Alhamdulillah. Syukur rezeki bulan Disember, jauh langkah The Arifs dan tertunai hasrat nak ke Pusat Sains Negara.
Ini merupakan lawatan pertama The Arifs ke Pusat Sains Negara. Kebetulan huda ada urusan kerja di sekitar KL, boleh la manfaat waktu cuti sekolah bersama anak-anak ke sini.
Bagi huda, lihat keseronokkan anak-anak mencuba pelbagai benda baharu dan senyuman yang terukir dibibir mereka tersangat berharga. Walau mereka masih belum memahami apa itu sains dan memahami setiap benda yang mereka main di sini.
Jom layan gambar-gambar sekitar lawatan The Arifs di Pusat Sains Negara.
Terima kasih Pusat Sains Negara yang beri tawaran masuk percuma sehingga hujung tahun ini. Terima kasih juga encik suami yang sudi luangkan masa untuk anak-anak walau komitment dan kerja memang banyak. Alhamdulillah, tiada tara kebahagiaan dan kegembiraan anak-anak dengan apa-apa pun. Berbaloi tempuh jem, pusing-pusing cari parking semata-mata nak naka-anak bahagia.
Huda rasa happy dan enjoy tengok anak-anak enjoy meneroka. Bukan senangkan kita nak biarkan anak-anak hands on pada barang-barang, kita pun asyik tegur jangan usik itu jangan usik ini , tak kisah la di rumah atau di luar. Tapi di sini, mereka bebas. Raut wajah gembira dan teruja mereka memberi kesan yang indah dalam memori huda sebagai seorang mama.
Jom tengok one of happy moment The Arifs di Pusat Sains Negara.
“The best and most beautiful things in this world cannot be seen or even heard, but must be felt with the heart.”
InshaAllah, semoga tahun 2018 yang bakal tiba, huda akan bawa anak-anak meneroka lebih lagi, merasai pelbagai pengalaman hidup yang menarik yang membuatkan mereka happy dan memberi kesan dalam hati mereka. InshaAllah.
Spend time dengan suami dan juga anak- anak . Bagus juga bawa anak-anak melawat pusat sains negara ni , at least diorang dapat serba sedikit info yang berguna di sana
Alaaa.. bestnya kan bawak anak-anak ke tempat macam ni.. TB tunggu si kecik besar sikit baru berangan nak bawak dia jalan-jalan.. Taman pra Sejarah tu macam besttt je.. huhu
Alamakk syokknyee, haritu kami dah sampai tapi cancel masuk sebab makdatukkkkk ramai gila umat, parking pun kat luar jammed. Maybe next time lah kot bawa anak2 gisini.
Wah free ye sekarang ni. Sempat lagi nk bawa anak ke sini. Macam2 boleh buat nampaknya tu. Siap ada dinasor lagi dkt luar. Confirm anak2 happy kan ke sini.
Masuk percuma, baru renovate pula tu. Bestnya! Nanti nak tengok apa aktiviti boleh buat. Sebab anak ruby baru 3 tahun. So dia suka spaceship, bulan Bintang. Hehehe. Bleh ke sana nanti.
24 Comments
yanmieonline.com