Tahun ni, anak huda yang kedua (anak bongsu) mencecah umur 4 tahun. Tahun depan adik akan masuk ke tadika. Namun huda risau, tumbesaran adik hakim tak sama macam anak huda yang pertama, abang Arif Haikal. Huda mula risau dan fikir jika adik ada masalah kesihatan. Jadi huda luangkan masa minggu lepas untuk bertemu dan menerima konsultasi dari Dr. Fadzlina, Perunding Pediatrik Rampai Puteri Medical Centre ( atas cadangan dan rekemen dari rakan-rakan yang sudah berkunjung ke sini).
Alhamdulillah, huda di sambut dengan mesra oleh staff nurse dan Dr. Rasa selesa untuk menjawab segala soalan tentang latar belakang, medical rekod tentang adik. Buku rekod kesihatan adik yang warna biru tu huda bawa sekali memudahkan doktor track perkembangan kesihatan adik.
Huda dapat fokus mendengar segala nasihat doktor sepanjang konsultasi di sini, kerana ada ruangan anak-anak bermain. Jadi anak-anak tidak menganggu proses konsultasi huda bersama doktor ( Faham-faham jer la anak-anak ni, mana boleh duduk diam, dengan adanya macam-macam toys memang fokus betul diorang main)
Selepas konsultasi secara lisan tentang tahap kesihatan adik, Dr Fadzlina juga menjalankan fizikal cek up untuk pemeriksaan terperinci.
Pemeriksaan pulse rate.
Pemeriksaan mata
Pemeriksaan kesihatan mulut.
Aduhai, belum habis semua procedure physical examintion Si Adik dah bangun dari katil dan nak sambung main. Jadinya terpaksa doktor cek abdomen adik dalam keadaan berdiri.
Hati huda berdebar-debar nak tahu hasil physical examination adik.....
Alhamdulillah, tahap kesihatan adik semuanya OKAY!! Syukur Ya Allah.
Cuma, kulit adik sedikit kering, dan huda kena tukar mandian yang lebih bagus untuk kulit adik yang masih lembut dan nipis.
Demi meleraikan kerisauan masalah adik yang agak comel ( hehe..pendek dari si abang mengikut tumbersaran berdasarkan umur mereka), Dr Fadzlina mencadangkan huda lebih menjaga pemakanan dan mengikut saranan yang ditetapkan oleh pakar kesihatan.
Sebelum balik, doktor bagi huda satu tin sample susu Pediasure sebagai alternatif pelengkap nutrisi adik hakim. Huda juga dapat buku "My Growth Diary" dan juga Growth Chart untuk kegunaan dirumah nanti.

Huda juga ada tanya tentang ubat cacing. Doktor pun bekalkan 2 botol kecil ubat cacing, satu untuk Abang Arif Haikal, satu untuk Adik Hakim. Sebenarnya, ubat cacing ni tidaklah "wajib" tapi pilihan untuk elakkan jangkitan cacing yang mungkin menganggu sistem penghadaman. Doktor juga menerangkan jika tiada simptom seperti berikut , huda tidak perlu risau : -
- Cirit birit berlarutan
- Najis yang berminyak
- Terdapat cacing timbul pada najis anak.
Jadi parent ni, kena peka dengan apa yang masuk ke dalam mulut anak-anak dan juga apa yang keluar dari badan anak-anak. (
Parenting journey is not easy right?) . Sama-sama la kita berusaha menjadi parent yang terbaik dalam memastikan kesihatan anak-anak sentiasa terpelihara.
Huda sangat rekemen korang yang ada anak tu, yang tengah pregnant tu datang buat cek up di Rampai Puteri Medical Centre. Servis di sini memang tip-top, korang konfem puas hati tau.
Sebelum datang pastikan korang buat appointment yer.
Maklumat lanjut tentang Rampai Puteri Medical Centre
No 9 & 11, Jalan Seri Rejang, Rampai Business Park South,
53300 Setapak, Kuala Lumpur Malaysia.
Clinic: +603-4131 2039
Office: +603-4144 4831
E-mail:
admin@rampaiputeri.com
Website : https://rampaiputeri.com/
Follow social media
Facebook :
https://www.facebook.com/rampaiputerimedicalcentre/
Instagram :
https://www.instagram.com/rampaiputeri/
Post a Comment