Buah Tangan Dari Mekah

Assalamualaikum, Salam Hujung Minggu. 
Semalam huda menziarah sepupu suami yang baru sampai dari Mekah selepas menunaikan fardhu Haji. 



Part paling seronok ziarah saudara mara balik Mekah ni, dengar cerita dan pengalaman perjalanan haji mereka. Ada ujian dan ada nikmat sepanjang di Tanah suci. Sambil dengar cerita , huda ambil pengajaran dan persiapan mental. InshaAllah, murah rezeki kelak giliran huda pula menjejakkan kaki ke Tanah Suci Mekah.

Rezeki meraikan saudara balik Mekah, dapat menjamu kurma, buah tin dan coklat dari Turkey. 


Kemudian dapat minum air zam-zam yang sangat banyak khasiatnya seperti menyembuhkan penyakit, melancarkan peredaran darah dan mampu memberi tenaga berpanjangan.


Buah tangan untuk suami, dapat sehelai jubah yang sangat cantik dan selesa dipakai. Boleh panjangkan pahala sepupu yang memberi dengan suami akan selalu pakai ke masjid nanti. 


Buah tangan untuk huda pula dapat perfume Mekah dan Inai Mekah. Alhamdulillah, dua-dua huda suka, bau perfume wangi sangat dan ina huda boleh pakai bila-bila terasa nak pakai nanti. 



Alhamdulillah, rezeki kami ziarah sepupu, selain kenyang perut makan juadah makan tengahari Nasi Daging dan pelbagai kuih muih , kemudian juadah dari Mekah, dapat buah tangan dari Mekah, walaupun masih ada barang yang delay tak sampai lagi. 

Alhamdulillah, terima kasih Kak Nor dan suami, semoga Allah kurniakan haji mabrur dan murahkan lagi rezeki di dunia dan akhirat. Amin.



some_text

Post a Comment

0 Comments