Pengalaman pertama beli tiket bas online. - Kisah & Cerita Huda

Post Top Ad

Pengalaman pertama beli tiket bas online.

Pengalaman pertama beli tiket bas online.

Share This
Assalamualaikum. 
Tahun 2018 ni huda nak teruskan misi travel and adventure bersama The Arifs. Nak bagi anak-anak pengalaman dan memori indah untuk mereka. 

Bulan April ni, huda dan suami bersetuju nak bawa anak-anak pertama kali naik bas travel dari Kuala Terengganu ke Johor Bahru. Kiranya ni "The Arifs First Bus Ride" . Last year holiday JB naik flight , tahun ni kena try naik bas pulak.

Buat apa huda dan family ke Johor Bahru? Nantikan artikel akan datang yer. 

Ok, berbalik kepada tajuk artikel huda awal-awal tadi, huda nak cerita berbaloi beli tiket online dengan Redbus ni sebab : - 

1) Pembelian tiket atas talian yang sangat mudah dan user-friendly 


2) Dapat 20% cash back untuk pembelian tiket yang pertama*










3) Dapat diskaun 10% untuk pembelian tiket berikutnya. 




4) Jimat dengan beli harga tiket lebih murah berbanding di kaunter (selepas di tolak dengan 10% diskaun serta tolak dengan cash back yang diterima*





5) Jimat masa dan tenaga, tanpa perlu ke stesen bas untuk membeli tiket bas. 

Okay, huda kongsikan 1 tips penting untuk nikmati penjimatan pembelian tiket. 

Mula-mula,beli tiket pergi dahulu dan redeem 20% cash back. 

Tunggu 1 jam, dan cek e wallet, jika cash back anda sudah diterima,boleh tempah tiket untuk balik.

Gunakan kod diskaun 10% yang di hantar melalui SMS ( SMS di hantar selepas pengesahan pembelian tiket yang pertama) 

Hasilnya...

Tiket Kuala Terengganu ke Johor Bahru untuk huda dan family 

Tiket pergi : RM146.40 (tiada diskaun tapi dapat 20% cash back ) 

Tiket balik : RM119 ( selepas tolak diskaun dan tolak duit cash back dalam redbus e-wallet) 

Huda suka jimat dalam berbelanja tak kira apa juga aspek. Duit lebih hasil penjimatan tu boleh beli benda lain kan. 

Selepas huda settle pembelian tiket online, keesokan harinya huda nak double check dengan syarikat bas. Yer la, first time beli tiket bas online ni, dah la bawa the Arifs, so huda kena pastikan semua berjalan lancar. Pergi ke kaunter tiket, tunjuk bukti pembelian online, dan staff yang bertugas beri pilihan nak print tiket sendiri atau nak diorang printkan. (Kos print tiket di kaunter kena tambah RM1.00 per tiket) 






Huda masih lagi nervous adakah The Arifs behave sepanjang first bus ride diorang nanti. Dalam masa yang sama excited juga nak bawa The Arifs jalan-jalan tempat lain selain tempat dah pergi tahun lepas 

Hopefully The Arifs ok, nanti boleh huda planning ke destinasi lain pula..inshaAllah 
Owh nya, kalau korang nak tempah tiket bas dengan Redbus masukkan code ni >> redb4c3fq << , nanti korang boleh dapatkan RM20. Boleh Redeem di http://r.redbus.com/redb4c3fq-1jt/3 

P/s : next wishlist nak bawa The Arifs naik train ETS teroka tempat best di Utara pula!


2 comments:

  1. menarik..boleh relaks kan naik bas.Syoknya.. sedar sedar dah smpai destinasi.Lama dah ina X naik bas.. last masa thun 2016

    ReplyDelete

Post Bottom Ad

Pages