Tips Kurus : Jaga Makan Vs Senam



Assalamualaikum, Salam Hujung minggu untuk semua pembaca ceritahuda.com hari ini. 
Siapa nak kurus , angkat tangan??  Hehe, bagus-bagus, semua orang nak kuruskan, namun tak semua sanggup nak berusaha nak kurus. 
 
Bagi huda, kenapa huda obses sangat nak kurus. Selain nak sihat dan nampak cantik di mata suami, huda nak ringankan beban orang yang angkat jenazah huda kelak. Cuba bayangkan kalau berat kita yang overweight, diri sendiri nak berdiri lama untuk solat pun terasa terbeban, apatah lagi bebanan yang bakal dipikul orang yang nak angkat keranda kita sampai ke kubur nanti. Dah la dosa dah berat, bertambah berat badan diri sendiri lagi. Cuba fikir-fikirkan yer... 
Bila sudah wujud kesedaran nak kurus, kita pasti akan berusaha dengan gigih. InshaAllah, tahun 2018 ini huda nak hadiahkan pada diri sendiri badan yang sihat dan kurus dan yang penting perut tak buncit lagi!! Stress tau tengok tengok buncit. 

Semalam huda ada join Seminar Kurus bersama Kevin Zahri. Ada satu ilmu yang kevin ajarkan semalam membuka mata huda tentang persepsi nak kurus especially part nak kempiskan perut buncit. 
Agak-agak korang mana lagi penting : Jaga Makan Vs Senam?
........
........
........
Jawapannya adalah jaga makan sebelum senam nak kempiskan perut buncit. Korang tahu tak, kalau terus work out kempiskan perut tapi tak buang lemak dan air yang menjadi punca perut buncit tu, perut akan terus buncit, tak kurus2 pun. 
Huhu,stress kan, bila penat-penat senam, lepas tu impian nak kurus tak tercapai juga. 
Jadi, pesanan huda sebelum nak jayakan misi kurus korang tu, sila la jaga makan dan usaha buang air dan lemak berlebihan dalam badan. Kemudian barulah next step toning muscle perut untuk dapatkan perut idaman yang 6 packs tu. ( Tak perlu makan supplement pun sebenarnya untuk kurus, hanya perlu kawal pemakanan harian)
Tips kurus untuk buang air dan lemak berlebihan melalui pemakanan yang tinggi serat seperti buah-buahan, wholemeal dan paling mudah makan oat. Penting juga kurangkan pengambilan garam dan gula dan berperisa. Senaman ringkas seperti kemas rumah sampai berpeluh pun bagus untuk membakar lemak. 
Alhamdulillah, rezeki semalam join event Seminar Jom Kurus bersam Kevin Zahri, dapat goodies dari official sponsor JK1M10 iaitu Quakers Oat Malaysia. Yeah, misi membuang air dan lemak dari badan minggu ini dengan oats. 

Jauh lagi perjalanan nak dapatkan berat badan ideal ni. Tapi huda yakin tahun ini misi kurus dan sihat serta nak kempiskan perut buncit pasti berjaya sebab ada coach yang bimbing, selama ni syok sendiri jer buat ikut suka hati. Jom kita kurus dan sihat!

some_text

Post a Comment

29 Comments

Kak Mahh said…
Dulu akak suka sangat makan oat. Tapi sekarang ikut mood.
pada saya keduan duanya adalah penting untuk mengimbangi tahap kecerdasan badan.
afizlatif said…
terbaik. semoga sama sama kurus dan jaga kesihatan =)
Huda Halid said…
iyer memang kedua2 yer penting. tapi langkah utama jaga makan kemudian baru senam =)
Huda Halid said…
huda pun makan ikut mood. makan selalu pun muak juga.
Huda Halid said…
yanty dah cantik dan slim..
Coretan Masa said…
jaga makan dan rajin bersenam insya Allah boleh maintain...
azlina ina said…
nampak dah perubahan ni huda.Eat clean sekali.Belum lagi sebulan.. haa.. entah pasni huda sama kurus dengan ina.Btw.. moga istiqomah.
adianiez AIDA said…
mari huda kita sama2 jaga badan tahun ni.
memang azam aida jugak jaga badan.
aida dahulukan dgn diet = jaga makan.
jaga kalori. jgn lebih 1200 kalori.
and da start eksesais dah... ringan2 aje.
nak seimbangkan kalori yg diambil dan dibakar.
Zharif Azis said…
Alaaaa tips nak gemok ada tak. Sy underweight nie. Huhu. Thnks for sharing anyway
Jia Shin Lee said…
I need to jaga badan after delivery, hopefully I'll be able to go back to my pre pregnancy weight 😢
Unknown said…
Nk kurus gk��..10kg to reduce before masuk keje ni����
Khir Khalid said…
Dah lama tak makan oat, mmg patut amalkanlah.. program2 mcm ni mmg bagus sbb ada tips2 yg kdg2 kita tak tau dan ambil mudah utk kesihatan sebenarnya amat penting. Thanks sharing :)
ok...ni memang dugaan sbb akk kuat makan..tapi misi nak kurus tetap ada huhuhu
baru semalam tengok ig huda ada nampak gambar dengan kevin tengah bercakap tu.heheh...wah bersemangat tahun ni nak exercise. good job dear. i will follow you.
Emi said…
tengok ofismet emi gigih betul pagi dtg awal ke ofis, singgaj gym. lunch pergi gym jgk before makan. kat ofis kitorg mmg ada gym. gigih dorg nak jaga badan punya pasal
Dikbee said…
huwaaa.. azam nak kurus dah bertahun2 tak tertunai. so, tahun ni kena carry forward la nampaknyaaa. Apa pun semoga Huda berjaya..
Bella Jamal said…
Betul tu, tak sanggup nak berusaha nak kurus. Teatap terus makan dan makan. Hehe. Tak suka makan oat. Tapi saya nak cuba balik lah. Visi nak sihat juga.
Mawardi Yunus said…
terima kasih atas perkongsian. kita sampai skang tak kurus2. tak tau la nak wat cmne dah
irrayyan said…
Tahun ke3 misi kurus mommy...dua tahun gagal dengan jayanya...dr 49 naik 56kg..hahaha.. sekarang ni mission 2018.. doakan mommy irra berjaya juga eh
nikkhazami said…
semoga cepat kurus dan dapat berat idaman. hehe!
Sunshine Kelly said…
Oats memang terbaik untuk tambahkan serat, reduce weight and kolesterol juga.
Gja said…
Apa yang penting adalah badan kita sihat. Jadi, kena lah amalkan pemakanan yg sihat kan..
Moga impian nak kurus berjaya... oat tu memang bagus untuk orang yang mulakan diet
Yanty Lee said…
Sama - sama kita kekal sihat dan fit. Slim tu kemudian , Huda. Jangan seksa badan , jaga pemakanan dan diri OK. Chaiyok
Hans Hanis said…
In Sha Allah boleh kurus punya
Elya Roza said…
setujuu... jaga makan + bersenam ..
klo i pun sama, but tambah lgi 1 lah, body shaper bagi lelemaks lock dekat tempat yg betol...:)