Pengalaman naik kapal terbang bersama The Arifs

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Huda bersyukur sangat2. Plan huda nak bawa The Arifs naik kapal terbang untuk Kali kedua dipermudahkan Allah.



Kali pertama tahun lepas, Abang Arif Haikal umur 4 tahun dan Adik Arif Hakim umur 2 tahun.






Sementara menunggu kapal terbang sampai. Sebab flight delay, ada la 45 minit tunggu. Nasib huda memang dah standby buku-buku untuk The Arifs supaya diorang tak bosan menunggu.







Untuk kali kedua ni, nampak The Arifs dah boleh biasakan diri. Duduk baik diam di kerusi masing2, pakai seat belt dan enjoy the flight. Masa take off dan touch down pun The Arifs sangat baik dan okay.


Adik Arif Hakim, awal-awal naik memang excited, bila kapal terbang dah kat atas, dia terus tidur lena. Masa pergi dan masa balik pun adik tertidur juga. Bagus la, dari dia buas tak reti diamkan..





Abg Arif Haikal, sangat baik, dengar cakap papa. Enjoy tengok langit, tengok awan yang cantik. Alhamdulillah, rezeki balik dapat duduk tepi tingkap,betul di tepi sayap kapal terbang. memang cantik amik gambar. SubhanaAllah.



Alhamdulillah. One hour flight dah lepas, InshaAllah next flight huda boleh tempah ke destinasi jauh sikit... InshaAllah.


Rezeki The Arifs kecil-kecil lagi dapat rasa naik kapal terbang, huda merasa naik kapal terbang masa umur 25 tahun.


Kenangan di Airport Senai, Johor. Sebelum naik flight kita bergambar dulu di terik bawah matahari. 


Naik kapal terbang bersama The Arifs adalah annual planning, jadi setiap tahun InshaAllah huda nak bawa The Arifs naik flight ke destinasi berbeza-beza. Jauh perjalanan, luas permandangan.

Semoga sentiasa murah rezeki The Arifs. InshaAllah. Wishlist huda next flight nak ke Sabah, atau ke Tawau. Stay di pulau impian , Pulau Mabul . 6 Tahun lepas tiket flight ke Tawau burn camtu jer, dan booking resort pun cancel, sebab Allah hadiahkan baby Arif Haikal seawal 2 bulan lepas nikah dan morning sickness yang Allah jer la tahu betapa mencabarnya... Rancangan Allah lebih baik kan?

InshaAllah semoga ada rezeki Allah makbulkan impian huda ke pulau Mabul, kali ni bukan berdua, tapi berempat. =)

“Dreams don't work unless you take action. 
The surest way to make your dreams come true is to live them.”


some_text

No comments:

Powered by Blogger.