" The males are bright blue in colour with white spots and with characteristically long claw, while the females have a duller green/brown, with a more rounded carapace (the exoskeleton). The carapace can be up to 20 centimetres (7.9 in) wide." - Wikipedia
Rupanya beza jantan betina sahaja. Abah huda juga ada kongsikan, ada masa bulan penuh, isi ketam penuh, kalau tak isi ketam sikit.
Isi ketam antara ketam jantan dan ketam betina agaknya mana lagi sedap?
Hehe, tak tahu nak jawab. sebab lepas siang ketam, outer shell pun dah tercabut, dah belah dua, memang tak perasan pun nak bezakan mana satu, fikir nak makan jer.
Dah namanya ketam, mesti lah semua sedap kan?
Alhamdulillah, rezeki balik kampung minggu ini, abang ipar bawa balik ketam dari pasar. Sebab beliau regular customer selalu pergi pasar untuk beli barang, dapat la harga murah. Kalo tak nak, berkira-kira juga kan nak makan ketam ni. Semoga Allah murah rezeki abang ipar huda yang belanja kami semua makan ketam kelmarin.

1 Comments