Hadiah Topi Boboiboy untuk The Arifs


Assalamualaikum..
Dah lama rasanya tak menulis entry khas untuk The Arifs. 

Hari ni, huda nak tulis tentang hadiah topi boboiboy untuk The Arifs yang huda beli di Kuantan City Mall, minggu lepas. 

Topi lama The Arifs, satu dah hilang, satu lagi dah kecik. Jadinya wajib la beli yang baru sebab bulan 4 nanti nak bawa anak-anak holiday dan perlukan mereka pakai topi sebab panas tempat yang bakal kitorang pergi bulan depan. 

Huda pun ajak suami singgah Kuantan City Mall untuk belikan topi baru untuk The Arifs. Di Kuala Terengganu takde shopping mall best nak survey topi cantik-cantik. 

Jadinya dapatlah huda merasa berjalan di Kuantan City Mall untuk pertama kali,setelah setahun lebih tak jejakkan kaki ke Kuantan. 

Huda survey2 topi untuk kanak-kanak lelaki di Parkson. 

Ada banyak juga pilihan topi seperti topi superheroes dari Marvels. 
Tapi huda tak berkenan. 


So jalan-jalan lagi jumpa official stores Boboiboy di departmental stores di Parkson. Akhirnya jumpa topi yang The Arifs suka dan huda pun berkenan tengok anak2 pakai. 


Abang Arif Haikal pilih topi boboiboy Air warna biru, dan Adik Arif Hakim pilih topi boboiboy api warna merah. 


Comel dan hensem anak-anak mama pakai topi masing-masing. 



Tengok harga sebelum beli...hmmm,boleh tahan mahal gak..over budget mama yang seciput jer ni (huhu duit kat wallet dah kurang sebab dah borong durian kat johor tadi).


Jalan-jalan tadi tak terjumpa pula ATM. 


Alhamdulillah, rezeki suami murah time tu, suami pass kad debit dia, dan huda terus beli tanpa ragu-ragu.


Puas hati sangat, The Arifs pakai dengan gembira. Topi boboiboy ni berkualiti dan cantik jer terletak di kepala The Arifs. 


Topi boboiboy ini hadiah untuk The Arifs yang rajin,baik dan selalu buat mama papa happy. Rewards untuk diorg sempena school holiday trip bulan Mac 2018.


Anak-anak happy.
Huda happy. 
Suami pun happy sebab belanja hadiah untuk anak-anak. 


Semoga murah rezeki encik suami boleh belikan hadiah untuk huda pula lepas ni.
Hehe...(lama yer nak tunggu birthday bulan 8).

Post a Comment

1 Comments

Dunia Zumal said…
Menarik ni, nak beli la untuk anak saudara yang minat boboiboy