Happy 4th Birthday Arif Hakim


Alhamdulillah... 10 Oktober hari ni.. Hari bersejarah dalam hidup , Allah hadiahkan seorang lagi putera dalam "istana" huda dan suami.. Alhamdulillah, syukur Ya Allah, genap 4 tahun hari ini, hidup kami berseri-seri dengan kehadiran adik Arif Hakim.

Jadi apa planning mama nak celebrate birthday adik hari ni?

Actually plan asal nak celebrate di Restoren DRumoh Pata. Dan booking semua, tapi bukan rezeki kami, sebab restoren terpaksa di tutup hari ini dan esok.  Owner baru inform semalam.  hmmmm....

Maka, tak tahu lah nak planning apa... Nak plan birthday trip macam tahun lepas ( Tahun lepas kami semua berfamily trip sempena birthday adik di I-City Shah Alam)  , tak boleh kot, sebab Disember nanti nak berfamily trip ke Langkawi. Budget ke sana kena asingkan siap-siap, jadi budget holiday bulan ni takde... huhu, sedih pulak mama ni.. tak dapat buat apa-apa untuk adik...

Walau adik ni, memang tak kisah..tapi mama teringin juga nak buat something untuk hargai hari istimewa untuk adik..

Tapi, musim hujan dan mendung jer kat bumi Kuala Terengganu ni, nak keluar ke mana pun jadi terbatas. Mungkin mama hold dulu celebration untuk adik. InshaAllah nanti, murah rezeki kita makan sedap-sedap, berjalan makan angin ke destinasi best2. 


Wish mama untuk adik...  

Semoga adik membesar dengan sihat, smile like always =)
Semoga adik rajin pergi sekolah tahun depan, dan berjaya dunia akhirat.

Mama love you to the moon and back!

Post a Comment

0 Comments