Buffet Ramadan 'Nostalgia Ramadan 2018' di PNB Perdana On The Park. - Kisah & Cerita Huda

Post Top Ad

Buffet Ramadan 'Nostalgia Ramadan 2018' di PNB Perdana On The Park.

Buffet Ramadan 'Nostalgia Ramadan 2018' di PNB Perdana On The Park.

Share This


Alhamdulillah, Huda bersama rakan-rakan blogger Kelab Blogger Ben Ashaari berpeluang menikmati hidangan di The 39 Restoren yang terletak di aras 39 , Hotel PNB Perdana On The Park sempena Preview Buffet Ramadan di sini pada 26 April yang lalu.


Tema buffet Ramadan di PNB Perdana On The Park.

Tahun ini PNB Park memperkenalkan tema Nostalgia Ramadan, di mana para pengunjung dapat mengabadikan saat indah berbuka puasa bersama tersayang dengan seleksi juadah aneka pilihan berkonsepkan makanan tradisional Melayu dan antarabangsa.

Terdapat 2 restoren di PNB Perdana ini iaitu The 39 Restoren dan Restoren 10 Binjai.  Di The 39 Restoren menampilkan kompilasi menu masakan bertemakan kontemporari, manakala di Restoren 10 Binjai dengan dekorasi klasik. Buffet Ramadan di PNB Park bermula 17 Mei hingga 15 Jun 2018.

Harga buffet Ramadan di PNB Perdana On The Park.

Harga Bufet Ramadan di The 39 Restaurant

Normal rate : RM123.00 bagi dewasa ; RM 61.50 (Kanak-kanak 4 - 12 Tahun)

Early Bird : Dapatkan baucer Ramadan sebelum 17 Mei 2018 yang berharga RM100.00 (Dewasa)

Harga Bufet Ramadan di Restoren 10 Binjai

Normal rate : RM 98.00 ( Dewasa) ; RM 49.00  (Kanak-kanak 4 - 12 Tahun)

Early bird : Dapatkan baucer Ramadan sebelum 17 Mei 2018 yang berharga RM80.00 (Dewasa)

Menu Utama buffet Ramadan di PNB Perdana On The Park.


Menu utama di sini yang wajib korang semua cuba adalah Nasi Minyak Badam, Ayam Masak Merah, Daging Salai Percik, Ikan Pari Asam Pedas, Sotong Lemak Cili Padi.



Tak dilupakan, kegemaran ramai Kambing bakar dengan sos istimewa, Ayam Golek Madu Lembah Pantai serta pelbagai pilihan seafood grill yang sangat-sangat sedap! Konfem tak cukup makan sepinggan.



Selain menu utama yang sedap hingga menjilat jari, di PNB Perdana On The Park korang boleh pilih minum air pelbagai jenis yang sedap-sedap belaka. Huda try semua jenis minuman di sini, semua sedap, tak manis sangat memang kena dengan tekak. Seronok buka puasa dapat minum air pilihan hati.
Kredit photo : www.ninamirza.com

Pencuci mulut di sini pun macam-macam pilihan. Rambang mata dibuatnya nak pilih.


Keunikan Berbuka Puasa di PNB Perdana On The Park.

 Huda suka tengok permandangan dari aras 39 PNB Perdana On The Park ni. Memang cantik tengok permandangan bandaraya Kuala Lumpur. Damai jer lepak di luar restoren, sambil jalan-jalan tengok chef masak grilled seafood, bakar satay dan ada juga stall keo teow goreng di sini. Memang unik!



Antara rakan-rakan Kelab Blogger Ben Ashaari yang sama-sama meriahkan majlis preview Buffet Ramadan di PNB Perdana On The Park . ( dari kiri, Huda, Kak Tati Mansur dan Kak Nina) 

Kemudahan di PNB Perdana On The Park


PNB Perdana On The Park merupakan salah satu hotel yang menerima pensijilan syariah sepenuhnya dari JAKIM. Maka di sini "muslim-friendly". Tak la berbuka puasa tak ingat dunia dengan makan ikut nafsu jer. Kemudahan solat maghrib dan terawih juga di sediakan di tingkat 5. Sangat memudahkan orang yang berbuka puasa di sini dan terus menunaikan kewajipan dan solat sunat terawih bersama keluarga tersayang.

Untuk tempahan

The 39 Restaurant : 03-7490 3939

Restoren 10 Binjai : 03-7490 3838

Maklumat lanjut, layari www.pnbperdanaonthepark.com

2 comments:

Post Bottom Ad

Pages