Kenapa perempuan hadapi PMS?

7:54 pm

Assalamualaikum. sorry semalam huda cuti menulis diblog. sebab tengah hadapi masalah perempuan, iaitu PMS. Jadi topik hari ini huda nak cerita kenapa perempuan hadapi PMS?


Apa itu PMS?
PMS itu singkatan untuk Pre Menstrual  Syndrome. PMS ini biasanya berlaku few days atau seminggu sebelum datang bulan. 

Hari ni huda nak kongsi kenapa perempuan hadapi PMS. Ada 3 faktor yang menyumbang kepada PMS iaitu : -

1) Perubahan kitaran hormon



2) Perubahan aktiviti serotonin di dalam otak. 

"Fluctuations of serotonin, a brain chemical (neurotransmitter) that is thought to play a crucial role in mood states, could trigger PMS symptoms. Insufficient amounts of serotonin may contribute to premenstrual depression, as well as to fatigue, food cravings and sleep problems"

3) Despression / Tekanan Perasaan

Apa simptom PMS?
Emosi

  • stress / risau
  • mood swing
  • menangis
  • rasa cepat nak marah
  • mengidam nak makan itu ini
  • susah nak tidur (insomnia)
  • tak suka bersosial
  • susah nak fokus
Fizikal
  • sakit urat / lenguh
  • sakit kepala
  • keletihan
  • naik berat badan
  • rasa "bloating" atau badan berangin
  • sakit buah dada
  • muka naik jerawat
  • sembelit atau cirit-birit

Bagaimana nak atasi masalah PMS?

Sebenarnya, masalah PMS ni wanita tak mampu nak atasi sepenuhnya, namun boleh dikurangkan dengan :-

  • Exercise 30 minit setiap hari. 
  • makan healthy foods seperti whole grains,buah-buahan, dan sayur-sayuran.
  • Dapatkan sumber kalsium dari makanan (susu dan sayuran hijau).
  • Elakkan garam dan gula berlebihan dan kaffein. 
  • Tidur yang cukup.
  • elakkan kerja yang boleh menyebabkan anda stress.
  • jika perlu amik pain reliever seperti paracetamol atau pain killer. 

PMS sama ke dengan senggugut?


Senggugut tidak termasuk PMS walaupun ada kalanya seakan-akan gejala PMS.
Senggugut atau ‘dysmenorrhea’ sering mengganggu aktiviti harian wanita; ada di antara mereka yang terpaksa meninggalkan pekerjaan untuk beberapa jam atau beberapa hari.
Terdapat dua jenis senggugut. Haid normal yang sakit pada hari pertama atau sehari sebelum haid di panggil ‘senggugut primer’, sementara ‘senggugut sekunder’ adalah sakit setelah beberapa hari bermulanya haid atau sesudah haid, disebabkan oleh penyakit sistem reproduktif seperti Endometriosis.
Selain sakit perut, Rena juga akan terasa lenguh serta sakit-sakit belakang yang adakalanya terasa hingga ke kaki.

Sakit ini kebiasaannya akan berlanjutan untuk beberapa jam dan boleh melebihi 24 jam. Ia akan berkurangan dalam masa satu hingga dua hari. Apabila pengaliran haid keluar dengan lancarnya, kesakitan akan turut hilang

Info ini huda jumpa di myhealth.gov.my

Ok, memang kompleks kan jadi perempuan ni, dan setiap perempuan tak sama. ada yang tak pernah rasa pms ke senggugut , dan juga alahan ketika mengandung. ada yang di uji setiap bulan dan setiap kali mengandung ( huda la tu.. tapi takpe, sakit kan penghapus dosa)



some_text

2 comments:

  1. pms pun kira sakit penghapus dosa ke kak ? heee baru tau.

    ReplyDelete
  2. setiap sakit Allah bagi penghapus dosa. Sebab tu wanita yang sakit bersalin tu besar pahala dan terhapus dosanya. Yang penting redha dengan ujian Allah.

    ReplyDelete

Powered by Blogger.