Ada pelbagai peringkat ketinggian. Arif Haikal, semalam first time berani naik sampai atas, dan turun slide yang paling tinggi tu. Dah besar dah Arif, makin lama makin berani nak cuba macam-macam. Tak takut, huda yang over, risau keselamatan dia masa naik tangga yang tinggi tu.
Di sini juga terdapat khidmat sewa basikal tau. Memang best, masa mula-mula tahu ada basikal macam ni memang excited nak naik. Comel kan basikal 4 seater ni? Memang terbaik untuk riadah dan cipta memori indah bersama keluarga.
Selain basikal terdapat juga motor dan kereta untuk kanak-kanak
Harga untuk sewa pun sangat berpatutan. 1 Kupon untuk setengah jam.
Waktu Operasi Rental Bicycle :-
Jumaat Pagi : 7.30 pagi - 10.00 Pagi
Sabtu - Khamis : 5.00 petang - 7.00 petang
Ruang bermain yang luas , memang puas hati sangat terutama anak-anak.
Jom sihatkan badan dengan jogging keliling tasik di sini. Memang best. Udara segar dan sangat menyegarkan badan.
Outdoor Gym pun ada untuk exercise.

0 Comments