Holiday mana yang best?

Assalamualaikum. Selamat berhujung minggu semua 
Setiap kali weekend, mesti mood holiday nak berjalan tu datang..
Seronok yer holiday, duduk seorang diri throwback kenangan indah holiday dari berdua suami isteri, kemudian bertiga dan kini berempat. Banyak tempat baru kami dah jejakkan kaki dan masih banyak lagi tempat masih belum terokai, wishlist makin panjang dah ni, hehe..

Holiday di mana paling best untuk kita?
Alhamdulillah, usia perkahwinan menjangkau ke enam tahun  2 Disember ini.
Sepanjang 6 tahun perkahwinan banyak destinasi huda dan suami sudah lawati.

Ketika surprise birthday holiday Arif di Tok Aman Bali, huda bertanyakan soalan cepu emas kepada suami.
Huda bertanyakan soalan ini kepada suami : Sepanjang kita kahwin ni,holiday di mana yang paling best?
Ini jawapan encik suami.
Semestinya holiday pertama kita sebagai suami isteri, iaitu first honeymoon kita di Equatorial Hotel, Cameron Highlands.

Huda bertanya lagi yang kedua best?
Holiday First Anniversary kita bersama Arif Haikal yang ketika itu huda baru habis pantang.
Holiday pertama kali bertiga iaitu di Colmar Tropicale Bukit Tinggi.



Huda bertanya lagi sebab tak puas hati jawapan huda tak sama dengan suami. Jadi huda ingin tahu apa yang suami fikirkan.
Holiday yang ketiga best?
Suami menjawab di  holiday 5th Annivesary kita di Lexis Port Dickson.


Memang berbeza apa yang huda fikir dan apa yang suami fikirkan.
Jawapan huda holiday yang paling best adalah suprise birthday holiday untuk encik suami di Hotel Phoenix Forest City, Johor Bahru. 


View yang cantik, bilik yang luas, dan pertama kali bermain Slide The City berempat.
Jemput baca review huda di sini >> Hotel Review : Hotel Phoenix Forest City
                                                    >>  Seronoknya bermain di Slide the City, Forest City.

Selain dapat stay di hotel bertaraf 5 bintang, huda rasa holiday ke Forest City paling best sebab betul-betul rasa travel. Bermula naik GRAB CAR ( dalam 15 minit) dari rumah ke airport, kemudian naik flight ( 1jam jer sampai dah JB) , sampai airport naik GRAB CAR ( 1 jam lebih baru sampai Forest City dari airport Senai). Pengalaman pertama travel 3 hari 2 malam dengan penuh cabaran sana sini. 

Ini holiday paling best bagi huda sebab pertama kali buat suprise birthday untuk suami tersayang, berbeza dengan suami yang huda rasa lebih sweet, walau banyak tempat dah pergi, still the first is the best. 

Men always want to be a woman's first love - women like to be a man's last romance - Oscar Wilde


some_text

Post a Comment

1 Comments

Sutra beach resort best