Resepi Wrap Paling Mudah Kegemaran Arif

Assalamualaikum. Hari ini huda nak kongsi makanan kegemaran Arif iaitu wraps dari Mission. 

Tahu tak ada 7 jenis wrap dari Mission iaitu 6 Grains, Wholegrain, Original, Onion & Chive, Potato, Garlic and Curry. Setiap Pek ada 8 keping Wraps. 



Ok, jom huda kongsi resepi wrap paling mudah kegemaran Arif



Mula-mula panaskan warp di dalam oven atau di atas kuali leper untuk beberapa minit. 
Kemudian sediakan sayuran yang hendak di masukkan dalam warp. Huda suka guna kan Romaine salad sebab rasa lebih "crunchy", dan hirisan timun jepun dan tomato cherry. 
Sediakan juga omellete ( telur dadar)


Sapukan sedikit mayonaise dan atur sayur dan omellete. Letakkan sedikit sos cili untuk penambah rasa. Untuk The Arifs huda letakkan sos tomato. 



Kemudian gulung, dan sedia untuk di makan. Mudah sangat kan? 

Huda biasa buat wrap untuk dinner atau breakfast. The Arifs suka sangat makan, memang habis licin satu set. Huda pun suka tengok diorang makan, satu gigitan, ada karbohidrat (wrap), protein (telur) dan vitamin & mineral ( salad, timun, tomato) . Pilihan makanan sihat untuk huda sekeluarga. Siapa kata makanan sihat mahal dan susah nak buat?

Jom amalkan makan sihat dan seimbang, supaya anak-anak kita membesar dengan sihat dan bertenaga untuk menikmati hari-hari yang mendatang. 

Nak dapatkan pelbagai resepi untuk wraps yang enak dan sedap?
some_text

2 comments:

Powered by Blogger.