Seminar Berani Labur Membuka Minda Skeptikal tentang Saham - Kisah & Cerita Huda

Post Top Ad

Seminar Berani Labur Membuka Minda Skeptikal tentang Saham

Seminar Berani Labur Membuka Minda Skeptikal tentang Saham

Share This

Assalamualaikum Hari ini huda nak kongsi pengalaman huda selepas sertai seminar Berani Labur yang berlangsung di SACC pada 24 Februari 2018 yang lepas. 

Sebenarnya, dari tahun lepas huda dah pasang niat nak melabur saham, nak "gandakan" duit demi masa depan yang lebih terjamin dan cerah. Dan akhirnya, Allah beri huda peluang join Seminar Berani Labur bersama rakan-rakan dari Kelab Blogger Ben Ashaari.

Pengalaman peribadi huda selepas join Seminar Berani Labur ini, ia membuka minda skeptikal tentang saham. Antaranya isu halal haram, takut rugi, modal yang besar dan banyak lagi yang perspektif negatif yang huda biasa dengar tentang saham.

Korang tahu tak?

" Pelaburan itu Perniagaan" 

Jadi dengan melabur di bursa saham kita sebenarnya sedang berniaga. Berniaga itu kan sunnah Nabi S.A.W.

Zaman sekarang pendapatan kerja hakiki pun kadang-kadang tak cukup kan? Maka di sebalik ujian kewangan dan kesempitan hidup kita hari ini membuka peluang kepada semua orang untuk menceburi perniagaan dengan cara mudah iaitu dengan mulakan pelaburan yang patuh syariah di Bursa Saham. Melabur di tempat yang betul dan elakkan diri terpedaya dengan pelaburan yang menjanjikan pulangan tetap seperti skim cepat kaya. Oleh itu sangat penting ilmu sebelum melakukan sebarang perlaburan.




Huda sangat galakkan korang join Seminar Berani Labur ni, supaya kita sebagai umat islam boleh mengukuhkan ekonomi zaman sekarang yang kian mencabar.  Menjadi tangan yang selalu memberi.


Ramai orang semakin sedar tentang pelaburan saham dan pentingnya ada ilmu sebelum melabur. Lebih kurang 2000 orang turut serta dalam Seminar Berani Labur di SACC pada sabtu lepas. 

Ada banyak juga coach di Malaysia yang memberi peluang kepada orang ramai untuk belajar melabur dengan saham. Tapi huda sangat sarankan anda memilih Hj Mohd Asri Ahmad ini sebagai mentor saham anda.



Siapa Hj Mohd Asri Ahmad ni ?

  • Beliau merupakan pemenang Anugerah Pelajar Terbaik Diploma Analisa Pelaburan UiTM oleh Bursa Malaysia pada 1997. Kemudian melanjutkan Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan (Kewangan) dari UiTM, Ijazah Sarjana (Kewangan) dari Universiti Putra Malaysia dan juga merupakan Full Member of The United Kingdom Society of Technical Analysts (MSTA), Certified Financial Technician (CFTe),USA. 
  • Beliau diiktiraf sebagai ikon (Social Influencer) BursaMKTPLC (sebahagian daripada Bursa Malaysia) dan segala perkongsian saya adalah berkenaan pelaburan saham yang SAH di sisi undang-undang. 
  • Kerap berkongsi ilmu pelaburan di MALAYSIA HARI INI-TV3, NLKO-TV9, SELAMAT PAGI MALAYSIA-RTM, TV-ALHIJRAH, ASTRO. Selain itu, saya juga pernah dipaparkan dalam UTUSAN, HARIAN METRO, KOSMO, MAJALAH WANITA. 
  • Sering bekerjasama dengan badan berautoriti seperti BURSA MALAYSIA, PUSAT PUNGUTAN ZAKAT MAIWP, LEMBAGA ZAKAT SELANGOR, UITM, MITI (MINISTRY OF INTERNATIONAL TRADE AND INDUSTRY, BANK BRUNEI dan banyak lagi. 
  •  Beliau juga telah melibatkan diri dalam pelaburan saham di Bursa Malaysia lebih dari 20 tahun dan merupakan pemegang Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal selama 17 tahun. Beliau juga juga pemegang anugerah Top Remisier dan Top Performer di Hong Leong Investment Bank selama 2 tahun berturut-turut. 
  • Beliau telah berkongsi ilmu pelaburan saham kepada lebih 60,000 orang dalam tempoh 6 tahun ini. 

Mesti korang tertanya, sesuai orang makan gaji ke nak pergi belajar saham ni? Saham ni untuk orang kaya-kaya je ker?

Sebenarnya program ni direka ISTIMEWA dan EKSKLUSIF untuk: 

  • BEKERJA MAKAN GAJI - Anda bekerja 5-6 hari seminggu? Keluar usai subuh pulang matahari dah tenggelam? Anda sering mengeluh dok fikir duit simpanan yang tidak berkembang-kembang? Hmmm… Paling risau lepas dah bersara nanti cukup ke tidak duit simpanan tu? Belanja hidup makin bertambah. Jika ini terjadi kepada anda, maka jangan lepaskan peluang keemasan ini. Belajar bagaimana meraih pulangan berganda-ganda dari 6-7% sahaja setahun! 
  • USAHAWAN - Bisnes dah OK cuma anda mulai rasa gundah gulana mencari sumber pendapatan kedua.. Ini sememangnya seminar yang sesuai untuk anda. Saya faham orang bisnes ni sibuk, jadi mana ada masa nak tengok skrin saham tu hari-hari kan? Biar saya tunjukkan cara memilih saham yang bagus sesuai untuk orang yang super busy! 
  •  SURI RUMAHTANGGA - Anda nak bantu tambahkan pendapatan keluarga dengan tidak perlu mengorbankan banyak masa dan tenaga? Belajar bagaimana suri rumahtangga lain seperti anda berjaya membuktikan melabur saham ni tak susah mana!

Ok, huda kongsi sikit apa yang huda dapat sepanjang seminar Berani Labur ini

  • BELAJAR step-by-step bagaimana anda boleh menjadi sebahagian dari pemilik syarikat gergasi seperti AJINOMOTO, POS, TENAGA NASIONAL, TOP GLOVE, MAXIS, TELEKOM, TAKAFUL MALAYSIA, NESTLE, PADINI, BANK ISLAM, DRB-HICOM dan banyak lagi. 
  •  BELAJAR buat duit dalam pelaburan saham dengan meraih pulangan yang baik dari Bursa Malaysia secara SELAMAT, MUDAH, SAH & PATUH SYARIAH. 
  •  BELAJAR bagaimana memilih syarikat yang baik di Bursa Malaysia sama ada untuk pelaburan LONG TERM atau SHORT TERM. 
  •  BELAJAR strategi minimakan kerugian dan maksimakan keuntungan. 
  • Perkongsian FORMULA yang terbukti. Jangan bazir masa untuk ‘try n error’! Tak perlu ‘ikut-ikut’ kawan, ikut sahaja formula yang bakal saya kongsikan nanti. 
  • BELAJAR tentang halal haram instrumen pelaburan yang lain seperti emas, perak malah bitcoin. 

Jika korang juga berminat nak sertai seminar berani labur, Jangan lepaskan peluang sertai seminar berani labur yang akan menjelajah 1 Malaysia. 


 LABUR SAHAM 2018 

 ***LOKASI*** 

1. Kelantan Trade Centre, Kota Bharu – 2 Mac 2018 
DAFTAR DI >>> http://bit.ly/LaburSahamKB02Mac 

2. Grand Puteri Hotel, Kuala Terengganu – 3 Mac 2018 
DAFTAR DI >>> http://bit.ly/LaburSahamKT03Mac18

3. Hotel Grand Darul Makmur, Kuantan – 4 Mac 2018
DAFTAR DI >>> http://bit.ly/LaburSahamKNTN04Mac18

4. Hotel New York, Johor Bahru – 10 Mac 2018
DAFTAR DI >>> http://bit.ly/LaburSahamJB10Mac18

5. Hotel Bayview, Melaka – 11 Mac 2018
DAFTAR DI >>> http://bit.ly/LaburSahamMLK11Mac18

 6. Hotel TH, Kota Kinabalu – 17 Mac 2018
DAFTAR DI >>>http://bit.ly/LaburSahamKK17Mac18

7. Hotel The Choice, Tawau – 18 Mac 2018
DAFTAR DI >>> http://bit.ly/LaburSahamTW18Mac18

8. Merdeka Palace Hotel & Suites, Kuching – 24 Mac 2018
DAFTAR DI >>> http://bit.ly/LaburSahamKCHG24Mac18

9. Hotel Imperial, Miri – 25 Mac 2018
DAFTAR DI >>> http://bit.ly/LaburSahamMR25Mac18

Harga untuk sertai seminar ini sebenarnya sangat murah berbanding ilmu yang di kongsi oleh Hj Ahmad Asri. 
Harga Tiket Seminar Berani Labur
 1) SEAT GENERAL - Harga RM110
2) SEAT COUPLE/DUO - Harga RM200

Seminar kali ini adalah dengan kerjasama Pusat Pungutan Zakat MAIWP & BursaMKTPLC (sebahagian Bursa Malaysia) dan Bursa Malaysia-i.


Follow Facebook : Hj Mohd Asri Ahmad untuk maklumat lanjut 

No comments:

Post a Comment

Post Bottom Ad

Pages