Nak Tahu Amalan Pelaris Bisnes?

Assalamualaikum. Hari ini huda nak kongsi ilmu tentang pelaris bisnes yang huda dapat dari rancangan Tanyalah Ustaz TV9 pagi tadi. 


Korang nak tahu amalan pelaris bisnes yang mengikut syariat islam? 
Pertama sekali, mulakan hari dengan bacaan Yaasin 

semoga rezeki kita semua yang berbisnes mencari rezeki yang halal dipermudahkan dan pintu rezeki makin terbuka luas. 

** amalkan juga membaca Yaasin selepas waktu asar / sebelum maghrib

Kedua, setiap pagi baca juga Surah Al-Waqiah. 

Ada juga yang gelar Surah Al-Waqiah ini surah nak kaya. Beramal niat nak keberkatan dari Allah. Allah kan pemegang kunci pintu rezeki kita setiap hari kan?

Ketiga, setiap pagi amalkan 4 Rakaat solat sunat dhuha, iaitu, 4 rakaat 1 salam. 
  • Rakaat pertama - selepas al-Fatihah, baca surah Ad-Dhuha
  • Rakaat kedua -  selepas al-Fatihah , baca surah Al-ikhlas
  • Rakaat ketiga - selepas al-Fatihah, baca surah Ad-Dhuha
  • Rakaat keempat -  selepas al-Fatihah , baca surah Al-Nasr
Keempat, amalkan Ayat seribu dinar. dan berdoa agar Allah murahkan rezeki bisnes kita ( jangan gantung jer dalam kedai, tapi tidak beramal dengannya)


Kelima , amalkan zikir  Ya Razzaq (100x) , Ya Fattah (100x)  Ya Wahab (100x)






Keenam, baca surah Al- Muddassir ,ayat 12  ( 313 x)
وَجَعَلْتُ لَهُ مَالًا مَمْدُودًا 

(Dan Aku jadikan baginya harta benda yang banyak,)
 kemudian di sambung dengan ayat 29, Surah Al-Fathir sebanyak 40 kali.

إِنَّ الَّذِينَ يَتْلُونَ كِتَابَ اللَّهِ وَأَقَامُوا الصَّلَاةَ وَأَنْفَقُوا مِمَّا رَزَقْنَاهُمْ سِرًّا وَعَلَانِيَةً يَرْجُونَ تِجَارَةً لَنْ تَبُورَ

(Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca kitab Allah dan mendirikan shalat dan menafkahkan sebahagian dari rezeki yang Kami anugerahkan kepada mereka dengan diam-diam dan terang-terangan, mereka itu mengharapkan perniagaan yang tidak akan merugikan)

Semoga ilmu amalan pelaris bisnes ini kita kongsikan dengan semua rakan-rakan, saudara mara yang berbisnes, tak kira secara full time atau part time. Sama-sama kita jaga amalan kita, jangan pertaruhkan aqidah kita dengan pelaris bisnes yang syirik. Hidup ini sementara, buat apa bisnes maju tapi kita syirik pada Allah. Takutlah pada Allah. Rezeki semuanya milik Allah kan? Tiada satu pun milik kita, bila-bila masa Allah boleh tarik balik semua yang kita miliki hari ini..

Renung-renungkan... 

Semoga Allah berkati amalan kita, berkati bisnes kita, semoga rezeki yang berkat sentiasa menghiasi setiap hari kita didunia ini...Amin..
some_text

Post a Comment

0 Comments