Birthday Dinner di Seafood Kuala Ibai Bawah Jambatan Kuala Terengganu



Setiap tahun bila birthday adik Arif Hakim, huda niat nak belanja keluarga mertua huda, sebab masa mengandungkan dan berpantang, huda memang stay dengan mereka. Keluarga mertua huda sangat baik, huda rasa seronok dan happy sepanjang pregnancy dan berpantang di rumah mertua. Rasa berhutang budi sangat dengan keluarga mertua. Jadi pada hari istimewa ni belanja family tanda kesyukuran dan terima kasih kepada orang yang berbudi pada hidup huda , suami dan The Arifs. 

Lokasi pilihan tahun ni, adalah Medan Ikan Bakar yang terletak di bawah jambatan Chendering - Kuala Ibai , Kuala Terengganu.

Jom layan menu-menu sedap yang huda dah order.

Add caption

Fresh Orange yang sedap dan pekat, RM 15 untuk satu Jug. Cukup untuk kami minum 7 orang makan semalam. 


Sayur favourite pelengkap juadah, sayur kailan ikan masin


Sup Tulang pun sedap! 


Ikan apa ntah lupa pulak namanya, RM4 per 100 gram. Huda pilih ikan saiz sederhana. Berat lebih kurang 600 gram ++, jadi harga ikan bakar ni RM24 sahaja. Boleh tahan pedas sambal ikan bakar tu. Sedap!

Ikan siakap pula harganya RM5 per 100 gram. Ikan ni berat 500gram so jadi RM25 sahaja


Sotong segar saiz sederhana besarnya. Alamak tak ingat pula harga berapa per gram.Huda pilih 3 ekor saiz sederhana besar dan dikenakan harga RM 41. 

Amacam menu-menu yang huda order ? Ada ke yang terliur nak datang makan kat sini. Huda memang rekemen tau korang datang ke sini, sebab sedap, serius korang makan sambil puji betapa sedapnya semua menu kat sini.

Huda pergi ke sini pukul 6 petang. Siap makan jer azan Maghrib.


SEAFOOD KUALA IBAI BAWAH JAMBATAN




Untuk tempahan boleh hubungi  019-941 2256

Post a Comment

2 Comments

Suria Amanda said…
Ya allah huda oiii...menduga tekak orang jauh ni...kalau harga macam tu sumpah murah..x dapat kat area
KL ni
Nadia Johari said…
sedapnya makanan dia..dahla kita suka seafoodd..tengok ni terliur