9 Kandungan Terbaik MelloWhite untuk Kecantikan dan Kesihatan

Assalamualaikum semua. Hari ni penghujung Oktober 2017 dah kan...cepatnya masa berlalu. 
Masa berlalu dan kulit pun mula tunjukkan "sign of aging". Dah masuk 3 series ni, huda memang kena jaga luaran dan dalaman, bukan nak cantik semata-mata tau, tapi nak sihat. 

Hari ini, huda nak kongsi satu produk kecantikan yang baru huda cuba sejak minggu lepas iaitu MelloWhite. 
MelloWhite ini bertindak dengan 4M iaitu Memutih, Melembab, Memelihara dan Memperkaya 
Jom huda kongsikan 9 Kandungan Terbaik MelloWhite untuk kecantikan dan kesihatan. 


1) Ekstrak Kelopak Bunga Ros.

Wanita dan bunga ros memang sinonim kan? Bunga ros ni bukan sahaja cantik di pandang namun berkhasiat. Terdapat bahan bioaktif yang dinamakan polifenol yang berupaya merencatkan pengeluaran melanin dan mengurangkan masalah pigmentasi kulit.


2) Buah Delima



Rasanya memang terkenal dah kan, buah delima ni memang banyak khasiat sebab ia kaya dengan Vitamin A, C, E dan sumber antioxidant dan zat besi. Kesan paling best bila makan buah delima ini ia membantu melambat proses penuaan, memperbaiki sel kulit dan memberi tona kulit yang sekata. 
Dari segi kesihatan tubuh badan pula, delima membantu peredaran darah, mengurangkan inflamasi, membantu mengurangkan gejala anemia ( memang sesuai sangat dengan huda yang selalu hadapi masalah ni) dan meningkatkan sistem imun badan. 
3) Ceri Acerola
Bila sebut buah ceri, huda teringat makan ceri segar dari Mesir. Rasanya manis dan sedap sangat.
Khasiat macam buah delima juga, kaya dengan vitamin C dan agen antioxidan yang bagus. Maka ia dapat lindungi kulit dari ancaman radikal bebas dan automatik melambatkan proses penuaan. Selain itu ceri acerola ini juga mengandungi nutrient yang membantu mengekalkan kelembapan kulit. 
4) Ubi Bit Merah
Tahu tak? Salah satu sebab kulit kusam punca toksin yang terkumpul dalam badan
Ubi bit merah mengandungi bahan yang boleh membantu detoksifikasi badan. Ia mampu membersihkan toksin, perbaharui sel kulit rosak , serta meningkatkan penghasilan sel darah merah. Ubi Bit Merah juga kaya dengan vitamin B 9 ( Folate) yang membantu mengurangkan masalah jerawat dan menjadikan kulit "glowing"
5) Ekstrak Zaitun

Tahu tak? 
Ekstrak Zaitun mempunyai kesan antioxidan 
- 4.5 kali lebih kuat dari Vitamin C
-4 kali lebih kuat dari anggur
- 2.5 kali lebih kuat dari teh hijau

Maka, dengan keupayaan antioksidan yang kuat, ia mampu menyekat radiasi ultraviolet dan mengurangkan kesan radikal bebas yang menjadi punca utama pigmentasi kulit. Jadi tekstur kulit akan jadi lebih cerah dan sihat.

Selain itu, ekstrak zaitun juga sangat bagus untuk kesihatan dengan merendahkan risiko penyakit jantung, mencegah pengoksidaan kolesterol jahat (LDL), mengurangkan keradangan serta mengurangkan kekerapan tindakbalas alahan.


6) Barli Hijau Organik


Ia mengandungi pelbagai nutrient semulajadi seperti vitamin, mineral, enzim, klorofil, asid amino dan antioksidan yang mudah diserap oleh tubuh badan. 

Kesan barli hijau organik kepada tubuh badan adalah mempercepatkan pemulihan dan mengaktifkan semula keremajaan kulit dan mengembalikan keayuan wajah yang berseri-seri. Selain itu, ia juga membantu proses detoksifikasi serta meningkatkan stamina tubuh badan. 

7) Vitamin C


Vitamin C merupakan vitamin yang sangat penting kerana saintis telah menemui bahawa protein kolagen memerlukan Vitamin C untuk molekul mencapai konfigurasi yang terbaik. Vitamin C juga mempertahankan kekenyalan kulit dengan mencegah kolagen dari menjadi lemah dan rosak. 

Untuk kesihatan tubuh badan pula, Vitamin C membantu mencegah selesema dengan meningkatkan sistem imun. Selain itu, ia juga membantu proses penghadaman dan penyerapan zat besi, menjaga kesihatan mata serta menguatkan gusi. Vitamin C juga penting dalam proses penyembuhan luka.

8) Alpha Lipoic Asid ( ALA) 





Alpha Lipoic asid merupakan antioksidan universal yang berupaya bertindak di persekitaran larut air dan larut lemak. 4 fungi utama ALA adalah : -
i) Mengitar semula Vitamin C dan Glutatahione
ii) Mengetatkan liang pori
iii) Memudarkan kedutan dan garis-garisan pada kulit
iv) Membuat kulit kelihatan sihat dan cantik secara semulajadi

9) L- Cysteine


Fungsi utama L-Cysteine dalam mencerahkan kulit adalah dengan menggalakkan pembentukan pigmen cerah ( pheomelanin).  Kesan best yang huda suka adalah ia melambatkan proses penuaan seperti bintik hitam, kedutan dan garis halus. 

Untuk kesihatan badan pula, ia membantu proses detoksifikasi, dan melindungi kerosakan sel akibat radikal bebas. 

Sekarang korang semua dah tahu kan, betapa best yer ramuan yang terkandung dalam MelloWhite ni. 

Cara nak minum pun mudah. Hanya perlukan campurkan 1 peket MelloWhite dengan 150ml air sejuk. Rasa pun sedap, manis masam buah. Adik Hakim pun suka sibuk time huda minum, nak rasa juga seteguk. 


Lepas huda minum hampir seminggu ini, huda rasakan kesihatan badan meningkat, dan lebih kebal. Maklum la kan, tengah musim hujan di Terengganu ni, memang sejuk sangat, kat luar tu hujan jer non-stop. Alhamdulillah , asbab MelloWhite ini, huda bukan sahaja menikmati kesan kecantikan luaran malah kesan kesihatan dalaman yang paling huda teruja. Ada rakan huda juga berkongsi pengalaman beliau kurang rambut gugur selepas mengamalkan MelloWhite. Best kan?



Jom huda kongsikan testimoni pengguna MelloWhite yang berpuas hati dengan keberkesanan produk ini. 



Pengalaman huda sendiri, yang memang tak suka make up, jadi dengan adanya produk yang mengembalikan keremajaan kulit, dan buatkan kulit glowing secara semulajadi sememangnya menjadi pilihan utama huda. Bila kulit sihat dan cerah, nak pakai tudung satin pink pun rasa yakin. Tak perlu make up, natural beauty sentiasa menjadi pilihan huda setiap kali pergi kemana-mana.



Mahal ke MelloWhite ni?

Berikut harga MelloWhite untuk panduan



Untuk dapatkan stok #MelloWhite boleh hubungi Smart Merchant, dalam program smart partner kami. 
Azian                :  Perak 019 4732120
Norin Faridah : Selangor 019 2195949
Norhana          :  Penang 012 4854942
Haslin               :  Selangor 017 6908322
Hezla                 : Johor/Selangor 016 2155875
Hj Ghazali         : Penang 019 4793684
Yahya/Pak Ya   :  Johor 019 7610010
Sha                    :  K/Lumpur 0193421127
Nani                   : K/Lumpur 012 3004117
Zahariah            : Putrajaya 0166704240
Atau boleh terus menghubungi Shi-Mellow Beauty Health
Tel : +603-90565690
HP : +6012-5261148
Website : www.shi-mellow.com
sekian perkongsian huda hari ini. Jangan lupa dapatkan MelloWhite hari ini juga! Jemput tonton video Review MelloWhite di youtube ceritahuda. 

Post a Comment

9 Comments

Leyla Nurjatiey said…
banyak kelebihan mellow white..
Wow.. rmai dah cuba nih..
Papa Amyzal said…
Berdasarkan artikel yang ditulis oleh Huda, memang terbukti MelloWhite bukan sahaja bagus untuk kulit malahan untuk kesihatan dalaman dan peningkatan sistem imunisasi badan. Memang teruja untuk menggunakannya dan memanjangkan kepada rakan-rakan lain akan kehebatan MelloWhite ini. Terima kasih Huda atas perkongsian ini
mas saari said…
Bahan² dia semua berkhasiat dan semulajadi, pasti kesannya pun bagus.
Qaseh Dalia said…
Terbaik Mellow White kdg kita tak sedar perubahan pd kulit muka kita lepas consume tp org lain plak perasan hehe
Shah Arshad said…
Terima kasih berkongsi
Yanty Lee said…
Wah...menarik ni..
Wahh.. Huda pun dah cuba mellow white ya.. Bagus mellow white ni.. bukan cantik luaran je.. dalaman pun cantik..