Aktiviti Menarik di Melaka | Bermain di VR & AR Interactive Park


Aktiviti Menarik di VR & AR Interactive Park The Shore Melaka
1) Kids VR Zone


Had umur untuk kanak-kanak berumur 3 tahun hingga 12 tahun sahaja. Untuk keselamatan dan isu kesihatan mata, kanak-kanak hanya dibenarkan untuk bermain dalam masa 5 minit sahaja.
2. Edutaiment Painting


3. Dinosaur Augmented Reality Zone

4. Interactive Fishing Zone

Permainan yang menarik yang anak-anak pasti suka adalah Fishing Interactive. Main tangkap-tangkap ikan dengan menggunakan alat yang disediakan. Arif Haikal main di sini sampai puas sebab memang syok. Papa pun join sekaki main game ni.
5. Augmented Reality Interactive Zone - Fruit Ninja Game


Augmented Reality atau singkatannya "AR" membolehkan kita berinteraksi seperti main game ala-ala X-Box. Memang seronok bila dapat bermain "slash" buah-buahan dalam game Fruit Ninja.
6. VR Cinema
Setelah puas bermain dengan "AR", huda dan suami memasuki VR Cinema pula.




Pengalaman menarik , ibarat tengah menyelam di dalam dasar laut. Ianya merupakan yang pertama di Malaysia. Anda boleh lihat 360 ° permandangan di dalam dasar laut. Seronok dapat jadi "diver" sekejap. Serius best dan mendebarkan. Terus rasa rindu nak pergi pulau.
Selepas penat bermain, huda dan anak-anak berehar sebentar menonton 3D EX Laser Cinema. Maaf gambar ketika menonton cinema 3D ni tak sempat nak amik, biasa leh kepenatan handle anak-anak yang excited main di VR & AR Interactive Park. Owh ya, tiket adalah per entry, so main puas-puas semua baru keluar yer, sebab dah keluar tak boleh masuk semula. Selepas penat bermain , jangan lupa bergambar di dalam VR & AR Interactive Park. Buat kenang-kenangan.


VR & AR Interactive Park
(Last admission : 8.00pm)
Harga Tiket
Combo Package (The Shore Oceanarium + VRAR Interactive Park)
Adults : RM 45.00
Kids : RM 36.00
193, Pinggiran @ Sungai Melaka,
Jalan Persisiran Bunga Raya,
75100 Melaka Tengah, Melaka,
Malaysia.
GPS Coordinates: 2.209'N, 102.2498'E
FB Page: https://www.facebook.com/coralwonderlandVR
Post a Comment