Adakah doa yang tidak termakbul bermaksud kita tiada REZEKI?? - Kisah & Cerita Huda

Post Top Ad

Adakah doa yang tidak termakbul bermaksud kita tiada REZEKI??

Adakah doa yang tidak termakbul bermaksud kita tiada REZEKI??

Share This
Assalamualaikum.... Salam 15 Ramadan. Sebenarnya huda sejak dua tiga hari lepas agak moody dan sedih. Kecewa barangkali , ada wishlist ( doa ) yang tidak kesampaian. Isi nama untuk job blogger,takde satu pun melekat. Job berbayar pun takde satu pun singgah ke peti emel. Sedih, dan cemburu gak tengok kawan-kawan murah rezeki sepanjang Ramadan. Huda? Hmm, krik..krik jer...

Saat huda persoalkan rezeki yang huda tunggu tak kunjung tiba...Allah hadiahkan satu ujian. Handphone huda ROSAK!! sedih yer.... Dah la poket kering, handphone pulak rosak, korang rase??

Adakah tiada rezeki huda , sehingga tiada job masuk , tak jana pendapatan melalui blogging bulan Ramadan ni....

Alhamdulillah, Allah bagi huda pentunjuk. Semalam huda skroll di facebook, terjumpa satu post yang sungguh menyentuh hati huda.... Jom baca post tersebut:-


APA MAKNA "REZEKI"

Rezeki itu bukanlah bermakna kamu dapat apa kamu nak. Tapi bila kamu terima apa yang Tuhan beri.

Kita belajar tentang sirah mengenai Siti Mariam(as) tidak berkahwin tapi dapat anak. Itu adalah rezeki beliau.


Kita lihat pula sirah Sayyidatina Aishah(ra) . Beliau berkahwin namun tak dapat anak. Itu pula rezeki beliau.

Allah hantar Nabi Musa(as) ke rumah Firaun sebagai anak angkat untuk membawanya ke syurga. Tapi tetap juga Firaun menjadi manusia paling celaka yang memilih neraka.

Allah menghantar Nabi Nuh(as) untuk menyelamatkan kaumnya tapi anak isterinya sendiri derhaka dan enggan terima.

Pelajarilah sesuatu dari kisah-kisah seperti itu. Sungguh. Rezeki masing-masing tak sama. Semua ada jalan ceritanya yang tersendiri! Semuanya untuk menceritakan kehebatan Allah dalam mengatur segala-galanya dengan indah.

Orang yang ada suami, ada isteri, ada anak, ini bermakna ada tanggungjawab yang dipikul juga. Mudah dapat pahala. Tapi mudah juga dapat dosa.

Yang tak bertemu jodoh, yang tak dikurniakan zuriat pun satu rezeki juga. Rezeki terlepas tanggungjawab dan risiko nak menjawab depan Allah nanti.

Jadi, sebelum kita terus mengeluh tentang itu ini, perlu difahami dulu konsep rezeki. Ada, tak semestinya untung. Tak ada, tak semestinya rugi.

Kalau dapat apa kamu nak, tak semestinya kamu boleh terus bergembira. Kalau tak dapat apa kamu nak, tak semestinya kau tak boleh bahagia.

Takdir Allah ini misteri sifatnya. Rahsia Allah dalam perbuatan-Nya. Entah-entah airmata redha yang kau titiskan dalam mengharung kecewa itulah yang menghanyutkan kau ke syurga.

Jadi...

"Rezeki tu bukan bermakna kamu dapat apa kamu nak. Tapi bila kamu terima apa yang Tuhan beri."

Ya! Yang penting, kamu percaya.. kalau sudah itu takdirmu, itulah yang sebaik-baiknya.

Kamu hanya akan bahagia kalau kamu terima.

Percaya dan terima.

Wallahu'alam

SILA SHARE DAN SEBARKAN

-Ustaz Iqbal Zain-
Sumber: Kisah Zakat Malaysia


Huda mengalir airmata keinsafan. Ya Allah, maafkan diri yang hina sibuk kejar dunia. Sebenarnya, bila huda selak helai demi helai kisah hidup huda, terlalu banyak doa yang Allah sudah makbulkan, dan ada doa yang Allah tidak makbulkan. Kedua-duanya REZEKI.

Semoga huda terus istiqamah bersyukur atas REZEKI yang Allah berikan. Ingat selalu, 
" Ada, tak semestinya untung. Tak ada, tak semestinya rugi." Semua yang berlaku penuh hikmah darinya...

Kredit Post Asal seperti di bawah : -

3 comments:

  1. waalaikumsalam, benar kak ana sentiasa percaya rezeki itu tetap dari Allah swt, sentiasa bersangka baik.. In Shaa Allah

    ReplyDelete
  2. Rezeki datang tak pernah lambat atau cepat.. In Syaa Allah rezeki kak huda melimpah ruah lepas ni..

    ReplyDelete
  3. Jadikan akhirat sebagai matlamat utama kita nanti Allah tundukkan dunia untuk kita.

    ReplyDelete

Post Bottom Ad

Pages