Staycation di The Regency Kuala Lumpur
Assalamualaikum semua pembaca blog huda.Semoga korang semua happy nak baca perkongsian travel huda kali ini.
Proses check in hotel yang lancar dan staff yang sangat baik dan membantu huda sekeluarga sepanjang percutian 2 hari 1 malam di Regency KL.
Hotel The Regency Kuala Lumpur ini dilengkapi dengan 24 jam keselamatan dan paling penting untuk seorang blogger macam huda adalah internet akses yang laju.
Terdapat pelbagai pilihan jenis bilik mengikut budget anda seperti bilik superior (king/twin), deluxe (king/twin) dan suite (deluxe/executive/superior/royal).
Pilihan huda sekeluarga adalah bilik Deluxe King. Jom layan Vlog sepanjang percutian singkat kami sekeluarga di Regency KL
Huda rekemen untuk anda bercuti di sini bersama keluarga sambil shopping sekali sebab berhadapan hotel Regency ini ada pasar Chow Kit dan dekat juga dengan shopping mall seperti Quill City Mall dan SOGO. Selain itu, KL Tower dan KLCC pun dekat dalam 5 km dari hotel ini. Kemudahan LRT pun mudah terdapat di kawasan sekitar hotel, boleh nak berjalan kaki atau gunakan GRAB untuk lebih keselesaan.
Huda sangat berpuas hati dengan percutian kami di sini, anak-anak pun happy puas berendam dalam bath tub dan puas bermain air di swimming pool yang luas di sini.
Bab makan pun kami sangat-sangat puas hati. Semua makanan memang di sediakan oleh chef di sini dengan kualiti yang tip-top. Semua menu dari dinner, breakfast dan lunch semua kami suka, memang kena dengan selera kami.
Dah balik dari cuti..masih teringat-ingat lagi masakan chef di The Regency KL.. InshaAllah murah rezeki nanti nak bawa anak-anak repeat datang sini lagi.
Berminat nak bercuti atau staycation di The Regency KL?
Untuk tempahan dan maklumat lanjut tentang Regency KL boleh hubungi :
The Regency Kuala Lumpur
No 3 Jalan Raja Alang,
50300 Kuala Lumpur
Malaysia
Telefon : 03-2262 2000
Fax : 03-2262 2020
Website : www.theregencyhotel.my
Follow facebook : TheRegencyKLOfficial
Post a Comment