Pengalaman Bawa Anak Check Up di Rampai Puteri Medical Centre - Kisah & Cerita Huda

Post Top Ad

Pengalaman Bawa Anak Check Up di Rampai Puteri Medical Centre

Pengalaman Bawa Anak Check Up di Rampai Puteri Medical Centre

Share This


Tahun ni, anak huda yang kedua (anak bongsu)  mencecah umur 4 tahun. Tahun depan adik akan masuk ke tadika. Namun huda risau, tumbesaran adik hakim tak sama macam anak huda yang pertama, abang Arif Haikal. Huda mula risau dan fikir jika adik ada masalah kesihatan. Jadi huda luangkan masa minggu lepas untuk bertemu dan menerima konsultasi dari Dr. Fadzlina, Perunding Pediatrik Rampai Puteri Medical Centre ( atas cadangan dan rekemen dari rakan-rakan yang sudah berkunjung ke sini). 


Alhamdulillah, huda di sambut dengan mesra oleh staff nurse dan Dr. Rasa selesa untuk menjawab segala soalan tentang latar belakang, medical rekod tentang adik. Buku rekod kesihatan adik yang warna biru tu huda bawa sekali memudahkan doktor track perkembangan kesihatan adik. 


Huda dapat fokus mendengar segala nasihat doktor sepanjang konsultasi di sini, kerana ada ruangan anak-anak bermain. Jadi anak-anak tidak menganggu proses konsultasi huda bersama doktor ( Faham-faham jer la anak-anak ni, mana boleh duduk diam, dengan adanya macam-macam toys memang fokus betul diorang main) 

Selepas konsultasi secara lisan tentang tahap kesihatan adik, Dr Fadzlina juga menjalankan fizikal cek up untuk pemeriksaan terperinci.  

 Pemeriksaan pulse rate. 

 Pemeriksaan mata 

 Pemeriksaan kesihatan mulut.

Aduhai, belum habis semua procedure physical examintion Si Adik dah bangun dari katil dan nak sambung main. Jadinya terpaksa doktor cek abdomen adik dalam keadaan berdiri. 


Hati huda berdebar-debar nak tahu hasil physical examination adik.....

Alhamdulillah, tahap kesihatan adik semuanya OKAY!! Syukur Ya Allah.

Cuma, kulit adik sedikit kering, dan huda kena tukar mandian yang lebih bagus untuk kulit adik yang masih lembut dan nipis. 

Demi meleraikan kerisauan masalah adik yang agak comel ( hehe..pendek dari si abang mengikut tumbersaran berdasarkan umur mereka), Dr Fadzlina mencadangkan huda lebih menjaga pemakanan dan mengikut saranan yang ditetapkan oleh pakar kesihatan.

Sebelum balik, doktor bagi huda satu tin sample susu Pediasure sebagai alternatif pelengkap nutrisi adik hakim. Huda juga dapat buku "My Growth Diary" dan juga Growth Chart untuk kegunaan dirumah nanti.



Huda juga ada tanya tentang ubat cacing. Doktor pun bekalkan 2 botol kecil ubat cacing, satu untuk Abang Arif Haikal, satu untuk Adik Hakim. Sebenarnya, ubat cacing ni tidaklah "wajib" tapi pilihan untuk elakkan jangkitan cacing yang mungkin menganggu sistem penghadaman. Doktor juga menerangkan jika tiada simptom seperti berikut , huda tidak perlu risau  : -

- Cirit birit berlarutan
- Najis yang berminyak
- Terdapat cacing timbul pada najis anak.



Jadi parent ni, kena peka dengan apa yang masuk ke dalam mulut anak-anak dan juga apa yang keluar dari badan anak-anak. ( Parenting journey is not easy right?) . Sama-sama la kita berusaha menjadi parent yang terbaik dalam memastikan kesihatan anak-anak sentiasa terpelihara.

Huda sangat rekemen korang yang ada anak tu, yang tengah pregnant tu datang buat cek up di  Rampai Puteri Medical Centre. Servis di sini memang tip-top, korang konfem puas hati tau.

Sebelum datang pastikan korang buat appointment yer.

Maklumat lanjut tentang  Rampai Puteri Medical Centre

No 9 & 11, Jalan Seri Rejang, Rampai Business Park South,
53300 Setapak, Kuala Lumpur Malaysia.

Clinic: +603-4131 2039
Office: +603-4144 4831
E-mail: admin@rampaiputeri.com
Website : https://rampaiputeri.com/

Follow social media
Facebook : https://www.facebook.com/rampaiputerimedicalcentre/
Instagram : https://www.instagram.com/rampaiputeri/

25 comments:

  1. Ramai betul yang rekemen Rampai Puteri ni, nak try jugaklah bawak anak² check up kat sini.

    ReplyDelete
  2. Child check up is very essential for parents and kids and you brought those check up snaps in detail too. Good | from Quora Gaffer

    ReplyDelete
  3. It really is not easy being a parent. Having access to such medical services is essential. Glad you found a medical centre that you are comfortable with.

    ReplyDelete
  4. This medical center looks really great for kids. and have a friendly doctor.

    ReplyDelete
  5. Having a reliable family doctor is a must especially when you have kids. It will help to ease worriness.

    ReplyDelete
  6. Bagusnya service dia tengok banyak mainan dan warna sesuai untuk bebudak.airah tak ada anak lagi tapi entry ni membantu sangat kalau nak refer bila dah ada anak nanti hihi

    ReplyDelete
  7. Good to have a small area for children to play. Don't think they afraid to see doctor after this.

    ReplyDelete
  8. Ada ruangan kanak2 utk bermain tu bgs supaya anak2 tak meragam ataupn menggangu sementara tgu ibunya tgh konsultasi..tq share pengalaman di sini

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah anak Huda sihat. Seronok tengok suasana hospital ni. Walaupun Ty xde rezeki de anak lagi sbb tak kawen lagi, Ty boleh la share dengan sedara mara dan kengkawan pasal Rampai. Thank you sharing sis.

    ReplyDelete
  10. Aww. Kalau dah dapat doktor baik dengan mainan kat belakang tu, saya pun kalau sakit nak jumpa doktor ni. Hehe

    ReplyDelete
  11. Bagus jika kita dapat memberi perkhidmatan kesihatan terbaik untuk anak-anak kita. InsyaAllah, kita semua berusaha untuk mendapatkan yang terbaik untuk mereka.

    ReplyDelete
  12. Moga adik diberikan kesihatan tubuh badan yang baik sahaja. Cuma kena lebihkan adik la kan untuk support pembelajaran dia semua.

    ReplyDelete
  13. First time dengar nama klinik ni..x pernah tau pun even SA mmg duk KL kan..semoga anak huda diberi kesihatan yang baik..bila bab kesihatan anak2 ibu bapa kena lebih peka kan..

    ReplyDelete
  14. bestnya dapat full medical checkup dgn doc secara terperinci kat Rampai Puteri Medical Centre.. jarang klinik yg ada tmpt sebegini kan... dan katanya tempat ni bagus servisnya....betul ke? agak2 berapa sekli check up ye?

    ReplyDelete
  15. Sekarang dah bagus ada klinik mesra kanak-kanak dan doktor pun dah pandai tak macam dulu hehehe kanak-kanak takut nak ker klinik tambah-tambah nak dapatkan suntikan...

    ReplyDelete
  16. Oh I have not heard of Rampai Puteri before. It looks like they specialise in children. Definitely a great place for parents to try out.

    ReplyDelete
  17. Barutahu ada klinik Rampai Puteri ni, menarik suasana dekat dalam klinik anak-anak pasti tak nages pergi klinik macam ni dan pasti diaorang nak datang lagi.. Bonde pon suka tengok tenang sahaja. Bila nak buat cawangan dekat Cyberjaya dan Sepang he he he

    ReplyDelete
  18. First time dengar klinik Rampai Putri ni.
    Sebabgi ibu memang kita nak cari klinik atau doc yang terbaik untuk anak kita kan..macam sis jugak, masa anak2 kecik dulu, memang sis ada beberapa nama doc yang serasi dan hanya dengan mereka aje sis pergi

    ReplyDelete
  19. Servis kat Rampai Puteri ni sangat bagus. Sangat friendly kepada kanak-kanak. Marsha pun akan hantar klinik terbaik demi anak anak. Susah hati kalau anak anak sakit. Doktor kat sini pun nampak sangat peramah.

    ReplyDelete
  20. bestla rampai puteri ni..mesra kanak-kanak sgt.. mmg anak-anak boleh taknak balik rumah klau tgk toys banyak2 tu.. kena cuba cr tempat yg serasi dgn anak-anak...

    ReplyDelete
  21. Wah mesra kanak-kanak lah Rampai Puteri ni. Memahami sikap kanak-kanak yang suka bermain dan mood yang berubah. Kanak-kanak pun tak rasa takut nak jumpa doktor kan. Boleh main kan sebelah lagi bila parent jumpa dengan doktor.

    ReplyDelete
  22. Padanlah budak2 suka. Sangt selesa dan berwarna warni. Budak2 kan biasanya takut nk jumpa doktor. Kalau dh gini environment tu, mmg dorg suka lah nak jumpa doktor. Servis pon tip top. Patutlah ramai memilih nak dptkan rawatan di sini

    ReplyDelete
  23. wowo details juga dia check up kan..jadi kita mmg ras ahappy bila anak dapat treatment macam tu..nampak kondusif dan selesa juga

    ReplyDelete
  24. Is baby friendly clinic. I wish most of the clinic is baby friendly as most the kid scare to see doctor. By attract the attention, the kid feel safer when see doctors.

    ReplyDelete
  25. Jadi parents bukan senang, sometimes anak sakit but they don't know how to say it. So it better to get doctor to do the proper checking then just guessing.

    ReplyDelete

Post Bottom Ad

Pages