Tips didik anak dengan Positive Parenting



Parenthood adalah satu cabaran untuk huda dan suami dalam proses mendidik anak lelaki kami.
Kalau boleh memang mereka sentiasa berfikiran positif dan tenang setiap masa.

jadi kena mulakan dengan POSITIVE PARENTING dulu yer.

Tips asas dalam proses positive parenting adalah bagaimana kita handle situasi yang membuatkan kita rasa nak sebut "NO!!!!" 

Budak-budak kan, sifat ingin tahu nak try itu ini tebal sangat. Otak mereka masih belum fikir sebab dan akibat, mereka hanya tahu buat sahaja. Kita pula sebagai ibu bapa terpaksa melarang demi keselamatan mereka. 

Antara ayat yang kita boleh tukar:

1. Don't go there -> Stay close with Mama

Jangan pergi sana > Kemari dekat Mama.

2. Stop hitting -> keep your hands at your back

Jangan pukul > Sayang kawan (tunjuk contoh sekali).

3. Don't screaming -> talk nicely

Jangan menjerit > Cakap elok-elok.

4. Don't run -> walk slowly

Jangan lari > Tolong jalan perlahan-lahan.

5. Don't climb -> stay on the ground

Jangan panjat > Turun sekarang.

6. Stop jumping -> sit down

Berhenti melompat > Duduk diam-diam.


Nampak simple kan?
Walaupun pada awalnya kita rasa susah, sebab kita sendiri sudah terbiasa dibesarkan dengan larangan jangan buat itu jangan buat ini.

InshaAllah, kita sama-sama berusaha menjadi ibu bapa terbaik untuk anak-anak kita dengan mengamalkan positive parenting ini. 

Sekian perkongsian hari ini. Nanti huda kongsikan ilmu parenting lagi yer. selamat beramal =)

Post a Comment

0 Comments