tubuh tidak dapat berfungsi, dan seterusnya menyebabkn kematian
  5. Jika nak rehat boleh tetapi kena buka tingkap juga supaya oksigen masuk dan ada pengaliran udara keluar masuk
  6.  Ketika jalan sesak, kita akan rasa mengantuk kerana kadar oksigen yg masuk ke dalam kereta adalah kurang.aItu adalah tanda yg kita kekurangan oksigen. Tingkap perlu dibuka juga ketika itu. Kalau cuaca panas,tak salah buka aircond dan buka tingkap sedikit.
  7.  Karbon monoksida dari ekzos bukanlah penyebab semata-mata kematian kerana karbon monoksida dari kenderaan juga terkawal melalui catalyst converter & dilepaskan oleh kenderaan kerana limit of concentration sudah dikawal. Untuk menyebabkn kematian, karbon monoksida ada certain ppm which is much higher than limit yg kenderaan lepaskan.
Semoga kita belajar sesuatu atas musibah yang berlaku, dan sama-sama ambil iktibar. 

Post a Comment

1 Comments

Nadia Johari said…
Tu la ada baca juga..bahaya juga kan tidur dalam aircond..ingat takde ape