Review - Nasi Lemak Depan Kubur Teluk Kemang

Assalamualaikum semua yang sudi singgah ke blog huda ini.

Sempena cuti raya cina esok ni, sure ramai yang nak pergi bercuti kan?
Kalau pergi bercuti, wajib la pergi cari tempat makan yang sedap dan berbaloi kan?

Hari ini huda nak kongsi tempat makan best yang huda pergi masa bercuti di Port Dickson bulan lepas.

Kedai makan yang sesuai untuk breakfast yang berada di Teluk Kemang Port Dickson.
Nama kedainya NASI LEMAK 

Lokasi betul-betul depan Tanah Perkuburan Teluk Kemang , Port Dickson




Kenapa huda rekemen sangat pergi kedai makan ini?





Sebabnya mestilah banyak pilihan menu sarapan pagi, dan nasi lemak yang super sedap! 

Rasa wajib repeat datang sini lagi semata-mata nak makan nasi lemak sedap!!

Lagi satu, huda sempat berborak dengan owner Nasi Lemak ini, resepi sambal kawah turun temurun berpuluh tahun , patut la sedap sangat. Bermula dari meniaga bawah payung tepi jalan hingga ada kedai makan yang besar. 

So memang terbukti kan sedap? Kalo tak sedap takkan la tahan lama berpuluh tahun kan?

Ini owner yer, Puan Salmi Qarmila. Manis dan baik sangat orang yer. Selfie dengan encik boss dan boss kecik. hehe


Nak tahu lebih details boleh ke blog dan like Fb Page Nasi Lemak Depan Kubur..
Jom kita support bisnes orang lain, dan inshaAllah bisnes kita pun akan maju jaya =)

BLOG : http://nasilemakdepankubur.blogspot.my/

FB Page : https://www.facebook.com/NasiLemakDepanKubur/


Sekian review dari huda, si kaki jalan dan kuat makan, hehe =)

Jumpa lagi di post akan datang. 

Post a Comment

0 Comments