Tolong hentikan guna App Pitu terutama wanita islam!



Assalamualaikum. Hari ini huda nak ajak semua orang, tolong hentikan guna apps Pitu terutama wanita islam!


Dalam minggu ini, huda agak terkejut bila kenalan di sosial media ( facebook dan instagram) seronok muat naik gambar yang telah di edit meggunakan App Pitu. Nampak macam comel, sahaja suka-suka. Namun wanita islam sudah terleka dengan agenda orang kafir yang telah berjaya melalaikan wanita islam dari menjaga perhiasan diri dan melindungi aurat wanita (fitnah dunia yang menyebabkan ramai wanita menjadi bahan bakar api neraka)




App Pitu di milik oleh Tencent, syarikat internet terbesar di China. Apps Pitu ini menjadi aplikasi Number Satu di China, Hong Kong dan Taiwan, setelah di muat turun lebih dari  10 juta kali dari Google Play app store.

App Pitu ini membolehkan sesiapa sahaja membuat superimpose gambar anda dengan pelbagai latar belakang dan pastinya semua wanita tidak menutup aurat. 

Tahu tak?

Dengan memuat naik gambar anda yang sudah di edit dengan App Pitu ini, anda telah memberi ruang bukan muhrim untuk membayangkan aurat anda yang selama ini anda tutup. 

Walaupun nampak macam untuk suka-suka, tapi hakikatnya anda telah melakukan kesilapan (dosa)
Memang gambar superimpose, tapi orang yang tengok akan nampak seolah-olah aurat anda yang anda tutup selama ini.

Akhir kata ...

“Dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir darinya. Dan hendaklah mereka menutup belahan leher baju mereka dengan tudung kepala mereka. (An-Nur; 31).

Buat pilihan bijak semua wanita islam yang bergelar muslimah. 


some_text

Post a Comment

2 Comments

Lynda Che Lah said…
Itulah Huda. Kena jaga juga bab ni. Tak semudah yang difikirkan.
Nadia Johari said…
tak download pun..hahaa..phone hanya tuk kerja