Review Phoenix Hotel Forest City

Assalamualaikum. 
Hari ini huda nak kongsikan pengalaman manis dan ada juga kurang manis yer sepanjang huda bercuti di Phoenix Hotel Forest City.



Huda sampai airport Senai dalam pukul 5 kot, sebab flight delay dari Kuala Terengganu. touch down jer, terus on internet dan survey harga GRAB dan UBER mana paling murah. 
Ok, GRAB offer lagi murah RM46 dari Senai Airport ke Phoenix Hotel Forest City. 
(Sebelum ni cek RM30-40 jer. makin mahal plak bila sampai sini , redha jer la)
Few minutes tunggu, driver GRAB dah sampai. 

bermula perjalanan dan Alhamdulillah jalan tak jem, pukul 5.30 dah nampak signboard Forest City. 
Tak sabar rasa nak landing sebab rasa badan penat layan karenah the Arifs dari airport Kuala Terengganu ke Airport Senai. 

Namun.... peta dalam sistem Grab tak update jalan terbaru ke Phoenix Hotel Forest City. 
Lalu jalan lama, jalan kampung, dan jalan jauh.. huhu, dekat sejam sesat pusing2 U-turn cari jalan. Tanya orang, semua pekerja bangla yang kurang fasih bahasa melayu. Tanya tak faham dan tak tahu nak reply. Driver Grab pun dah stress sebab fikir minyak kete dia dah nak habis. Jalan highway baru, mana ada stesen minyak... 


Sampai Phoenix Hotel Forest City, dalam pukul 6 lebih. Redha jer la, habis plan nk jalan-jalan petang tepi pantai depan Phoenix Hotel Forest City. 

rate asal Grab RM46 menjadi RM60.. huhu (jikalau tahu memang dah booking direct Phoenix Hotel Forest City pick up kat airport jer. Rate airport pick up dari Phoenix Hotel Forest City staff inform few days sebelum tu RM50++ , konon nk save budget sikit kat transport, decline offer airport transfer)

Pape pun, Alhamdulillah dah sampai. Fikir positif jer la, ada hikmah la tu sesat.
Terus check in bilik. Huda dah call sebelum nak datang sini, request room decoration untuk suprise kan encik suami, dan nak tingkat paling atas, dan view paling cantik.  Travel blogger request kan, semua ditunaikan tanpa banyak tanya. I like =)

Hotel Reception


Bilik kami.


View depan pintu bilik sebelum buka pintu bilik. depan pintu pun dah cantik kan, masuk dalam konfem lagi cantik.
Jom tengok overview kami. berbaloi jalan jauh untuk stay kat sini.


Alang-alang ada welcoming fruit platter terhidang, makan dulu di balkoni.






Over view bilik - amik gambar dari balkoni. Luas dan bersih. Hotel baru kan.. memang syok la semua baru dan wangi.



 Ada kettle, ada 2 mineral water, ada tempat letak ais, ada sepasang mug bertutup, ada sepasang gelas, sepasang set cawan dan piring. Ada 3 pilihan untuk buat minuman panas, ada 3-in-1 Coffee, Tea Lipton atau Green Tea with Jasmine. huda tak sempat buat air panas pun.



Sofa at the room corner.


Small refrigerator. Bila buka baru menyala lampu biru tu. Boleh tahan sejuk jugak.


Almari pun sama, buka pintu baru menyala lampu. Dalam almari ada bathrobe dan bedroom slippers.


Dah habis snap gambar-gambar dalam bilik, jom cari makanan.

Kami siap-siap turun cari dinner sebelum Maghrib. Keluar dari hotel lobby jalan, menuju ke Harbour Commercial Street. ada banyak shop lot, macam shopping mall. Tapi banyak gak yang tutup.




Antara pilihan makanan yang ada di Harbour Commercial Street ini ada Papa Rich dan Marrybrown.
Kami pilih Marrybrown.


Lepas kenyang, lepak sekejap di lobby hotel layan performance lagu-lagu romantik.




Anak-anak seronok main belon dapat free kat Marrybrown tadi. Suka la diorg luas nak main di lobby hotel ni.


Dalam pukul 8 lebih baru naik bilik. Anak-anak apa lagi berendam sampai kecut dalam bath tub.



Huda enjoy night view yang sangat cantik, menghadap Singapura.



Lepas siap semua dah ready beradu sambil layan Disney Junior... Tapi rasa bosan tukar channel  Fox Movie layan movie War of the World. tengok sekejap jer, sebab suruh anak2 tdo cepat, esok nak main Slide the City pula.

********************

Sudah cerita malam, huda kongsi ceritera pagi pula.

Alhamdulillah, bangun-bangun pagi, selepas solat subuh, terus buka pintu balkoni. Tunggu sunrise.
SubhanaAllah, cantik teramat sangat. Rindu yer nak tengok view macam ni lagi..






Jam pukul 7.30 am, perut dah rasa lapar. terus kejut The Arifs turun breakfast.

Seronok makan breakfast like a king. macam-macam ada. Huda pilih makanan western jer. Suami pula makan nasi lemak. Anak-anak makan cereal, waffle, roti prata dan buah-buahan. Layan gambar-gambar di restoran ketika breakfast.























Ruang makan yang luas 




Keluar restoran akan nampak kedai myNEWS.com yang beroperasi 24jam di sini. Huda tak sempat nak masukkan pun. ( Sebenarnya memang malas nak masuk dengan The Arifs ni, kalo tak macam-macam food diorg minta) 


Perut kenyang, lepak kat lobby yang cantik ni sebelum naik bilik salin baju swimming.



Selain itu, ada kemudahan mesin ATM/CDM Cimb di kawasan lobby. jadi tak perlu risau jika duit cash tak cukup. 



Next....

lompat kolam berjemaah.




Tapi takde pool untuk kids, ada pool dewasa jer di kawasan hotel ni. jadi yer swimming la dengan melekap dengan papa.

Siap swimming kami enjoy SLIDE The City. >>> KLIK untuk baca review huda tentang Slide the City, Forest City <<

Ok sekian Review Phoenix Hotel Forest City.

Sekarang construction almost everywhere di Forest City yang pesat membangun, so part yang kurang best, udara di sini agak kurang segar. Yang lain, semua terbaik!

Huda rasa, kalau nak repeat semula datang ke sini, huda tunggu few years lagi, sebab nak tengok bangunan-bangunan canggih lain siap di sini.

InshaAllah, next huda akan buat review tentang Sales Gallery Forest City yang memang awesome!

Terima kasih sudi singgah dan baca pengalaman huda bercuti di  Phoenix Hotel Forest City



some_text

Post a Comment

0 Comments