Arif First Hiking di Bukit Besar

Alhamdulillah. Wishlist bulan februari 2017 dah tercapai dengan izin Allah 1.2.2017.

Wish mama nak bawa arif hiking naik bukit besar dah tercapai.

Seawal pukul 7.15 pagi kami dah gerak dari rumah. Sampai di kaki bukit besar jam 7.45 pagi.

Lepas streching sikit2,jam 7.50 pagi kami start naik.


Banyak kali pit stop al maklum la bawa arifs ni harus la ada drama.

Adik hakim awal2 dah suruh papa dukung.
Mujur papa sado, hehe

Ni gambar trademark yg tunjukkan kami dah halfway mendaki bukit besar.

Arif masih bersemangat waja nk daki sampai puncak . Bila tanya arif penat tak?  Dia jawab TAK. Arif nak naik lagi!

Bagus anak mama, sama perangai cam mama. Hehe


Ni pula view cantik bila kami dah nak sampai ke puncak.  Boleh nampak Giant dan Mcdonald.  Favourite arif tempat ni. Seronok dapat tgk dari atas ni.

Alhamdulillah,  tepat jam 8.25 pagi kami sampai ke puncak bukit besar.
Seronok sangat dapat hirup udara segar dan sejuk kabus.



Tapi dapat sekejap jer dok atas. Arif ajak turun.
Laju jer nk turun. Halfway dah penat. Papa kne dukung belakang masa turun.





Alhamdulillah. Pukul 8.50 dah selamat sampai bawah.
Kira sejam la masa naik dan turun dari bukit besar, Kuala terengganu.
Arif seronok dan ajak naik bukit besar lagi.
Bagus la. Arif minat aktiviti outdoor yang menyihatkan tubuh badan.
OK, next time Kita tawan bukit dan gunung lebih tinggi yer sayang.
Sekian dulu coretan memori indah bersama anak-anak mama.
Terima kasih Allah.


Post a Comment

0 Comments